Sabtu, 30 November 2013

2582. Cara sebaiknya Barisan Nasional khusunya Umno kelak kekal memerentah Malaysia.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 



Bagaimana Umno boleh kekal sebagai parti pemerentah Malaysia sehingga dan selepas PRU 14. 

Islam sebagai wadah perjuangan. 

Buang ketuanan bangsa. Mendahulukan bangsa akhirnya memesongkan 
jiwa. Lahirlah manusia yang prajudis, pendusta dan munafik. Dengan mendahulukan Islam setiap pemimpin, pendokong dan penyokong akan patuh Perentah dan Larangan Allah S.W.T.. dan menjadi hamba-Nya yang takut azab api Neraka. 

Membuang atau mengenepikan mana-mana individu yang telah tewas dalam pilihanraya atau dalam pemilihan parti. Individu yang tewas sebenarnya sudah tidak disukai dan telah kehilangan sokongan. Percayalah ramai lagi individu yang berketrampilan untuk menjadi pemimpin. Selidikilah dan belajarlah cara dan gaya pemerentahan Nabi Muhammad S.A.W.. semasa di Madinah. In Syaa Allah selamat di dunia dan di akhirat. 

Menyingkirkan mana-mana individu, termasuklah diri sendiri yang telah ketara menjadi pendusta dan pecah amanah. Dengan berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Hadis pastinya setiap Muslim yang berkecimpung dalam dunia politik sedar kesalahan yang dilakukannya.  

Jangan benarkan suami, isteri, anak beranak dan sanak saudara dari mencampuri atau mengambil kesempatan kedudukkan individu sebagai pemimpin parti atau pemimpin negara. Nasihatilah individu seperti ini supaya segera mengundurkan diri. 

Adililah dan hukumlah pesalah-pesalah politik sebaik-baiknya. Adil dan Saksama. Jangan biarkan mereka terlepas, setelah menyalahgunakan kuasa dan tidak jujur terhadap harta perbendaharaan milik Rakyat Malaysia. 

Laksanakan polisi tutupkan mulut pesara-pesara politik yang bercakap banyak. Cakap banyaknya perlu disiasat tanpa lompang kosong, apa yang telah dilakukan semasa gah dalam politik dahulu. Biasanya orang cakap banyak, banyak silap salahnya. 

Lakukanlah tindakkan tidak popular seperti kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara berhemah. Tanpa tipu daya, berhelah atau alasan yang menampakkan diri memandang orang lain kurang cerdik. Paling kurang pun berfikirlah dahulu sebelum bercakap. Tidaklah cakap-cakap individu bertitle pemimpin jadi bahan senda orang lain dan pihak lain. 

Jangan layan pelompat-pelompat parti. Mereka ini berpengalaman bermuka-muka, berkhianat, berdusta dan pelbagai. 

Adillah, Amanahlah dan Jujurlah itu yang Islam hendak setiap individu laksanakan dalam hidupnya sebelum mati menjemput. Selamat Maju Jaya Umno dan Barisan Nasional. 

Bersambung... 
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: