بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
20 RabiulAwwal 1434 - 1 Februari 2013.
Alhamdulillah dengan izinNya Allah menghidupkan aku lagi di dunia ini. Selagi masih bernafas, aku wajib melakukan sesuatu yang diperentahkanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Ya Allah kurniakanlah segala apa yang telah Engkau janjikan kepada Junjunganku Nabi Muhammad sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Begitu juga untuk Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu serta Malaikat-Malaikat.
Macam-macam orang kata tentang kehidupan di dunia ini. Dunia ibarat pentas. Manusia selaku hamba Allah adalah pelaku atau pelakun dan dunia ini pentasnya.
Ada yang kata dunia ini sementara. Ertinya kehidupan aku di dunia ini lebih bersifat sementara. Bila tiba masanya pergi dan tidak akan kembali lagi. Mati. Dunia atau alam semesta akan hancur lebuh bila kiamat datang.
Ada juga yang kata dunia ini sendiwara. Agaknyalah sebab dalam dunia ini ada yang berpura-pura. Sebenarnya penipu tetapi berwatak kononnya jujur dan amanah. Jika tidak pun sebab pernah tertipu, sebab dulu pernah menipu.
Pernah dipermain-mainkan sebab dulu pembuli atau putar alam. Tidak pun bila tua kena belasah sebab masa berkuasa, jadi lupa dunia suka menganiayai pesalah, dengki dengan pesaing dan macam-macamlah.
Dulu semasa sihat walafiat, suka mengata orang, suka memfitnah orang, suka menokok tambah kelemahan orang, suka cerita aib orang, hebatnya siap bergambar lagi (maksudnya mengambil gambar kelemahan, kelalaian orang lain, kononnya untuk diwar-warkan kepada khalayak, sebagai contoh dan tauladan, tanpa memikirkan aib orang).
Aku hebat, agaknyalah semasa pementasan itu. Dabik dada lagi. Aku seboleh mungkin Ya Allah tak nak jadi macam itu. Lindungilah aku dari sifat riakdan bersekutu dengan sifat dan sikap syaitan laknatullah. Nauzubillah Minzaliq.
Ya Allah itulah sebabnya aku sering mengadu denganMu Ya Allah., dalam aku menulis perkara-perkara begini lindungilah aku dari alfa terhadap muhasabah diri sendiri dan teguhkanlah imanku dalam mengEsakanMu Ya Allah.
Ya Allah., Ya Allah., Ya Allah., setiap kali aku mohon keberkatanMu Ya Allah, aku juga maksudkan keberkatan untuk ibu bapaku Ya Allah, isteriku Ya Allah, anak-anakku Ya Allah., adik beradikku Ya Allah., kaum keluargaku Ya Allah., juga keberkatan hamba-hambaMu kaum muslimin dan muslimat Ya Allah.
Setiap kali nafasku Ya Allah, aku mengadu kepadaMu Ya Allah., aku mohon keampunanMu Ya Allah, keampunan ibu bapaku Ya Allah, keampunan kaum keluargaku Ya Allah., juga keampunan kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Hembusan nafasku Ya Allah, aku mengadu dan memohon perlindungan dariMu Ya Allah dari bisikan, gangguan dan godaan syaitan laknatullah yang telah mengkhianati perentahMu Ya Allah. Seumpama setiap hembus nafasku mengakibatkan syaitan dan iblis terdorong lintang pukang ketakutan.
Ya Allah Kau jadikanlah hembusan nafas terakhirku, nafas terakhir kaum keluargaku dan kaum muslimin dan muslimat hambaMu Ya Allah dalam Iman.
Ya Allah jadikanlah jari jemariku yang lancar menari di papan keybord meluahkan segala huruf, suku kata, menjadi perkataan dan ayat-ayat., dalam keadaan berIman dan dalam perlindunganMu Ya Allah.
Ya Allah jauhkanlah perasaan terasa hati, berkecil hati dan rasa tersinggung kepada pembaca blog, tetekala membaca hasil nukilanku ini, dari ilmu pinjaman dan rezekiMu Ya Allah. Jauhkanlah perasaan dengki, kata mengata kepada pelawat, pelayar dan pembaca blogku ini Ya Allah dari sengaja mengata dan mencari kelemahanku Ya Allah.
Aku sedar, aku insaf Ya Allah, aku bukan hambaMu yang sempurna, tetapi aku berikhtiar dan berdoa ke arah kesempurnaan hidup, kesederhanaan hidup., seperti yang Engkau perentahkan dan yang Engkau larangi.
Aku bermuhasabah diri Ya Allah, aku mengEsakanMu Ya Allah. Aku mengingatkan diriku sendiri Ya Allah terhadap pengisian diri keranaMu Ya Allah.
In Syaa Allah ...“..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA” [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah “palis” sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah.
Aamiin Ya Robb. (Peceq Admin).
Aamiin Ya Robb. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
. eaho™.
s3v3n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan