Selasa, 3 Disember 2013

2626. Mengenali individu politik, pemimpin politik dan parti politik yang semakin goyah dan semakin lemah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 


Setiap individu yang berkecimpung dalam politik ada kekuatan dan kelemahannya. Begitu juga pemimpin politik juga jadi seperti seorang penyanyi yang lambat laun hilang popularitinya. Tetapi berapa ramaikah individu sebegini menyedari diri semakin pudar pengaruhnya atau lebih teruk tidak sedar diri ramai orang telah tidak menyenanginya seperti dahulu.

Itu sebab tidak pelik atau menghairankan bila pemimpin peringkat cawangan atau bahagian dan seterusnya, kalau boleh ingin mengetuai sampai berkurun-kurun lamanya, eh! selagi nyawa ada. Akhirnya tewas kecundangan dengan pemimpin yang lebih berkelibar, sama masa zaman dia muda dulu menewaskan watak tua dalam parti. Mereka jadi "Melayu Mudah Lupa" kannn Tun Dr Mahathir, hidup ini ibarat roda.

Itulah orang nasihatkan supaya berundur "Secara Terhormat" tak nak. Kan kah sudah apa telah terjadi. Malu tak?. Tak malu sebab pertandingan jadi adat ada kalah ada menang. Alasan. Yuhuu.

Selagi pemimpin sebegini bertapak kukuh dan telah terlalu lama, kekukuhan itu akan merapuh dan merosakkan parti. Parti jadi semakin lemah dan tidak lagi relavan sebagai pemerentah. Ada saja kedangkalan dalam pentadbirannya.

Kenapa jadi begini, ibarat sepasang kekasih (kira dua manusia lain jenis mengaku Muslim tetapi dating yang diharamkan Islam). Syaitan laknatullah pun menjebak, mula-mula dikirim syaitan laknatullah paling lembut atau paling lemah menggoda dan membisik. Sehinggalah dikirimkan syaitan laknatullah paling ganas yang merubah jiwa Muslim jadi rosak dan munafik. Namun taubat tidak. Nauzubillah. Melayu kata "Selisih Malaikat 44"

Begitu jugalah individu politik yang bergelar pemimpin, akibat terlalu lama memerentah, akhirnya rakyat yang tidak buta hati dan terbuka minda bijak berfikir, apalah guna anak beranak kaya raya dengan hasil haram. Maka antara lain terhemburlah dengan kata-kata menghina Nabi Muhammad S.A.W (sebab hanya menggunakan logik akal sahaja), aksi isyarat lucah pemimpin politik dan keluar perkataan tidak sebagusnya dari mulut yang diwar-warkan sebagai pemimpin. Ialah pemimpin pun ada dari golongan elit, belajar di luar negara. Belajar di negara yang langsung tidak pergi sekali belajar tentang Islam.

Kerana godaan syaitan laknatullah juga pemimpin jadi tidak sabar-sabar jadi ketua. Diinjaknya ketua, diracunnya orang keliling dengan kata-kata dan tipu daya. Maka turunlah si ketua dengan linangan air mata. Halalkah pemimpin sebegini diangkat menjadi ketua?. Jadi ketua dalam keadaan tidak sabar-sabar dan sanggup melanggar Ajaran Islam sebagai Panduan Hidup.

Dengan tabiat dan sikap sebeginilah parti semakin merapu dan lemah. Meninggalkan pemipin yang kurang berupaya. Pemimpin yang hebat dan amanah seboleh mungkin disingkirkan, sebab orang sebegini membahayakan kedudukkan sang ketua itu tadi. "Peristiwa Singapura Dilanggar Todak" mengajar kita tentang penyakit hasad dengki sebahagian orang yang namanya Bangsa Melayu atau Kacukan Melayu.

Pemimpin yang lemah seronok mendengar dan mempermainkan sentimen pihak memihak, ada team A ada team B. Ada golongan Ulamak ada golongan Profesional. Itu semua pemecah belah ikut skil penjajah Pecah dan Perentah. Melayu duduk diam di kampung (sebahagiannya boleh dibodoh-bodohkan dan digula-gulakan).

Cina di bandar-bandar dan di pekan-pekan, jalanrayanya pun bila malam terang benderang dan sentiasa ada polis buat rondaan. Manakala Kaum India di ladang-ladang getah, sekarang India sudah ramai keluar dari ladang sebab ladang sudah bertukar jadi ladang kelapa sawit dan warga Indonesia kebanyakkannya mengambil tempat, lagi pun menggunakan tenaga buruh asing, upahnya rendah. Tentu sekali taukeh-taukeh lebih untung, campur sekali dengan sesetengahnya pandai helah dan tipu daya.

Ialah itu dulu, sekarang zaman sudah berubah ramai Melayu semakin pandai. Pandai dan menggunakan ilmu dengan berlandaskan Islam, amat bagus sekali. Ini tidak, pandai berdusta, pandai buat fitnah, pandai menjahanamkan anak dara bangsa. Melayu pun semakin ramai tinggal dan bekerja di kota besar, tak mainlah bandar kecil atau pekan-pekan. Begitu juga India semakin ke hadapan dengan bidang perniagaan dan sebagainya.

Pemimpin yang lemah juga suka juak-juaknya menyanyikan lagu antaranya "Anak Kecil Main Api". Sayangnya hasilnya punah ranah Tanah Rezeb Melayu ditukarkan status dan sekarang jumlah keluasannya semakin mengecil (tak percaya pergi google search dapatkan data terkini adanya). Pulau Batu Puteh pun telah tergadai. KTMB pun sudah putus landasannya yang ke Tanjong Pagar. Jadilah pemimpin cakap tak serupa bikin. Allah S.W.T., Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Allah S.W.T. Maha Mengetahui.

Pemimpin yang lemah juga suka berpura-pura. Di sini kata lain, di sana kata begini. Akhirnya pemimpin sebegini seronok bila dengar ahli parti lain terjun ke parti dokongannya. Dengan rela hati menerima mangkok-mangkok talam dua muka yang kononnya boleh menguatkan parti. Apa tidak cukupkah keahlian yang sedia ada, selain memomok dan mewar-warkan ahli parti lain yang tinggalkan parti. Ahli sedia ada tidak cukup bijakkah. Wah! berita sebeginilah jadi berita garis pertama media siar arus perdana.

Pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tidak akan menyerang peribadi individu lawannya. Sepatutnya pergi jahanamlah hal-hal sebegini. Yang penting menjadikan pentadbirannya lebih telus dan disenangi rakyat banyak. Pemimpin ketara lemahnya bila beria-ia menjatuhkan pemimpin parti lawannya. Sepatutnya memikirkan bagaimana cara hendak mengurangkan hutang negara. Bukan menggunakan data yang kononnya negara pimpinannya hebat. Pada hal hakikatnya "Indah Khabar Dari Face" Itu sebab masing-masing berebut-rebut buka akaun facebook yang menelan belanja juta-juta sebab hendak mempopularkan diri yang sedikit demi sedikit kambus dan kabur keperibadian kepimpinannya. Sempat juga itu ber"tweitt"

Kembali kepada norma hidup Islam sebagai pegangan, sudah jadi perkara yang tidak jadi satu kepedulian. Yang penting aku terus berkuasa. Sedangkan kerajaan sebenar ialah Kerajaan Allah S.W.T., Dia Pencipta dan Pemilik alam dan sekelian isinya.

Jom rest sambil dengar lagu ini ...
Inilah barisan kita
Selesai.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
mur.

Tiada ulasan: