بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) . 21 RabiulAwwal 1434 (2-2-2013)
Hati dan perasaan seorang tua.
SEORANG lelaki
tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya,
Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan
lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan
pula semakin hari semakin kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.
Dia merasa amat kekok menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal.
Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka.
Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu.
Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan.
Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang Allahyarham isterinya.
Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ.
Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh.
Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya. Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan,tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.
Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya.
Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!.
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya.
Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
Aku ingin menyatakan buat muhasabah diriku.
Kisah ini dapat menyegarkan mindaku tentang kehidupan yang mendatang. Usia semakin mengurang. Kudrat umpamanya tidak segagah beberapa tahun yang lalu. Itu semua pinjamanNya. Mengajar aku erti bermuhasabah diri keranaNya dengan lebih baik. In Syaa Allah.
Alhamdulillah sempat anak menantunya berubah sebelum terlambat., hasil dari perbuatan dan pengajaran anak-anaknya yang baik., yang juga hasil didikkan yang baik ibu bapanya. Dapat juga sibapa bermuhasabah diri hasil dari perbuatan dan tingkah laku anak menantunya serta merenungi dan menghargai kesilapan dan kebaikan masa lalu, semasa dan kini keranaNya. Semuanya kehendak Allah S.W.T..
Kisah ini dapat menyegarkan mindaku tentang kehidupan yang mendatang. Usia semakin mengurang. Kudrat umpamanya tidak segagah beberapa tahun yang lalu. Itu semua pinjamanNya. Mengajar aku erti bermuhasabah diri keranaNya dengan lebih baik. In Syaa Allah.
Alhamdulillah sempat anak menantunya berubah sebelum terlambat., hasil dari perbuatan dan pengajaran anak-anaknya yang baik., yang juga hasil didikkan yang baik ibu bapanya. Dapat juga sibapa bermuhasabah diri hasil dari perbuatan dan tingkah laku anak menantunya serta merenungi dan menghargai kesilapan dan kebaikan masa lalu, semasa dan kini keranaNya. Semuanya kehendak Allah S.W.T..
Credit, deal and done ..aku perkongsikan lagi paparan cerita ini by:anonymous.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “...Kehidupan dunia hanyalah kesenangan
yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Wahai orang yang
beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu
(seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka
sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka
pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih
besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika
kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran
ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan