Isnin, 4 November 2013

2251. Ke mana ye langkah kita.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Hidup ini indah. Kita yang mengindahkan hidup kita sendiri sebenarnya. Kita yang mencorakkan. Orang lain sekadar pembimbing, penasihat, pengacau? dan pelbagai. Hidup berbekalkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sekejap lagi kita akan mulakan langkah. Bangun dari tidur dan setelah mengucap syukur kepada Allah SWT yang memberi nyawa sekian saat, minit, jam dan hari lagi untuk kita terus hidup. Melakukan kewajipan hanya kerana-Nya sebagaimana biasa.

Langkah kita selanjutnya meninggalkan rumah. Ke mana kita hendak pergi?. Melangkah temui ke dua ibu bapa kita. Ke pusara ayah bonda?. Langkah kita langkah Iman. In Syaa Allah kita dapatkan, lakukan, laksanakan langkah sebagaimana perentah dan larangan Allah SWT dan seruan Rasul-Nya Junjungan kita Umat Islam Nabi Muhammad SAW. Walau ke mana kita melangkah. Ingat Allah SWT Maha Melihat.

Langkah kita langkah rindu?. Rindu kepada siapa?. Sebaik-baik rindu kita dulukan rindukan-Nya, Allah SWT Tuhan yang memberi kita nyawa untuk terus melangkah hari ini. Cara inilah yang menyeimbangi kehidupan kita dalam berhubungan sesama manusia. Kita tidak mudah lentuk, kita tidak mudah kecewa, kita tidak pula terlampau gembira. Menyederhanakan corak dan cara kehidupan itu In Syaa Allah lebih afdhal.

Langkah kita langkah cinta?. Arah mana kecintaan kita, kita juruskan. Cintailah Allah SWT sewajarnya. In Syaa Allah kita jadi tega dengan cinta kita sesama manusia. Allah SWT Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kita kasih manusia, kita sayangi manusia, berpadalah kerana setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati. In Syaa Allah maka jadilah kita ke arah kesempurnaan hidup kerana-Nya. Yang tidak menjadi kecewa tiba-tiba. Jadi pemarah tiba-tiba. Ingat syaitan laknatullah sentiasa menunggu peluang menjahanamkan kita. Nauzubillah Minzaliq. Mohonlah perlindungan dari-Nya Allah SWT Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Mengingatkan diri sendiri.
In Syaa Allah Bermanfaat. 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv. Pagi-pagi buta celcom hantar sms peringatan huh!. Sabar itu separuh dari Iman. 

Tiada ulasan: