Sabtu, 17 Ogos 2013

1286. Ayat Al-Quran tidak dimakan api.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< eaho. 
('_') Google Translate ('_') 

Meskipun Masjid Raba'ah rentung dibakar tentera Mesir namun ayat Al-Quran ini tidak dimakan api... 

Meskipun tentera negara haram Israel diketahui memusuhi orang-orang Islam, namun mereka tidak pernah dilaporkan menyerang hingga ke dalam Masjid apatah lagi membakar Masjid. (BACA JUGA) . 

Berikut adalah sebahagian laporan yang yang dipetik dari Harakahdaily mendedahkan kebiadapan tentera Mesir dalam menangani penyokong Morsi.. yang menyerang hingga ke dalam Masjid.

... Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.

Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Raba'ah semalam selepas menembak mereka.

Percubaan kedua, mereka membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Raba'ah semalam.
                                                   Keadaan Masjid Raba'ah selepas dibakar oleh pihak tentera
Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Video:

Tentera Mesir Bakar Masjid dan Hospital 

http://www.youtube.com/watch?v=nyi5ZqTkT8g .
Nota: Hari ini rezeki admin hendak upload x ada. Kliklah link berkenaan untuk menontonnya dan In Syaa Allah., admin akan upload video berkenaan dikemudian hari dengan izinNya Allah Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. 

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.
Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram 'Abid.

Pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman -masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi - bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.

Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di Masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.

Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada' sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.

Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba'ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang. 

Meskipun Masjid di Raba'ah dibakar oleh tentera Asisi, hingga menyebabkan selain dari struktur masjid terbakar, malah turut membakar sama penyokong Morsi yang berlindung di dalamnya bersama-sama naskah Al-Quran sehingga rentung.

Namun.. helaian yang terkandung ayat ini tidak seidikit terbakar.. 
Firman Allah S.W.T., Ayat itu bila diterjermahkan berbunyi,"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu "[Fussilat (41): 53-54] "

*Terjemahan oleh Al-Banjari dari sumber asal di SINI"  

Sumber: 
Meskipun Masjid Raba'ah rentung dibakar tentera Mesir namun ayat Al-Quran ini tidak dimakan api... . (Anak Sungai Derhaka) .
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 
Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< eaho. 
('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: