Khamis, 7 November 2013

2293. Kereta Berusia 5 Tahun Wajib Menjalani Pemeriksaan Puspakom.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Thursday, November 7, 2013


Kereta Berusia 5 Tahun Wajib Menjalani Pemeriksaan Puspakom - Ini Jawapan Saya.

Kita mendapat info dari rakan2 di internet melalui satu laporan oleh akhbar terbitan bahasa cina. Dalam laporan tersebut menyebut bahawa kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas akan terikat dengan satu peraturan baru. Peraturan ini bagi memastikan setiap kenderaan yang beroperasi atas jalan adalah kenderaan yang benar2 diselanggara dengan baik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan maut yang sangat tinggi di negara neh.

Rujuk ;
Melihat kepada matlamat tersebut, aku dapati ia mempunyai matlamat yang baik. Aku suka dengan matlamat. Tapi sayangnya aku mempunyai sangkaan buruk terhadap kerajaan ini disebabkan cara BN mentadbir negara neh. Fakta demi fakta telah dikemukakan berkali2 bahawa BN memang merupakan pentadbir yang teruk dalam banyak segi. Suka ahti korang la nak bersetuju ataupun tidak. Hak masing2.

Kalau ikut jalan biasa. Hantar pergi PUSPAKOM. Bayar. Dan samada lepasi tahap keselamatan ke ataupun tidak, dia akan bagi note apa2 yang perlu direpair dan sebagainya. Mereka takde hak nak tahan kenderaan kita. Itu prosuder sekarang. Tapi untuk kenderaan perdagangan [untuk bisnes] kalau tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM tak boleh renew roadtax beb.

Yang neh aku tatau macam mana. Tapi aku risau jika tetiba mereka kenakan syarat2 pelik macam  ;

1. Kenderaan kena tahan

2. Tak ley renew roadtax

3. Kena saman jika engkar repair kenderaan

Dan sebagainya. Benda2 pelik macam neh boleh dilaksanakan oleh BN pada bila2 masa ikut mood dorang beb. Jaga2 la kita seme.

Jawapan aku.

1. Aku sokong matlamat yang baik. Aku cakap terus terang.

2. Tetapi aku cadangkan pemeriksaan ini biarlah percuma 100%.

3. Kenapa percuma? Hello. Kos sara hidup tinggi. Ko apa tahu? Dalam negara ini bila dapat simpan rm50 sebulan wang gaji kita, tahu tak betapa bersyukurlah kita neh? Yang amat2 bersyukur, faham tak? BERSYUKUR.

4. Disaat rakyat tengah pening bab TPPA. Tatau nak respon macam mana. GST lagi. Ini pun pecah kepala. Sekali kos sara hidup pun tinggi melangit. Ini pun dok fikir fikir fikir. Tambang bas naik, tambang bas sekolah naik, tambang teksi naik, harga barang2 keperluan naik, cukai kenderaan pun tak turun2, harga rumah melambung sana sini. Konon nya ada subsidi bagai, tapi entahla, jangan2 orang macam kita yang tak pandai bodek, yang tak suka bodek, terpinggir. Yang kroni2 dia, suku sakat dia, ada link dengan dia mungkin dapat la beli rumah murah2 apa bagai. Bukan nak sangka buruk beb. Tapi tanya la sesiapa saja jika amalan neh benar2 tak berlaku dalam agensi kerajaan. Ia berlaku beb. Berlaku.

5. Sekarang ko nak bagi tambah masalah untuk fikir bab kos pemeriksaan PUSPAKOM. Itu baru bab kos aje aku sentuh oke. BAB KOS. Aku tak sentuh lagi bab kereta2 yang tak layak melepasi pemeriksaan PUSPAKOM.

6. Nak repair kena bayar rm1k. Tapi beban kos sara hidup tinggi. Takde kenderaan tak boleh bergerak pergi cari rezeki. Tapi semakin menyimpan semakin hangus sebab duit keluar semakin hari semakin meningkat kosnya dari duit yang mampu dia raih setiap bulan. Alih2 tambah satu beban pula. Wajib menjalani pemeriksaan. Ah sudah. Tak lepas. Satu hal. Lepas tue tetiba buat syarat pelik, tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM takley boleh renew roadtax. Macam mana? Mana nak cekau duit? Rasuah? Bayar duit untuk rasuah? Bayar duit untuk repair? Bayar duit untuk melepasi pemeriksaan PUSPAKOM? Tak kira la mana satu pilihan yang kita buat, akhirnya di penghujung jalan kita, DUIT je yang mampu selesaikan seme nya beb.

7. Jadi jangan tambahkan beban rakyat lagi.

8. Ko nak periksa, ko periksa dengan percuma.

9. Lepas periksa samada apa2 rosak sekalipun, ko hanya di tahap memberitahu apa benda yang perlu ditambahbaik, apa yang direpair, berapa kosnya dan usahakanla  cara2 tertentu untuk repair kenderaan agar si pemandu boleh memandu dalam kenderaan yang berfungsi dengan baik sepenuhnya. Pokoknya jangan ada syarat2 pelik tambahan dan sebagainya bila ko melaksanakan polisi neh. Aku sejujurnya tak tolak bab matlamat, tapi bab cara tue yang aku nak kenalpasti dulu macam mana agaknya mereka bakal laksanakan kelak.

10. Kena ingat. Ini bukan masa yang baik untuk tambahkan lagi beban rakyat. Atas bahu rakyat mereka dah hadap macam2 perkara yang akhirnya sampai mendorong melakukan pelbagai jenayah dan salah laku sebab terlalu tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Cukupla. Nak memastikan rakyat memandu dalam keadaan selamat, matlamat ini bagus, tetapi bagus jika dilakukan mengikut apa yang aku cadangkan. Jika nak tambah duit lagi, jika tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM kenderaan tak boleh keluar ke, tak boleh renew roadtax ke apa ke, itu seme aku takan setuju. Ini menindas rakyat. Ko bagi kami gula. Tapi ko desak kami masak nasi. Beras mana beras? Gula mana boleh jadi nasi. Faham tak?

Oke bai. 

Sumber: (http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/kereta-berusia-5-tahun-wajib-menjalani.html) .
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: