Khamis, 7 November 2013

2294. Tukar hak milik kenderaan terpakai, perlu cap jari pemilik asal dan pemilik baru.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

TUKAR HAK MILIK KENDERAAN KINI GUNA CAP JARI

Pemilik dan pembeli kenderaan terpakai kini perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan melalui sistem mySikap bermula 1 November 2013.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, melalui mySikap, orang tengah sudah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan. Sebaliknya pemilik asal dan pemilik baharu kenderaan dikehendaki hadir di mana-mana cawangan JPJ untuk mendaftarkan cap jari mereka.

“Melalui sistem ini, proses tukar hak milik kenderaan akan menggunakan kaedah biometrik yang mengkehendaki pemilik dan pembeli hadir ke JPJ untuk pengesahan cap jari.

AAP - Timbul juga persoalan bagaimana pula pemilik yang sememang sudah uzur atau pun yang OKU yang tidak boleh bergerak dan berjalan, nak di bawa ke pejabat JPJ? Sebaiknya diadakan satu keadah yang lebih baik dan lebih memudahkan untuk orang awam.

Wassalam, Wa'allahhualam.


Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini kelmarin. Sumber Kosmo
“Penggunaan biometrik mengatasi pelbagai kelemahan sistem borang dalam proses tukar hak milik kenderaan sebelum ini,” katanya selepas majlis penutup Karnival

Sumber: (penburukonline.blogspot.com) .
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: