Sabtu, 17 Ogos 2013

1287. Ibuuuuuuuu!!!, ayah bunuh abang kita!!!.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 


KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< eaho.
('_') Google Translate ('_')


Jenazah mangsa keganasan perampas kuasa rakyat., yang dilaksanakan via samseng, polis dan tentera.

Percubaan Yang Gagal Untuk Menyerang Hospital Lapangan Di Ramsis .

Kumpulan-kumpulan dari anggota polis dengan pakaian awam dari salah satu jalan sekitar Masjid Al Fath di Medan Ramsis telah menyerang Hospital Lapangan di masjid tersebut untuk membuat keburukan terhadap mayat-mayat syuhada dan pesakit, akan tetapi beberapa kumpulan dari kalangan pemuda telah menghalang mereka menyebabkan mereka bergegas melarikan diri.

 Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬ .



Rumusan Risalah Mursyidul Am lkhwan Muslimin Berkaitan Isu Semasa Mesir.

Risalah bertajuk 'Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi' (إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ)

1. Murshid melahirkan rasa penuh hiba dan sedih dengan pembunuhan beramai-ramai pada 14 Ogos 2013 setelah 50 hari peserta pro demokrasi berhimpun dengan aman dan penuh adab.

2. Kejadian berdarah ini susulan daripada peristiwa berdarah yang turut direncana oleh pihak tentera yang mengorbankan lebih 500 nyawa dalam 2 peristiwa (Rumah Pegawai Republikan dan Minassoh pada bulan Ramadhan) manakala 6000 yang lain cedera sementara 2000 telah ditahan selama 3 minggu.

3. Tugas pihak tentera dan polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat telah diabaikan malah pembunuhan beramai-ramai ini merupakan suatu jenayah perang yang melanggar hak asasi manusia sehingga mengorbankan lebih 2000 nyawa dalam masa setengah hari, lebih 10 ribu cedera dan ribuan ditahan.

4. Ketika revolusi 2011, kurang seribu orang dibunuh dalam masa 18 hari. Namun pembantaian kali ini jauh sekali berbeza & amatlah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

5. Khemah-khemah himpunan dibakar, pembunuhan dilakukan menggunakan senjata canggih, jentolak turut berfungsi bagi mengumpulkan mayat untuk dibakar, hospital dibakar dan pesakit yang ingin menerima rawatan dihalang, Masjid Rabiatul Adawiyah hangus dibakar.

6. Mereka mendakwa mendapat mandat untuk memerintah, dan inikah mandat mereka untuk membunuh rakyat Mesir sendiri? Kematian rakyat inikah yang mereka mahu?

7. Demonstrasi tidak akan berhenti. Rakyat Mesir telah membayar harga syahid demi kebebasan ketika revolusi 25 Januari dan begitu juga pada kali ini. Kami akan bayar dengan apa juga harganya walaupun kezaliman terus dilakukan dan syukur pada Allah kerana kami berbangga untuk melakukannya.

8. Murshidul Am juga melakukan perumpamaan yang sama persis yang Allah nukilkan dalam Al Qur’an tentang kezaliman firaun.

9. Terdapat manusia yang obses dengan kedudukan, harta, kuasa serta pengaruh sedangkan (pada hakikatnya) mereka adalah hamba kepada Allah Tuhan sekalian alam, mereka menyangka itulah tuhan-tuhan mereka atau kiblat tuju manusia. Lalu mereka menzalimi dan menindas manusia malah cuba untuk membunuh manusia yang diciptakan Allah dan menghambakan diri kepadaNya.

Ini disebut didalam al Qur'an;

(كَلا إنَّ الإنسَانَ لَيَطْغَى * أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى (العلق :6-7

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, karena dia melihat dirinya serba cukup" (Al Alaq 6-7)

Fir'aun mengatakan;

(مَا أُرِيكُمْ إلا مَا أَرَى ومَا أَهْدِيكُمْ إلا سَبِيلَ الرَّشَادِ (غافر:29

"Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar". (Ghafir:29)

Dan ugutan Fir'aun kepada ahli Sihir ketika mereka ingin beriman dan menjadi pengikut Musa;

فَلأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلافٍ ولأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ ولَتَعْلَمُنَّ أَيُّنَا أَشَدُّ عَذَابًا

( وأَبْقَى (طه:71

"Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekalian dengan bersilang secara bertimbal balik, dan sesungguhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya". (Thaha : 71)

Kita melihat kesan-kesan yang zalim yang dilakukan Fir'aun ini, lalu Allah memberikan mereka satu tempoh masa sehingga Allah melantik pemimpin yang berwibawa. Lantas menenggelamkan Fir'aun dan apabila melihat peristiwa Allah menenggelamkan Fir'aun serta bala tenteranya, tiadalah kebanggaan bagi pemimpin ini melainkan ucapan;

(آمَنتُ أَنَّهُ لا إلَهَ إلا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إسْرَائِيلَ وأَنَا مِنَ المُسْلِمِينَ) (يونس90)

"Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)"(Yunus:90)

Maka Allah berfirman;

 آلآنَ وقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وكُنتَ مِنَ المُفْسِدِينَ * فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وإنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُون يونس:92

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. " (Yunus:92)

Bumi telah menenggelamkan qarun yang bermegah2 dengan hartanya dan berbesar diri ke atas manusia,bersama kaum aad, thamud dan firaun seperti yang dinyatakan dalam surah al Fajr

 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ * إرَمَ ذَاتِ العِمَادِ * الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي البِلادِ * وثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ *وفِرْعَوْنَ ذِي الأَوْتَادِ * الَّذِينَ طَغَوْا فِي البِلادِ * فَأَكْثَرُوا فِيهَا الفَسَادَ * فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ * إنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ الفجر :6-14

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?, (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,

dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah, dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak), yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu, karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab, sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi". (Al Fajr 6-14)

10. Murshid mengakhiri risalah dengan memetik ayat al Quran;

 وسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

"Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali" (asy Syuara' : 227)

Dr Mohamed Badie'
Mursyidul Am Jamaah Ikhwan Muslimin
9 Syawal 1434H

Sumber : Ikhwan Syria
‪#‎mesirkini‬


Apakah dialog ini selanjutnya: " (^_^) Abangku dibunuh oleh ayahku. Ayah tentera berpangkat bunuh anak. Ibuuuuuuuu!!! ayah bunuh abang saya!!!. Abang, Kakak dan Adik-adik, abang kita telah dibunuh oleh ayah!!!. (^_^) ."

Dr Salim El Awwa berkata dalam TV Al Jazeera sebentar tadi: Sebelum solat jenazah terhadap sejumlah syuhada' yang aku imami tengahari tadi, seorang pemuda meletakkan tangannya di bahuku dan berkata, 
                                                              Dr Salim El Awwa. 
"Salah seorang syuhada' ini adalah abangku dan pembunuhnya adalah ayahku yang merupakan seorang pegawai berpangkat dalam tentera, apa yang aku patut lakukan dan ke mana aku akan pergi?" Aku menangis dan berkata kepadanya, "Semoga Allah memberikan kesabaran kepadamu atas pemergian abangmu dan kesyaitanan (kedurjanaan) ayahmu".

 Sumber : رابطة الاخوان بالعالم
‪#‎mesirkini‬ .




Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< 

eaho.

('_') Google Translate ('_') . 

Tiada ulasan: