Khamis, 7 November 2013

2295. Individu yang sanggup bayarkan saman anda, walau di mana jua anda berada.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Usah keliru dengan tajuk entry kali ini. Masha Allah! Jutawan Ini Sanggup Bayarkan Saman. Shah | May 3, 2013

Masha Allah! Jutawan Ini Sanggup Bayarkan Saman Niqab | Mungkin ada di antara kita di sini tidak mengetahui tentang larangan pemakaian niqab di beberapa buah negara barat. Pemakaian niqab di sana amat ditegah sama sekali dan hal ini jelas bahawa pemakaian niqab boleh dikenakan saman kepada individu-individu yang tampil imej sedemikian. 

Saman di sana bukan murah. Namun di sebalik isu ini, terdapat seorang jutawan tampil menyediakan dana untuk menanggung segala kos saman kepada wanita yang disaman kerana memakai niqab. Masha Allah, sungguh mulia jutawan ini.
Ini gambar seorang lelaki bernama Rachid Nekkaz, usahawan kacukan Perancis-Algeria yang tinggal di Perancis. 

Beliau mendengar tentang pengharaman pemakaian Niqab di Perancis. Kemudian beliau beritahu yang, beliau akan bayar semua SAMAN yang dikenakan kerana memakai niqab – bukan di Perancis sahaja, tetapi di mana-mana negara yang mengharamkan pemakaian tersebut. 

Beliau mulakan dengan dana 1 Juta Euro (RM4.02 Juta). Kemudian beliau berkata, “Saudariku, pergilah ke mana sahaja yang kamu nak, dan saya akan bayar semua SAMAN yang dikenakan ke atas kamu itu” 

Semoga Allah memberkati beliau. 

Sebab itulah semua USAHAWAN MUSLIM perlu KAYA JIDDAN ! (Kaya Sangat-sangat). Supaya, apabila ISLAM memerlukan kita, kita akan bersedia !!!
Allahu Akbar !!! 

Sumber: (kisahbest.my) .
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: