بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dengan izin Allah S.W.T.. Selangor beroleh penguasa yang amanah dan tahu dia hamba-Nya.
Selangor kekal
prestasi cemerlang dalam kelembapan ekonomi global
Oleh: NAZLI IBRAHIM
PUTRAJAYA 2 DIS: Selangor berjaya mencatatkan prestasi ekonomi yang
membanggakan walaupun negara Eropah dan Amerika Syarikat terus berdepan dengan
kemelut kelembapan ekonomi global.
Kejayaan itu
didorong dengan kemampun negeri itu menyediakan iklim pelaburan yang sihat,
sekali gus mampu menarik minat pelabur domestik dan luar negara untuk melabur.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. berkata Selangor masih kekal sebagai negeri yang memiliki jumlah projek pelaburan tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu.
Abdul Khalid berkata, beliau berharap keadaan iklim ekonomi yang sihat itu mampu menarik minat pelabur dari China dan negara luar lain untuk melabur di negeri itu.
“Pada tahun 2012 dan 2013 , kami mencatatkan prestasi yang lebih kukuh daripada segi pelaburan domestik dan semula. Walaupun saya memahami iklim ekonomi global yang sukar, saya sangat berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.
“Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menunjukkan Selangor berjaya menarik 97 projek pelaburan, tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu,” katanya pada majlis Makan Malam Gala Persidangan Usahawan Malaysia-China 2013 di Hotel Marriot, di sini, malam tadi.

Katanya, kerajaan negeri juga
menunjukkan kesungguhan menarik pelabur asing dengan mengambil langkah
mengadakan misi perdagangan ke beberapa negara yang mempunyai potensi besar
untuk melabur di Selangor.
“Kami juga merancang untuk memperhebatkan misi perdagangan dan pelaburan luar negara seperti yang dibuktikan dalam lawatan ke Eropah, China, Jepun dan Korea sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Abdul Khalid juga berharap pelabur dari China mengambil peluang untuk melabur di Selangor ketika menyentuh hubungan ekonomi dua hala Malaysia dan China yang terjalin, sejak 39 tahun lalu. -NFN-

Sumber:
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/12/selangor-kekal-prestasi-cemerlang-dalam.html
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
iut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan