بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Seorang anggota bomba dan
seekor kucing.
Seorang anggota bomba telah menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam
sebuah rumah yang terbakar... dan lihatlah reaksi kucing tersebut terhadap 'penyelamatnya'...
Seolah-olah pelukan tersebut tanda terima kasih kucing tadi kepada anggota
bomba tersebut... kisah-kisah sebegini sebenarnya menunjukkan kepada kita
adakalanya binatang itu boleh memahami atau berterima kasih atau cuba
menyampaikan mesej positif menggunakan 'bahasa badan' atau suara yang mereka
ada...
Kerap berlaku bila kita menghulurkan secebis makanan kita kepada kucing yang meminta-minta sambil membuat bunyi 'meow'... dan setelah kita bagi ia mengiau seperti berterima kasih kepada kita... Perlu diketahui binatang juga merupakan makhluk yang Allah S.W.T., ciptakan untuk menghiasi bumi ini...tetapi mengapa sebahagian dari manusia yang masih berlaku kejam terhadap binatang, ada yang membakarnya hidup-hidup, ada yang mencarik-carikkan bulunya... hurm...
Berikanlah kasih sayangmu walaupun ia hanya seekor binatang... kerana pernah diceritakan di dalam hadis tentang seorang wanita yang dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada anjing yang kehausan...
Juga pernah diceritakan antara kisah orang yang bermimpi berjumpa dengan orang soleh lalu ditanya perihal keadaan nikmat yang dedang di lalui di alam lain itu lantas dia berkata dahulu semasa aku hidup di dunia, aku hanya berbudi pada seekor semut dengan menyelamatkannya dari lemas dalam minumanku, maka Allah berterima kasih padaku lalu mengurniakan padaku nikmat seperti ini...
Jadi marilah kita bersama-sama sebarkan kasih sayang kerana sesungguhnya kasih sayang itu adalah fitrah yang telah Allah SWT kurniakan pada kita semua... barang siapa yang tidak berkasih sayang, ketahuilah bahawa sesungguhnya hatinya telah 'mati'...

Like : Faiz Kembara Sufie Official
SubhanaAllah WalhamduliIllah WalailahaillaAllah WaAllahuakbar
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim...
^FKS^

***
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).

Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
vrd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan