بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam
Memetik dari artikel Kepimpinan dalam Islam (ciri-ciri dan
akhlak) di blog kumpulan PMRAM sini, adalah ciri-ciri atau syarat menjadikan
kepimpinan dalam Islam berdasarkan ayat-ayat Quran.
Huraian kepada ciri-ciri tersebut boleh dirujuk kepada
laman web tersebut. Kami hanya memberi komen sendiri.
Pertama: Muslim (Islam), Akil Baligh dan Lelaki
Maka bertanya kita, apa perlu perjuangan
yang konon-konon untuk Islam tetapi akan memilih Perdana
Menteri dari kalangan seorang yang disyaki amalan dan pandangan Islamnya.
Bukan saja itu, ia secara terang-terang bersekongkol
dengan musuh Islam di Israel dan Amerika Syarikat.
Apa erti perjuangan untuk Islam jika akhirnya bersedia
menerima pemimpinan dari kalangan kaum bukan Islam yang terang-terang
memnentang agenda negara Islam dan mungkin sekali, Islam dan tudak memajukan
orang Islam tapi akan lebih kepada kepentingan kaumnya sendiri.
Kedua: Adil
Apa erti menjanjikan keterbukaan, kebebasan dan samarata
tetapi ianya tidak adil kepada kaum dan giolongan si miskin dan serba
kekurangan dan hanya memperkaya dan memperkuasakan kaum bukan Islam?
Mencapai keadilan dalam kepimpinan dalam Islam memerlukan
kepandaian dan kebijaksanaan, bukan hanya pandai berceramah, dan hanya
cakap-cakap yang terlalu ideal tanpa rancangan perlaksanaan yang kukuh atau
lain kata, retorik.
Ketiga: Berilmu
Dalam hal ini, kita perlu tanya apa erti perjuangan yang
bertempik atas nama Islam jika tiada antara pemimpinnya seorang yang layak dan
berkebolehan serta berilmu dalam mentadbir negara untuk menggantikan pemimpin
yang ada yang sudah dari kalangan orang Islam?
Keempat: Mempunyai kuasa dan kemampuan
Selama pernah memang jawatan dalam kerajaan hingga ke
jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan, adakah dia menunjukkkan kemampuan untuk
mentadbir yang lain dari kemampuan bercakap?
Peminpin tersebut menuduh dan merancang pemimpin yang ada
dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Selain perlu difikirkan samada itu adalah
akhlak yang dibenarkan dalam Islam, tanya juga samada itu adalah apa yang dia
sedia lakukan apabila memegang tampuk kuasa kelak?
Ingat bahawa dia pernah salahguna sedikit kuasa yang ada
dan menzalimi beberapa orang untuk hanya menyelamatkan dirinya. Apa jadinya
apabila kuasa mutlak ada padanya? Jangan hairan jika rakan dalam perkongsian
kuasa pun akan dipenjarakan untuk mengekalkan dirinya.
Kelima: Beradab mengikut akhlak islam
Pemimpin itu mestilah mampu memberi contoh tauladan
mengikut akhlak islam kepada diri dan orang di bawah pimpinanya. Tanya diri
kita adakah riawayat hidup dan tingkah laku pemimpin pilihan mereka itu
pemimpin Islam yang boleh diambil contoh?
Selain itu, di dalam dirinya mestilah mengandungi sifat
ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya malah seorang pimpinan haruslah
mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh dari sifat-sifat yang terkeji.
Keenam: Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan
Sempurna pancaindera dan kesihatan tubuh badan pemimpin
tersebut digunakan untuk apa?
Pemimpin yang ada tidak sempurna dan ada kekurangan tapi
dia ikhlas, dan jujur untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat.
Pemimpin yang mahu menggantikannya kata dia sempurna tapi adakah dia sempurna?
Adakah kekurangan yang ada pada peimpin yang ingin
menggantikan yang ada boleh menjanjikan kejayaan dan kemerdekaan terjamin
kepada rakyat dan negara?
Fikirkan dan muhasabah ...
MANHAL atau nama penuhnya Markaz Pengumpulan Kajian dan
Hasilan Penyelidikan merupakan satu badan berkanun yang bernaung di bawah Badan
Pengetahuan dan Penyelidikan (BPAP), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
(PMRAM).
Sumber:
Baca Juga:
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan