Jumaat, 8 November 2013

2297. Hujah Tun Mahathir tentang PRK Sg Limau.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

Pilihanraya Kecil Sg Limau

Nov7th
2013
4 Comments Written by chedet

Saya tidak berniat untuk kempen dalam PRK Sungai Limau. Ini sebahagian dari kawasan saya pada tahun-tahun 1964 – 1969. Saya sukar berkempen di sini. Tetapi kerana sebab tertentu saya lapangkan masa pada 3hb November dan saya memutus untuk ke Sungai Limau. Sungai Limau tebal dengan PAS kerana terdapat guru agama yang terkenal di situ. Tetapi kali ini BN dapat masuk dan saya juga boleh berkempen. Sudah longgar agaknya.

Bendera PAS sama banyak dengan BN. Kit Siang turut berkempen tetapi DAP masih takut bayang-bayang saya. Tumpuan Kit Siang ialah mencaci saya, seolah-olah saya yang bertanding. Kit Siang tidak senang kenapa saya masih aktif selepas bersara.

Pada 1964 saya jadi Wakil Rakyat. Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair. Kemudian setelah PAP tidak dapat aktif lagi di Malaysia Kit Siang menubuh DAP dan menjadi ketuanya. Saya bersara 2003. Kit Siang belum bersara, masih ketua DAP dan menjadi wakil rakyat Gelang Patah. Bila Kit Siang akan bersara? Sampai mati kah? Jika sudah bersara nak jadi pemimpin kanan (Senior Leader) DAP kah?

Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.

Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Gambar dari https://www.google.com/#q=chedet  .

Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.

Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.

Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.

Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.

Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.
Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.

Sumber: (http://chedet.cc/?p=1124#more-1124) .

4 Comments

sentinel3
November 7, 2013 at 10:38 PM | Permalink

Tun,

Baguslah tu jika Kit Siang masih takut bayang-bayang Tun, sekurang-kurangnya masih ada orang yang takut kepada Tun.

Sekarang ini, terutama di negara ini, orang ramai sudah tidak takut apa-apa lagi, sama terhadap pemimpin negara, pihak berkuasa mahupun Tuhan.Semuanya boleh dipolitikkan, asal karung politik sendiri tercapai.

Gengster pun sudah tak takut lagi kepada polis kerana sudah ada pelindung di kalangan orang politik sendiri.

Tun, macam mana Kit Siang nak bersara kerana seperti UMNO, dalam DAP pun tidak nampak lapisan muka baru, kalau ada pun masih dinasti anak beranak menguasai parti.

Selain itu, penyokong tegar DAP seperti aso HBT456 masih ramai, Melayu tak sedar diri berharga 50 sen pun masih ada dalam parti itu.

Berbanding UMNO, DAP mempunyai Dewan Ulamanya dari Pas yang sentiasa menyokong parti itu, walaupun Dewan Ulama DAP ini sentiasa kena cerca tidak sudah-sudah oleh Karpal Singh yang juga menggunakan nama kalimah Allah dalam kitabnya.

Tun, susahlah kalau gitu, kalau pemimpin UMNO masih mempunyai mentaliti lama dan masih menggunakan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c untuk berkempen.

Dan buat apalah memberi anak ayam, wang ringgit dan T-shirt BN kepada pengundi sebaliknya saya syorkan BN berikan ketayap yang ada lambang BN kepada pengundi di situ.

Sekurang-kurangnya, jika mereka tidak undi BN pun, dapat juga pemimpin-pemimpin BN pahala jika ketayap itu dipakai oleh pengundi ke masjid.

Berhubung kenyataan Tun bahawa “Ramai dari orang kampung di Sungai Limau yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya. Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin”.
Saya teringat mengenai kenyataan Mat Sabu, iaitu ” lagi miskin seseorang pengundi itu, lagi mereka akan mengundi BN”.

Di Sungai Limau terbalik pula, “lagi miskin penduduk di situ lagi mereka mengundi Pas”. Wallah wa’alam.

Salam Tun.
***
qz89
November 7, 2013 at 9:27 PM | Permalink

Kembali kepada yang asal. Lihat balik, apakah yang sebenarnya BN patut perjuangkan, BN sekarang bagaikan hilang hala tuju, terumbang-ambing dimainkan oleh parti lawan. Soalnya bukan miskin atau kaya, maju atau mundur dan sebagainya tetapi apakah BN sehingga saat akhir dapat mempertahankan apa yang telah diperjuangkan sejak penubuhannya.
***
RD.
November 7, 2013 at 5:55 PM | Permalink
Sebenarnya DAP amat takut pada pengaruh Tun di Malaysia malah seluruh dunia. Lim Kit Siang orang bukan kenal pun. Yang orang kenal Kit Siang adalah Mei 13, 1969. Itu pu beliau di tangkap selepas lari ke Sabah. Kalau Kit Siang berada di K.L semasa Mei 13, 1969, sudah tentu anaknya tiada untuk menyemaikan lebih banyak lagi kebencian kaum di Malaysia, hari ini.

Penyokong Pakatan, nampaknya sangat menyokong Nepotisma yang di praktikkan oleh keluarga Lim Kit Siang, keluarga Peliwat, dan juga Keluarga Nik Aziz. Pada Muktamar, hujung bulan ini Haji Hadi pula akan benarkan anaknya masuk bertanding dalam party. Nampaknya, Nepotisma amat giat berkembangan dalam Pakatan. Elok di tukar kepada ‘Pakatan Nepotism’ atau ‘Pakatan Crony’. Tak sesuai guna nama ‘Rakyat’ kerana bukan semua Rakyat Malaysia sokong Nepotisma.

Bayangkan kalau UMNO melakukan perkara yang saya . Mungkin mereka tak berani kata apa-apa, kerana mereka pun lebih teruk. Jawatan ‘Ketua Umum’ pun mereka lantik diri sendiri.

Oh ya. Bila kah kali terakhir PKR mengadakan Permilihan Party sendiri.? Patut pun tak dengar Peliwat komen mengenai Permilihan UMNO lepas. Mungkin takut orang sedar bahawa Partynya sendiri pun kelam-kabut bila buat permilihan lepas. Penuh dengan tipu-daya dan pergaduhan. Sebelum lebih ramai keluar Party, seperti di Sabah, lebih baik adakan segera dan beri banyak jawatan kepada pribumi Sabah. Sudah lama tertangguh Permilihan Paty PKR ni.

Pada Muktamar PAS, hujung bulan ini, elok saja Pewakilan singkirkan Anwarinas di kalangan pemimpin mereka dan keluar dari Pakatan bila tiba masa yang sesuai. Saya amat yakin, lebih ramai orang Melayu yang sudah bosan dengan UMNO akan berhijrah menyokong PAS menjelang PRU 14, kerana menubuhkan satu lagi Party Melayu akan hanya memecahkan lagi kesatuan sesama bnagsa dan Agama.
***
tebing tinggi
November 7, 2013 at 4:12 PM | Permalink

Salam Tun
Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang tidak belajar dari kebodohan yang lalu.

Sungguh membimbangkan sekiranya trend Para pemimpin UMNO yang ada sekarang beterusan bagini ,nampaknya tiada apa yang dipelajari dari kegagalan PRU 12 dan 13 . Kesan dari pemilihan puchok pimpinan UMNO nampak jelas di Sungai Limau. Pemilihan UMNO mungkin bolih dipengarohi dengan duit , tetapi undi rakyat tidak semudah itu.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv.

Tiada ulasan: