بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sesekali aku menulis (menaiplah) meluahkan sebahagaian kata.
Buat jarum sebatang pun tidak tahu, ada hati hendak merdeka. Itulah komen sebahagian rakyat di waktu negara sedang dijajah. Mereka yakin dengan prasa kata tersebut. Tanpa sedar seolah-olah mereka masih seronok dijajah. Siapa yang mula-mula bertanggung-jawab menyebarkan dakyah tersebut, kalau tidak dari mulut penjajah sendiri. Kemudian disebarkan ke pendengaran rakyat banyak.
Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah penjajah terus menerus untuk menjajah. Mereka menjajah sebab menyedari negara terjajah kaya dengan hasil bumi. Negara penjajah telah pun berlaku revolusi industri yang memerlukan bahan mentah. Untuk mendapatkan bahan mentah murah atau langsung percuma, inilah gunanya dan pentingnya menjajah. Untuk mengekalkan kuasa menjajah, mereka perlu membodohkan rakyat banyak tanpa mementingkan pelajaran. Darjah empat sudah boleh jadi cikgu.
Satu lagi penjajah melaksanakan dasar mengimpot warga asing dengan alasan negara dijajah kurang tenaga buruh dan warga tempatan kebanyakkannya malas. Itu sebab adanya kata-kata Melayu malas sampai sekarang atau sememangnya Melayu malas atau sekadar propaganda untuk melemahkan semangat juang rakyat Melayu banyak?.
Kick
you coz u hebat sangat
Bila mereka mengimpot tenaga kerja asing ke Tanah Melayu, mereka melakukan dasar pecah dan perentah. Melayu terus tinggal di kampung dan dijadikan diri mereka tertutup dari dunia luar. Ini penting untuk mengekalkan kebodohan supaya ramai-ramai tidak menentang penjajah. Kaum Pendatang China diletakkan dibandar-bandar sebagai tenaga buruh di lombong-lombong bijih timah. Manakala Kaum Pendatang India di ladang-ladang getah, melaksanakan tenaga kerja buruh sebagai penoreh getah.Sampai sekarang sebagai hasilnya Melayu pun pandang orang Melayu yang tinggal di kampung adalah mereka yang mundur atau low kelas. Pada hal masing-masing asalnya dari kampung juga. Itu sebab jikalau ditanya dengan Melayu, mana kamu tinggal. KL (Kuala Lumpur) jawab mereka pada hal hari-hari tinggal di Klang, Subang Jaya dan sebagainya, cuma kena berulang alik ke KL sebab bekerja di situ atau langsung tidak jengah KL pun hari-hari sebab bekerja di lokasi yang sama dengan tempat tinggal. Cuma dapat tempias tinggal tidak jauh dari KL.
Sampai sekarang pun selepas merdeka mana yang cerdik tetapi jahat menjadikan kampung sebagai pusat kejahatan mereka. Maksudnya mereka tinggal di kota-kota besar dan pulang ke kampung untuk berdusta dan membelit orang kampung. Tergamak menipu orang kampung sampaikan tergadai tanah orang kampung sebab dijanjikan pulangan untuk jadi kaya raya. Tergamak juga menipu anak dara kampung untuk dijadikan bahan mentah berbuat keji dan maksiat. Itu Melayu dengan Melayu tuu, bukan bangsa lain yang berbuat onar.
Rupa-rupanya walau pun negara telah merdeka. Pemikiran kebanyakkan rakyat masih berupaya dijajah dengan fahaman "Jangan mudah berubah" Cuma perlaksanaan penjajahan bentuk ini telah berupaya berubah mengikut peredaran waktu.
Perjuangan
menetang pewaris penjajah
Masa depan perjuangan Pakatan Rakyat - Amin Ahmad Raunas Dhom
Masa Depan PerjuanganUntuk melihat suasana itu lihat dan tunggulah bila-bila ada Pilihanraya Kecil lagi sebelum Pilihanraya Umum. Bila sudah selesai piliharaya umpama lalat menghidu kawannya yang mati pun tidak mahu. Akhirnya sama-sama mati lalat itu. Itulah tahapnya mahluk ada kehidupan dan ada kematian selagi bernama hamba Allah S.W.T..
Berapa ramai yang peduli dengan perkara di bawah:
"Sengaja kami(PR) biarkan UMNO
terus berkuasa.. Raja Mohd
Shahrim
"Sengaja kami(PR) biarkan UMNO
terus berkuasa..
agar semakin ramai rakyat mengerti..
tentang erti perjuangan
ni..
biar mereka tau kenapa kami menolak UMNO..
biar mereka
berkata...
".UMNO itu musuh kita dan negara..."
Selesai.
BACA JUGA:
348. Komen Suami BN Isteri PAS.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan