بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Posted: 15 Jun 2011 03:33 PM PDT
Walaupun
tidak ada yang penting untuk diulas tentang keputusan pemilihan
pemimpin PAS dalam Mesyuarat Tahunan Ke-57 yang baru saja berlalu,
Mahathir ingin juga bercakap mengenainya.
Dia kata Karpal sudah berjaya
mendesak PAS menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam walaupun
tidak menghadiri perhimpunan itu. Tentu semua orang masih ingat suatu
ketika dahulu Karpal pernah berkata, "Langkah mayat saya dahulu sebelum
melaksanakan hukum hudud." Itu cerita dulu.
Kini DAP yang dipimpin oleh
Karpal telah menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan turut
bersetuju dengan konsep negara berkebajikan yang tercatat dalam Buku
Jingga.
Namun, sebelum itu pun negara berkebajikan telah tercatat dalam
manifesto PAS untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Ini merupakan
fakta-fakta yang disembunyikan oleh Mahathir semasa melontarkan hujah
murahannya.
Pernyataan Mahathir disambut oleh
Karpal. Menurut Karpal, Mahathirlah yang mengatakan Malaysia sebuah
Negara Islam. Di samping itu, Karpal suruh Mahathir bertaubat kerana
sudah memasuki usia senja. Banyak sangat kesalahan yang dia buat
sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri. Memang aneh apabila
seseorang yang bukan Muslim menyuruh seorang Muslim bertaubat.
Namun,
banyak pihak yang tertanya-tanya bagaimana Mahathir terus berpegang
kepada fakta lapuk untuk menghentam PAS. Ternyata kini pemimpin DAP itu
lebih memahami Islam jika dibandingkan dengan dahulu. Yang terus dengan
degil, keras kepala, dan berprasangka buruk terhadap Islam ialah
Mahathir.
Harus juga diingat bahawa Enakmen
Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun
diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Mahathirlah yang menghantar surat untuk menyekat pelaksanaannya melalui
sepucuk surat amaran yang diutuskan kepada Nik Aziz yang juga Menteri
Besar Kelantan. Hal itu telah menyebabkan undang-undang tersebut tidak
dapat dilaksanakan.
Oleh sebab itu, orang pertama!
yang menghalang pelaksanaan undang-undang Islam ialah Mahathir, bukan
Karpal. Orang yang menuduh PAS tidak berusaha melaksanakan hukum hudud
ternyata buta sejarah. Orang yang mendakwa PAS meninggalkan perjuangan
mendirikan Negara Islam merupakan golongan yang buta perut.
Adakah dalam
perhimpunan yang lalu perwakilan mengundi untuk menggugurkan ungkapan
Negara Islam dalam Perlembagaan PAS? Janganlah benda yang tiada pun
diadakan semata-mata kerana benci, takut, dan iri hati.
Kini
Mahathir sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.
Macam orang bodoh saja bunyinya. Dia kata PAS berbuat segala-galanya
hanya untuk memikat hati golongan bukan Melayu dan terlalu sangat hendak
jadi pemerintah.
Kenyataan bebal ini tidak seharusnya dikeluarkan oleh
orang sepertinya. Dalam sesebuah negara demokrasi perjuangan politik
matlamatnya adalah untuk berkuasa.
UMNO/APCO sahajakah yang dizinkan
untuk berkuasa di Malaysia ni? Rakyat Malaysia dah bosan dengan
UMNO/APCO.
Mereka mahu kebobrokan yang dibuat oleh UMNO/APCO dihentikan
dengan segera.
Salahkah jika mereka mahu menukar kerajaan? Tak salah.
Kalau Mahathir berkata yang sebaliknya, dia hanya mengesahkan bahawa
UMNO/APCO gila kuasa.
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat perlu menjadi lebih
gila kuasa untuk merampas kuasa dari tangan si gila kuasa seperti
UMNO/APCO. Tak ada hal punya!!!
Tidak
perlulah Mahathir bersusah payah menghentam PAS dengan peluru
kosongnya.
Buang masa sahaja.
Buat letih saja.
Rakyat pun ketawa
berdekah-dekah mendengar hujahan bebal itu.
Jadilah orang yang lebih
rasional dan dihormati.
Sumber:
(pr.bonology) .
(peoplepowerportal) .
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan