Sabtu, 30 November 2013

2583. Bilakan tiba giliran Pakatan Rakyat memerentah Malaysia.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Ada beberapa sebab gagasan untuk ke Putrajaya beroleh kegagalan. Seringnya ada banyak hikmah disebalik kegagalan. 

Pertamanya terlebih ramai individu yang bercakap dengan media, seolah-olah dialah jurucakap parti. Hal seperti ini wajar dihindari kerana bila bercakap dengan media, media tersebut di pihak yang mana. Tentu sekali individu yang bersikap seperti ini memberi ruang pihak lawan melaga-lagakan sesama sendiri, mengadu-dumba. Hindarilah media yang sebegitu dan serahkan kepada yang berhak bercakap mewakili parti. 

Disedari bahawa setiap ceramah dihadiri ramai orang. Jelaslah di mata bahawa kehadiran ramai di setiap ceramah bukan hanya dihadiri oleh penduduk tempatan dan kejiranan. Ada yang sanggup menempuh perjalanan 3 hingga 5 jam untuk menghadiri ceramah tersebut. Buanglah dan jangan ikut cara pihak yang buruk mengherdik, berprasangka, melontar itu ini, membuat onar dan kacau ganggu. Kemenangan adalah di pihak yang sabar sebenarnya. 

Bersihkan parti dari petualang, pengkhianat atau individu yang bermuka-muka dan menjadi musuh dalam selimut. Sebagai individu yang paling dipercayai dalam parti kerana kekananan jawatan, dengarlah suara rakyat banyak. Ada teguran yang patut diambil pilih untuk menyerlahkan "Negara Berkebajikan" tercapai dengan jayanya. 

Belajarlah dari kegagalan semasa berupaya memerentah tadbir Negeri Terengganu, Perak dan Kedah. Belajarlah dari keperitan peristiwa tersebut. Kegagalan membuatkan individu semakin masak dan matang kerana akal dan daya fikirannya terus hidup kerana Allah S.W.T.. 

Jangan mewar-warkan menyalahkan pihak lawan. Diam-diam sudah, bawa dalam bilik mesyuarat parti. Bermuzakarah serta bermuhasabah. Sendiri ada akhbar, ada sumber berita berpihak dan ada penyokong dari media sosial. Lambat laun amanahnya serta jujurnya orang lain akan nampak. In Syaa Allah  Allah S.W.T.. perentahkan hamba-Nya berusaha sepenuh daya dan sentiasa berdoa dan mohon perlindungan, rahmat dari-Nya. 

Bersambung...

HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: