بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sebuah rumah ada pintu. Ada tingkap. Tidak kiralah apa jenis rumah tempat tinggal kita mesti ada pintu dan tingkap.
Sebuah rumah tidak ada elektrik, tidak ada kemudahan paip air dan tidak ada kemudahan telefon, pasti ada cara untuk jadikan rumah itu selesa untuk tinggal diam. Itu gambaran keadaan rumah suatu masa dulu. Mungkin tidak ramai yang jumpa hal sebuah rumah sedemikian rupa, sekarang. Maklumlah dunia semakin berkembang maju, sebelum tamat riwayatnya kerana datangnya Kiamat.
Gambarkan diri sendiri sebagai sebuah rumah. Dari mana datangnya perkara kebaikan dan kejahatan sebenarnya?. Pintu. Pintu rumah itulah yang perlu kita sentiasa kawali. Begitu juga dengan diri kita. Pintu hati kena sentiasa dipastikan terjaga. Tidak mudah bolos. Sukar dibolosi lagi terbaik.
Dalam rumah kita hendak isi dengan apa sebenarnya. Kemudahan. Macam-macam keperluan perlu kita dapatkan. Begitu juga dengan diri kita. Dalam rumah itu ibarat roh kita. Apa kita hendak isi dengan roh kita, agar selaras dengan kehendak Al Quran dan Hadis. Selagi masih bernyawa. Jadikanlah nyawa pinjaman Allah SWT tertuju ke arah mengEsakan-Nya. Allah SWT Tuhan Maha Pencipta dan Tuhan Pemilik Sekelian Isi Alam.
Luar rumah ibarat fizikal kita. Macam-macam kita tempuhi. Perkara baik semua orang cari. Waspada dengan hal kejahatan. Nauzubillah. Mengapa?. Tidak patuh nasihat, tidak ikut aturan hidup dan pelbagai. Sebenarnya sudah tersalah langkahlah. Ada jalan kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat sentiasa Allah SWT buka untuk hamba-Nya.
Ingatlah wahai aku.
In Syaa Allah Bermanfaat.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan