بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Berita Memeranjatkan Dari Seorang Ketua Negara
SubhanAllah
Kagum
dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila Baginda sendiri mengawal lalu
lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya ditimpa kemalangan
jalanraya.
Mangsa
yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring
bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang
wanita.
Kedua-dua
anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas
dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei
Times.
Kejadian
berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum
dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu
lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.
Bayangkan
perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian
yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam
kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi
cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka
dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Sumberita (edit):
http://addin77.blogspot.com/2013/12/berita-memeranjatkan-dari-seorang-ketua.html
***
Dua pengiring Polis
DiRaja Brunei dimasukkan ke hospital selepas mereka di rempuh oleh sebuah
kereta dari arah depan berhampiran Taman Jerudong Lebuhraya Muara-Tutong
kelmarin.
Seorang pegawai mengalami keretakan pada bahu kiri dan lengan, manakala seorang lagi sungguh terkejut selepas mereka di rempuh oleh seorang pemandu wanita, yang dipercayai memandu melebihi had laju, gagal menghentikan keretanya dan terus merempuh ke arah kedua-dua pengiring di tengah-tengah lebuh raya.
Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5:40 ptg 1hb Disember 2013 apabila kedua-dua pengiring mau memberhentikan kereta di lebuh raya tersebut untuk memberi laluan kepada sebuah kereta diraja lalu, kata polis.
Dua pemandu dikatakan telah memhentikan kereta mereka apabila sebuah kereta secara tiba-tiba mencelah antara kedua-dua kereta, melanggar salah satu kenderaan di sebelah kiri dan terus merempuh kedua-dua anggota pengiring bermotosikal.
Pemandu wanita dipercayai langgar pengiring yang pertama, manakala keretanya yang tidak dapat dikawal terus melanggar pengiring kedua, menyebabkan dia cedera ringan.
Polis berkata, pemandu wanita juga mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Sumberita:

http://omakkau.blogspot.com/2013/12/gambar-dua-anggota-polis-yang-terlibat.html
***
Firman
Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami
nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta
orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan