بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BUMIPUTRA TIDAK KUALITI
Oct21st2013 63 Comments
1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.
***
farz
Assalamualaikum,
Memang ada betulnya bumiputra tak berkualiti, yang terus terbayang di kepala saya ialah Pak Lah. Dia telah memalukan bangsa , agama dan negara saya. Dia telah membuka pintu kepada pengkhianat negara dan atas keterbukaannya, telah membenarkan agama dan bangsa saya diperlekehkan. Apa gunanya pembangunan sekiranya orang kita tidak dapat menikmatinya? Kalaulah jambatan bengkok diteruskan, saya yakin orang kita akan merasa. Kasihan saya dengan orang Johor. Apa yang berlaku pada pandangan saya adalah perluasan wilayah Singapura. Dan jika DSN tidak mengambil langkah yang tepat, ianya tidak akan berhenti di Johor sahaja.
Seperkara lagi, saya tak fikir orang Cina menyokong Tun pada 1999 atas dasar membalas budi. Mereka cuma bertindak secara praktikal; pada masa itu sukar untuk mereka mengundi untuk pakatan kerana mereka sedar dalam masa yang singkat pakatan tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk melindungi harta mereka.
Tetapi setelah Tun tidak lagi menjadi pemerintah, mereka dapat melihat Pak lah adalah seorang yang lemah tetapi liberal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada pembangkang untuk bersuara.
Melihatkan senario yang berlaku sekarang amat merisaukan saya, saya amat mengharapkan DSN supaya dapat mencari formula untuk ‘melenyapkan’ pelampau Cina di negara ini tetapi tidak nampak ia akan berlaku.
Mungkin DSN perlu kaji semula penasihat di sekelilingnya serta ikut contoh Tun Mahathir supaya membuat homework sendiri juga untuk ‘check and balance’.
(Dato Seri Najib - DSN)
***
mubarakchan
Tun
I am so glad HockBengTeohhalfpastsic/man/woman/neuter/ is back with us but without those original one-liners. The question which everyone wants to ask but dares not, ” Why the brilliant Lee Kuan Yew with his Double Star First in Law at the University of Cambridge in 1947, failed with his 10 failed Policies for Singapore ? This is the answer.
He did not have the 3 Golden Atrributes for a Prime Minister and used his brilliant Cambridge Law results in 1947 to awe all and sundry till 2013 and beyond. The 3 Golden Atrributes :-
1. Commonsense. Nearly most of the places of worship were destroyed till someone asked the Boss to stop.
2. The Ability to Think out of the Box. The 2 Child Family Policy of 1970s and 1080s was the real killer applied onto a population of 2 millions.
3. Compassion. Singapore is a place where only the Laws and the money, money, money apply. It is a compassion desert.
***
HBT456
Uncle Mub, instead of focusing your time in solving racial and religion conflicts, don’t you think BN should spend their budget wisely? Make Judiciary, MACC, PDRM, ATM under Parliament to show Malaysians including Sabah and Sarawak that there is only one Raja in Malaysia, that is Yang Dipertuan Agong.
Ada apa, sila debat di Parliamen. PM cum President UMNO Baru in the past has no choice but hold the position of MoF, it’s time too to let MoF portfolio to be hold by Malaysian. Will BN or PR form Cabinet in 2014, let warganegara Malaysia decide.
***
mubarakchan
Tun
For the person behind the mask, HockBengTeohhalfpastsic/man/woman/neuter. Your spiritual homeland Singapore will have to make the following choices very soon depending on the world’s state of financial health :-
1. Singapore becomes the 53rd State of the United States of America.
2. Singapore returns to a British Crown Colony status.
3. Singapore re-mergers with Malaysia.
4. Singapore retains her status quo with the aging Gurkha Guards, the rusting tanks, the
F-35 or drones, the 2 submarines, the AWACS, the corvettes, the rocket scientists etc. etc.
Acheh !
***
mubarakchan
Tun
For HockBengTeohhalfpastsic/man/woman/neuter. You are definitely a different person hiding behind the mask. I am so glad you are back. The Malays are like anyone else. Lest we forget, your brilliant Lee Kuan Yew’s 10 failed Policies for Singapore as follows :-
1. Money was used as investment for Foreign Policy which caused the deaths and injuries to innocent men, women and children. Vide Thaksin, Shinawatra. Bangkok Riots 2003-2013. Malaysia has no such blood on her hands.
2. The 2 Child Family Policy of the 1970s and 1980s. This is the real killer. Vide Singapore Government White Paper on Population. 2013. 1959 – when Lee Kuan Yew came into power, the indigenious population was 100%, 2013 – 62% 2030 – 45%. Only Hitler tinkered with the demographics.
3. Humanity and Multiculturalism were never practised. Vide. Channelnewsasia. December 2011. The Curry Smell Tribunal. 2013. The 188 bus drivers strike. The toilet fights. etc.
4. US$108 Billions (RM350 Billions) of the CPF money was lost by the dysfunctional meritocratic pyramid of yes-men with the smartest fellow on top in October 2008 on Wall Street. Vide. Channelnewsasia Lee Kuan Yew November 2008. All Singaporean Blogs. 2009-2013. Financial Times London. Gillian Tett.’ Singapore’s Harvard Investment Model’ April 2010.
5. A perfunctory Judiciary well-known the world over. Vide. The unfortunate and fortunate Mr Chee. The unfortunate Tan Koon Swan. The Aussie and German drug mules. Dr Woffles Wu. Shaw. He would not be in trouble if the Police stopped at 1. But they stopped at 51. Poor girl ! etc.
6. 5,000 pigs imported daily. The flower nurseries contracts. King of the Road. The sale of Kim Eng Securities to Maybank. etc. etc.
7. The highest paid Cabinet members in the World for a one-street town. Vide. Warren Buffet.
8. A world class transportation system was never established. Vide. Manubani. Distingusihed diplomat and scholar.
9. The Singaporean Trojan Horse DAP was established in 1966. For over 47 years it was in the Opposition and shouted ‘ the Malaysian Chinese are second class citizens ‘ and did nothing and failed to deliver a conquered Malaysia to Lee Kuan Yew to save his failed legacy.
10. Lee Kuan Yew assumed power in 1959. He is still there. Sources alleged he will be there till 100.
The Malays are no different from the other people.
***
HBT456
Uncle Mub, look at the difference between singapore with sir raffles, penang with sir francis, kl with yap ah loy, melaka with parameswara, and other capital cities in tanah melayu, sabah dan sarawak, you will see why we cant compare apple with langsat.
Today, bn is dealing with pr at frederal constitution. Sir karpal singh again reminded malaysian on the time to deregister religion and race base parties, unfortunately, including pas.
If pm najib kata allah is the exclusive word for muslim in putrajaya, tak ada masalah. But muslim lawyers threathen bar council, kl federal territory, tu dah melampau, babe.
Tak suka bar council, mereka boleh jadi lawyer kepada mahkamah syariah kerana allah adalah exclusive untuk muslim. Why they study law in the first place as muslim, bukan melayu ar?
***
qz89
Bilakah dilema Melayu akan berakhir?
***
mubarakchan
Tun
http://www.tremeritus.com/2013/11/06/the-real-cpf-scam-2/
***
mubarakchan
Tun
For The On, Dont Be Small Minded, MNMN, yusof12, saxykumar, the rocket scientist from Singapore, HockBengTeohhalfpastsic/man/woman. and those of the same ilk who is not aware that the SIA, the MRT, dysfunctional meritocratic pyramid with the smartest fellow on top, the CPF etc are falling apart, please read http:www.tremeritus.com/2013/11/06/the-real-cpf-scam-2/
***
mubarakchan
Tun
For those who think the world class Singapore is world class, please read http://www.tremeritus.com/2013/11/04/shocking-facts-about-our-cpf-part-1/ , http://www.tremeritus.com/2013/11/03/hong-kongs-mtr-the-envy-of-the-world/ , and http://www.tremeritus.com/2013/11/03/dirty-money-will-singapore-clean-up-its-act/
***
HBT456
Jika pembodek di sini kata kau cina but bisnes tak jujur, 15 years ago I agreed, but who made them like this? Today, jangan lupa, anak2 mereka adalah lebih mahir daripada ibu bapa mereka kerana kaum cina macam amerika syarikat, china, india dan eropah adalah amat pentingkan masa depan anak2 mereka. Yang kurang pandai pun boleh jadi taukeh, urus niaga makanan dan minuman, tak ada masalah, halal dan tidak halal pun boleh. Jadi, jika anda ingat nak delete mca sebagai minister of ministry of transport, they can always pull out. Buat apa nak jadi menteri kabinet umno baru? Biar umno baru pening kepala kerana pakai duit rakyat untuk menjadi pm, but at least, mca can retain mp in chinese majority constituency sebagai pembangkang as check and balance what. Kaum cina main catur tentera sama sebiji dengan chess, melayu main congkat, see the difference here?
***
HBT456
Tak ada masalah, nak boboi ke atau tidak, suka hati engko. Why should chinese feel sensitive about this issue? In fact, we dont need melayu to buy our products since we have spent our capitals in the export and import market. Morever, those states that has sikit2 kaum cina warganegara malaysia, can always buy online what. Jadi, bokoi atau tidak, no impact. Tetapi, yang pening kepala adalah mb negeri tu. Aiyah, siapakah akan beli kilang atau sewa opis atau rumah yang diusahakan umno baru bn ala keranamu malay sia boleh.
***
Hajar
Salam YAB & diKasihi Tun,
Mohon izin Tun:
Saudara Hj. Amin Tan on November 1, 2013 at 2:20 AM,
Terima kasih di atas hujah saudara:
///
“1. Pentadbiran Ayahanda Tun Dr Mahathir berlainan dengan Datuk Seri Haji Mohd Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mengikut pandangan saya kedua2nya ada kekuatan dan ada kelemahannya masing2. Pada zaman Tun dahulu terdapat watak2 yang hebat yang senantiasa tidak sabar hendak merebut tempat sebagai Perdana Menteri, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan memuncak ketika Anwar Ibrahim.
Pada keseluruhannya saya nampak Tun lebih bijak dan lebih pantas membuat keputusan yang betul dan muktamad. Sebab itulah rakyat Malaysia asik mengundi Tun menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Di Amerika Presiden mereka boleh memegang jawatan maksimum 2 penggal, iaitu 10 tahun, sahaja.
Datuk Seri Haji Mohd Najib pun bijak dan betul membuat keputusan tetapi lebih berhati2 dan inclusive sebab lebih baik lambat asalkan selamat. Datuk Seri Najib lebih lembut, bertolak ansur dan penyabar sebagaimana sifat Rasullullah. Nabi tidak menhapuskan musuh Baginda, seperti Khalid Ibni Walid, Ikrimah ibn Abu jahal, Abu Sofian dan lain2 tetapi mendakwah mereka sehingga mereka memeluk agama islam kecuali Abu Lahab dan keluarga.
Walau pun Abu Lahab ialah bapa saudara nabi yang amat menyayangi nabi ketika nabi dilahirkan, beliau mengkhianti nabi apabila nabi berdakwah mengatakan nabi pembohong, curah bangkai busuk ke atas tubuh badan nabi ketika nabi sedang solat di depan kaabah dan desak kedua2 anak lelakinya ceraikan anak nabi Rogayah dan Umi kalsom.
2. Saya setuju dengan cara Datuk Seri Najib menangani penipuan pembangkang 40,000 bangla, blackout. Kejahatan pembangkang dengan sendirinya terkena atas batang hidung mereka sendiri.
3. Datuk Seri Najib tidak menampakkan sifat kuku besi atau mempunyai unsur2 menzalimi musuh politik. Dalam kitab suci Al Quran banyak terdapat perkataan zalim, iaitu tindakan tidak adil dan saksama serta melampau.
4. Dasar Datuk Seri Najib untuk memperkasakan ekonomi bumiputra maksudnya menggubal dasar yang memihak kepada pengundi2 Melayu yang menyokong kerajaan.
5. Datuk Seri Najib juga memberi peluang dan ruang kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi untuk memain peranan dan tidak menyekat dan menyongkong mereka
6. Jangan sekali2 kita termakan dengan propaganda pembangkang mengatakan UMNO dan kerajaan korap seolah2 mereka sendiri yang suci murni seperti malaikat tetapi sebenarnya pembangkanglah yang bernafsu besar, gila kuasa, kaki liwat dan sebagainya.”
///
Ulasan saya: berdasarkan ’nombor – point’
1. DSN ternyata lemah dalam menangani banyak anasir-anasir yang ingin menjatuhkan Kerajaan dan juga yang mencabar Perlembagaan dan hak Keistimewaan orang Melayu. Keganasan & tuntutan dari pihak yang berdemonstrasi/estrimis tidak ditangani dengan berkesan. Sebab itu ada turutan. Keadaan sudah tidak seaman dulu. DSN GAGAL.
2. Cara DSN menangani isu 40,000 Bangla mengundi dan isu ‘Blackout’ tidak berkesan. Lambat bertindak…sebab itu BN hilang undi popular dan jumlah kerusi Parlimen berkurangan.
3. Dr. M pun tidak pernah menzalimi sesiapa. Beliau cuma bertindak untuk melindungi hak majoriti rakyat yang inginkan keamanan & kestabilan. Ini lebih adil dan saksama. Sebenarnya, DSN takut untuk bertindak..semuanya ’play safe’. Orang yang sebegini (yg tidak berani mengambil risiko) tidak akan cemerlang.
4. Realitinya, orang Bumiputra nampak di abaikan dan RASA diabaikan.
5. Yang ini saya setuju. Tetapi, sebenarnya DSN juga ’play safe’ sebab beliau juga bimbang akan pengaruh Tun M yang pada hakikatnya lebih ’popular’ di kalangan ahli UMNO khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
6. Saya bukan jenis yang mudah termakan hasutan/propaganda sesiapa pun. Hakikatnya memang ada yang korup di kalangan pemimpin UMNO, dan sama juga ada banyak juga pemimpin korup di kalangan pemimpin Pembangkang. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya tidak akan sekali-kali mengundi Pembangkang kerana kemudaratan yang mereka bawa adalah lebih teruk berbanding BN.
Sebagai tambahan, DSN ada ramai ’penasihat-penasihat’ dari kalangan bukan Bumiputra. Sebab itu cara dan pendekatan beliau banyak merugikan Bumiputra. Seperti komen saya terdahulu, mungkin DSN @ Ah Jib Gor tidak yakin dengan kebolehan kaum Bumiputra/Melayu – ’Bumiputra tidak berkualiti?”
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***
***
hafizkenedelete
Salam Tun.
Salam warga Chedet.
Saudara Kamarul Bahari,
Tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana telah bertindak dan mengubah polisi Syarikat hanya untuk yang berbahasa Melayu dan beragama Islam..Ketahuilah oleh saudara , ada ribuan orang membaca blog ini dan saya harap saudara menjadi sumber inspirasi orang lain untuk memulakannya di tempat mereka.
Dan tentang memboikot barangan keluaran mereka, sila dapatkan senarai penuh di http://www.facebook. com/boikotbarangancinadap . Biarlah mereka nak panggil kita racis atau sebagainya atau ‘serangan peribadi’ seperti yang theressa cock cakap di parliment, yang penting, inilah tindakan yang mereka mesti hadap kerana memandang rendah kuasa beli bumiputra tak berkualiti.
Dan saya sangat yakin yang boikot ini sangat berkesan kerana syarikat2 tertentu sedang giat menggandakan iklan2 mereka ditelivisyen kerana ‘sales’ dan ‘profit’ mereka dah menjunam.Dan dikuatkan juga kerana serangan mereka ke atas Page Boikot kami.
Mari kita lihat sejauh mana mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri dan kekal dengan keangkuhan mereka.Tahniah sekali lagi sauadara.
Sekian,
Terima kasih Tun.
dari si cincai2 tulis..
***
Kamarul Bahri
Assalam Tun.
Maaf komen lewat. Pendapat saya berhubung hal orang cina ini, mudah sahaja.
1. Jangan lagi kita sokong produk mereka. saya sendiri, sejak PRU 13 lalu, tidak lagi menggunakan apa-apa jua produk keluaran, jualan mereka. Saya tidak lagi mengunjungi kedai milik peniaga cina selepas itu. Jika orang Melayu dan bumiputera yang terdiri daripada 60 peratus penduduk negara ini turut sama memboikot produk dan perniagaan cina, di mana lagi kejayaan mereka dalam perniagaan lagi selepas ini.
2. Melayu dan bumiputera wujudkan konsortium dalam merebut peluang perniagaan dalam kontrak kerajaan. Dapatkan pelabur luar dari negara Islam yang kaya untuk melabur dalam perniagaan. Kita tengok apa yang akan Cina kiasu ini menjerit selepas ini.
3. Bahasa. Semua orang Melayu berbahasa Melayu jika bertutur dengan mereka. Lihat nanti mereka akan ikut kita pula bertutur dalam bahasa kita juga.
4. Bagi majikan Melayu, syaratkan boleh mengucap dua kalimah syahadah, berbangsa Melayu dan boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih, baru boleh diambil bekerja, seperti yang saya buat di syarikat tempat saya bekerja kini. Ada juga orang ‘lain’ komplen, tetapi saya membalas, kami hanya berurusan dalam bahasa Melayu dan orang beragama Islam, seperti mereka yang mengemukakan alasan sedemikian, jika mereka mengiklankan hanya mereka yang fasih berbahasa Mandarin diutamakan.
5. Berniagalah sesama Melayu. bagi peniaga, mereka boleh memakmurkan rakan sebangsa mereka dengan berdagang sesama Melayu, atau bertukar kepakaran sesama mereka, usah berebut peluang di dalam negara, cari juga peluang di luar negara. Dengan cara ini, bukan sahaja peniaga cina boleh disaingi malah jkuga peniaga barat yang kononnya amat handal dalam perniagaan moden ini.
itu sahaja cadangan saya yang masih belajar dalam mengenal hidup ini.
Terima kasih.
KAMARUL.
Untuk membaca asal artikal dan Lain-lain Ulasan sila ke
Sumber: (http://chedet.cc/?p=1096#more-1096) .
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..