Rabu, 4 Disember 2013

2675. Menjejak kisah dulu-dulu. Tak ada dulu tak adalah sekarang. Kisahnya...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com

Today in Islamic Date

01 Safar 1435 AH 
[ Wednesday, 04th December 2013 ]



Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota.

"Saya kenal Dr Mahathir lama ketika saya menjadi pemimpin pelajar Malaysia di AS.

"Saya banyak berinteraksi dengan beliau sama ada dalam pertemuan di Amerika ketika lawatan kerja beliau ataupun ketika saya balik ke Malaysia semasa cuti musim panas," kata Azmin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Malah, Azmin juga mendedahkan Dr Mahathir turut pernah meminta bantuannya untuk meredakan tentangan para pelajar Malaysia yang belajar di Amerika ketika itu terhadap pentadbirannya.

"Dan ada satu ketika saya menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia dari Amerika yang balik semasa cuti musim panas untuk bertemu dengan Dr Mahathir dalam satu dialog besar. Saya ingat hampir dua ribu pelajar.

"Ketika itu pelajar-pelajar Malaysia di Amerika memang menentang kerajaan, ada satu tempoh dalam tahun 80-an, dimana pelajar Malaysia termasuk yang ditaja kerajaan menentang kuat kerajaan.

"Jadi Dr Mahathir meminta bantuan bagaimana saya boleh memainkan peranan untuk meredakan suasana ini dan supaya mereka memahami. Itu antara usaha yang saya buatlah," kata Azmin ketika mengimbau hubungan baik antara beliau dengan Dr Mahathir ketika itu.

Hubungan beliau dengan Dr Mahathir sememangnya sangat rapat ketika itu sehinggakan tarikh perkahwinannya juga dipilih oleh bekas presiden Umno tersebut.

"Sehinggakan saya mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 1988, beliau merupakan tetamu kehormat dalam majlis perkahwinan itu.

"Malah tarikh pun dia (Dr Mahathir) yang bagi, sepatutnya diadakan 8 Ogos 1988 tapi ketika itu tarikh tersebut bertindih dengan majlis perkahwinan anak Tan Sri Datuk Ahmad Razali, saudara kepada Tun Dr Siti Hasmah," kata Azmin lagi.

Malahan Azmin juga mendedahkan penglibatan awal beliau dalam politik sekitar tahun 1987 juga bermula daripada peluang yang diberikan sendiri oleh Dr Mahathir yang mahu beliau berada di sisi Anwar pada ketika itu.

"Apabila saya habis tamat buat Master dan pulang, dan dia (Dr Mahathir) kata kerjalah dengan Datuk Seri Anwar. Yalah ketika itu dia baik. Jadi saya ikutlah arahan.

"Saya mula berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar pada 1 Oktober 1987 iaitu sebaik sahaja pulang dari Amerika," katanya.

Bagaimanapun, panas tidak berpanjangan apabila bibit hubungan suram dengan bapa angkatnya itu mula kelihatan pada tahun 1997 sebelum insiden pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Azmin kini antara pemimpin politik yang disegani. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Azmin kini antara pemimpin politik yang disegani. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari."Sebelum berlaku pemecatan 1998, saya masih ingat pada tahun 1997 ketika surat layang telah mula diedarkan tentang kononnya 50 Dalil ini. Saya telah bertemu dengan Dr Mahathir, kalau tidak silap saya pada 30 Ogos 1997 secara empat mata.

"Saya berjumpa dengan beliau untuk meminta nasihat mengenai cadangan saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dua pegawai kanannya, pertama Tan Sri Megat Junid dan Datuk Aziz Shamsuddin.

"Kerana kedua-duanya adalah setiausaha politik kepada Dr Mahathir dan mereka terlibat secara langsung dalam penulisan surat layang tersebut bersama adik saya Umi Hafilda dan beberapa tokoh lain. Saya beritahu kepada beliau saya nak bawa perkara tersebut ke mahkamah," kata Azmin lagi.

Menurut Azmin, bibit hubungan keruh dengan Dr Mahathir bermula ketika itu malah telah menghidu pemecatan bosnya lebih awal sebelum tahun 1998 lagi.

"Sebab itu kita tahu tentang pemecatan peristiwa pemecatan tahun 1998 agak awal kerana bila kita tengok sikap Dr Mahathir ketika itu boleh nampak perubahan yang berlaku," katanya.

Akhirnya, khabar angin tersebut menjadi kenyataan selepas Anwar dipecat pada 2 September 1998, Azmin menyifatkan insiden tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar.

"Jadi, bila berlaku pemecatan 2 September 1998, bukanlah mudah untuk saya buat keputusan sama ada nak bersama Dr Mahathir atau dengan Datuk Seri Anwar.

"Sebab you kena ingat, ini antara nombor satu dan nombor dua di dalam negara, bukan ketua cawangan ataupun menteri biasa. Dan untuk saya memilih, bukan satu perkara mudah," katanya.

Azmin juga mendedahkan orang-orang kanan Anwar ketika itu yang banyak melarikan diri, antaranya setiausaha politik Ezam Mohd Noor yang sudah pun kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008 lalu.

"Termasuk Ezam sendiri dan beberapa orang kanan Datuk Seri Anwar, sebelum September mereka telah lari meninggalkan negara.

"Ezam lari ke Indonesia, setahun. Dan beberapa nama lain, saya boleh namakanlah yang meninggalkan negara," katanya.

Berbeza dengan pemimpin lain yang sudah melarikan diri, Azmin tetap dengan kesetiaannya kepada Anwar dalam melawan kezaliman.

"Tapi saya mengambil keputusan untuk kekal dan beritahu Datuk Seri Anwar kalau saya tidak mempertahankan kebenaran dan menentang fitnah ini, siapa lagi.

"Sebab saya tahu lawatan beliau keluar dan dalam negara, saya bersama-sama dengan beliau. Jadi, saya rasa agak malang sekali kalau saya tidak menegakkan kebenaran," katanya lagi.

Malah, Azmin juga menjadi orang pertama dipukul oleh pihak polis dan bukannya Anwar yang mendapat tumpuan umum selepas insiden mata lebam.

"Malah saya menjadi orang pertama ditangkap dan dipukul. Bukan Datuk Seri Anwar, sebab beliau dipukul 20 September 1998, saya ditangkap 16 September 1998.

"Tujuannya adalah untuk mendapatkan satu keterangan bertulis daripada saya selaku orang paling lama dengan Datuk Seri Anwar untuk mengiyakan fitnah ini, tentang isu liwatnya, skandal seksnya, isu rasuahnya.

"Tapi Alhamdulillah walaupun itu kali pertama dalah hidup saya digari, tapi Allah berikan kekuatan kepada saya tidak menandatangani surat pengakuan palsu yang dibuat oleh pihak polis ketika itu," cerita Azmin ketika kali pertama ditahan selama 8 hari di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan semasa awal reformasi pada tahun 1998, Azmin berkata berbangga dengan apa yang dikecapi oleh PKR selepas 15 tahun bergelut dengan pahit dan manis menentang kezaliman pemerintah.

"Sekarang Keadilan tidak lagi seperti 1998. Saya masih ingat cabaran Dr Mahathir ketika itu bahawa Keadilan akan terkubur dalam tempoh 6 bulan.

"Itulah tajuk utama akhbar tapi sekarang bukan lagi enam bulan tapi sudah 15 tahun kita jadi parti yang cukup kuat dan berpengaruh," katanya.

Apabila ditanya tentang kesediaannya untuk berjumpa dengan Dr Mahathir, pemimpin PKR tersebut menyatakan kesudiannya tetapi dengan syarat fitnah selama ini yang dilontarkan kepada beliau dan Anwar mestilah dihentikan.
"Saya bersedia jumpa Dr Mahathir sebagai pemimpin dan sebagai seorang ayah dengan syarat fitnah ini mesti dihentikan," katanya.

Azmin juga berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana sepanjang menjadi setiausaha sulit Anwar, beliau tidak pernah terfikir untuk bergiat secara aktif dalam politik malahan tidak pernah memegang jawatan dalam Umno sehinggalah kezaliman menimpa bosnya tersebut.

"Sebab itu saya kena berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana beliau buat saya masuk politik kalau tidak saya tidak pernah jadi seorang ahli politik.

"Kerana kezaliman beliaulah (Dr Mahathir) menyebabkan saya terpanggil untuk membentuk Keadilan lawan Dr Mahathir dan Umno."

Azmin kini memegang jawatan sebagai timbalan presiden PKR, serta merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa.

Azmin Ali lahir pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen Azwan Ali.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976.
Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981).

Beliau menyambung pelajaran di University of Minnesota, AS. – 1 Disember, 2013.

Sumber:
http://penburukonline.blogspot.com/2013/12/dari-anak-angkat-ke-musuh-dr-mahathir.html

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
k

Tiada ulasan: