بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
[ex-hudds] Untuk dikongsikan bersama]
Untuk kita lebih berusaha... ... ... ... something to ponder together. Saudari,
Anda mungkin pernah terdengar bahawa jenazah beserta kain kafannya tidak reput di dalam kubur itu adalah terdiri daripada golongan hafiz dan syuhada.
Anda mungkin pernah terdengar bahawa jenazah beserta kain kafannya tidak reput di dalam kubur itu adalah terdiri daripada golongan hafiz dan syuhada.
Saudara!, sekarang ini (*11 tahun lalu) kerja-kerja pemindahan ribuan buah
kubur orang-orang Islam sedang giat dijalankan di Kampung Sungai Batang
dan di kawasan sekitarnya di daerah Sik, Kedah berikutan pembinaan
Empangan Bris.
Sehingga berita ini ditulis terdapat 10 buah kubur telah
didapati jenazah di dalamnya tidak reput malah terpelihara dengan baik.
Ini suatu keajaiban pada pandangan biasa. Di antara 10 buah kubur itu,
5 tidak dapat dikenalpasti pemiliknya kerana sudah terlalu lama.
Manakala 5 buah kubur lagi itu dapat dikenalpasti.
Kubur yang pertama
ialah kubur seorang budak lelaki berumur 6 tahun sewaktu matinya. Budak
ini dikatakan semasa hidupnya di sekitar 1970an adalah budak yang
cerdik dan baik. Budak ini sangat taat kepada ibubapanya, tidak pernah
sedikitpun membantah apa yang disuruh. Kubur yang kedua ialah
kepunyaan seorang wanita yang pada asalnya kaya. Apabila suaminya jatuh
sakit, beliau berkorban jiwaraganya menjaga dan merawat sisuami dengan
baik. Sehingga suaminya dipanggil mengadap Ilahi, wanita ini telah
jatuh miskin dan papa. Tidak lama kemudian wanita ini juga turut
meninggal dunia.
Kubur yang ketiga dimiliki oleh seorang wanita tua
yang sewaktu hayatnya beliau tinggal di pondok (institusi agama pada
masa dahulu) dan sering mengikuti kuliah-kuliah agama. Keistimewaannya
ialah beliau akan menangis apabila terpandang wajah tok guru atau alim
ulamak yang datang mengajar. Beliau seorang yang kasihkan ulamak dan
berusaha menambahkan ilmu di dada.
Manakala kubur yang keempat juga
merupakan kubur seorang wanita. Wanita ini dikatakan meninggal dunia
ketika sedang sujud di dalam solah.
Akhir sekali kubur yang kelima
dimiliki juga oleh seorang wanita. Wanita ini adalah guru Al-Quran yang
mengajar budak-budak mengaji. Dalam masa lapang dan terluang, mulut
beliau senantiasa berkumit membaca suroh Yassin iaitu suroh yang
digelar hati Al-Quran yang memang dihafalnya.
Demikianlah paparan
kisah benar yang saya bawakan untuk menjadi ikhtibar dan teladan kepada
saudara-saudari sekalian.
Golongan wanita dikatakan ramai menghuni
neraka tetapi wanita adalah golongan yang mudah untuk memasuki syurga.
Selain daripada amalan-amalan wajib, lakukanlah amalan-amalan baik
seperti apa yang dilakukan oleh nenek-nenek kita wali-wali Allah itu
tadi.
Sekian,
Wallahuaklam!
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan