Ahad, 13 Oktober 2013

2018. Tikus-tikus suka makan Duit Rakyat.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com  

TIKUS TIKUS di INDONESIA juga suka makan DUIT RAKYAT baik yg KERTAS maupun yg RECEHAN.

Sumber: (Orang-indonesia-hebat) . + (shared Love's Motivation's status.) .

Apa kurangnya Malaysia ada tikus mondok malah cencorot yang suka makan Duit Rakyat. Tanpa segan silu menghartakan sendiri Harta Rakyat. Curi, rompak sementara berkuasa. Itulah Melayu, kalau Islam In Syaa Allah tidak demikian jadinya. Umat Islam takutkan Allah S.W.T.. sebab ada Perentah dan Larangan-Nya. 

Semuanya pada berantem mahu kaya tapi jalan salah diradak, malah dirodok sekali selagi ada. Sebagai rakyat, sebagai ahli parti, sebagai penyokong parti, masing-masing tidak nampakkah tikus-tikus anak beranak bini-bini pada kaya?. 

Ngompol tikus-tikus bisa jadi duit?. Itu sebab mereka kaya raya, kumpul wang sejak kecil atau mungkin masih dalam perut. 

Berbeza tikus-tikus dengan kesudahan individu yang benar-benar jujur seperti demikian kisahnya Mengenali Asy Syahid Syed Qutb .

Rakyat jelatanya masih lagi dalam perut sudah berhutang?. Berhutang angkara berbilion-bilion hutang yang diakaunkan oleh tikus-tikus. Untung mereka kebas selicin-licinnya dan bila rugi niaga mereka rakyat jelata yang menanggung. Untung hidup dunia tikus-tikus ini. 

Patutlah tikus-tikus inilah yang dihisab oleh Allah SWT di Padang Mahsyar dan jatuh hukumnya Neraka Jahanam. Mari baca SINI. Kisah yang lebih jujur untuk kita ketahui.

Juta-juta malah pulusnya, harta benda segalanya bermula dengan rasuah. Mereka menerima tikus terus berkuasa merompak amanah rakyat jelata?. Agaknya rakyat jelata suka bersubahat?. Apakah hukumnya bersubahat kepada perkara dusta?. 

Rakyat jelata, mereka semua buta sebab mereka juga penerima rasuah?. Berupa tv, alatan dapur, baik pulih rumah, baik pulih prasarana berupa jambatan, penurapan jalan raya dan pelbagai bentuk menjelang pilihanraya umum. Sebelum pilihanraya perkara itu semua jadi terkebelakang, yang penting tikus-tikus mahu rompak selicin-licinnya harta rakyat jelata. 

Bimbang juga pihak yang selama ini jadi pihak pembangkang dan tiba-tiba jadi pemerentah, juga menjadi tikus jadian, tikus sedutan atau tikus sebolan yang cukup kaya dengan mentera penipuan seperti juga tikus-tikus asal yang sememangnya tikus.

Rupa-rupanya rakyat juga mengiakan berita dusta serta fitnah yang dibawa oleh tikus-tikus serta agennya sebagai jajanan lunak memenangi hati mereka.

Walau dia pernah jadi pengamen tapi tidak mencuri jauh sekali merampok. Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.
Baik lagi budi pekerti TEGAR: Pantaskah Syurga Untukku.

GAMBAR BILIK GERAKAN UMNO CURI ELEKTRIK (ELEKTRIK HARAM)

Na'im Nikmat at Na'im Nikmat @blog - 12 hours ago
Berikutan tersebarnya foto kecurian elektrik di Bilik Gerakan Umno, Teluk Gong sebentar tadi di facebook. Pihak TNB telah bertindak pantas memotong bekalan elektrik di premis tersebut. SUMBER 
 
*Terimalah 3 rangkap pantun dari ku untuk mu Shahrizat....hahaha.....* * * 


I Love Gereja Kristian, I Dislike Pusat Zakat Malaysia.

Soz Cyili at Ameno World - 16 hours ago
Seseorang yang berbuat baik pada kita, tanpa kira agama dan bangsa, kita akan cenderung untuk sayang kat dia. Kerana kebaikan yang dia salurkan kepada kita. Jadi tak aneh. Aku pernah baca dulu. Zaman kegemilangan Islam. Aku tak ingat secara jelas dari zaman mana dan siapa. Tapi Islam juga membantu mereka2 yang bukan islam, yang berada dalam kesusahan dan kezaliman pemerintah. Bukan saja

Blog Pro UMNO dedahkan penipuan Isa Samad, laporan Polis akan dibuat terhadapnya.

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 17 hours ago
Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini. Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia. Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya. Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk M... more »

Sumber: (home) . 

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain

Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.