Rabu, 4 Disember 2013

2680. Bila perkataan "rogol" disebut oleh perempuan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Munafik, pensyubahat, pendusta dan pengkhianat sebakul dengan syaitan lakantullah. 

Today in Islamic Date

01 Safar 1435 AH 
[ Wednesday, 04th December 2013 ] 

Tidak ada istilah yang lebih murnikah?. 
Apakah Bahasa Melayu pun turut miskin istilah sudah?

Umno biarkan dirinya dirogol pembangkang, dakwa Shahrizat

December 4, 2013 

Tutup aurat Shahrizat Jalil style - Ya Allah bukalah pintu hatinya menyedari amanah aurat
Ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah, maka dengan itu kita sebagai ibu tidak boleh membiarkan musuh menyerang bulat-bulat begitu sahaja.

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya bagi sayap itu meningkatkan perjuangan mereka menjadi jentera politik dalam Umno selain sebagai jentera pilihan raya.

Katanya menerusi kombinasi peranan itu Wanita akan membawa kekuatan luar biasa kepada Umno kerana Wanita mempunyai bakat, potensi, pengalaman dan semangat yang jitu untuk menjadikannya realiti.

“Sekian lama, kita Wanita memberi tumpuan kepada kerja-kerja amal, kemasyarakatan, kebajikan dan amal jariah yang lain, kita kuat memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan wanita, keluarga dan masyarakat terutamanya pemerkasaan wanita di semua peringkat.

“Bagi menghadapi cabaran politik semasa, Wanita Umno tidak boleh lagi mengehadkan diri sebagai jentera pilihan raya sahaja tetapi perlu memperkuatkan pergerakan kita sebagai jentera politik juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya bertemakan ‘Wanita Umno Teras dan Tulang Belakang Umno’ di perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Shahrizat berkata Umno sering membiarkan pembangkang menipu dan mencucuk hidung rakyat, malah membiarkan diri ‘diganaskan dengan rogol politik’ oleh  pembangkang tanpa serangan balas. 

“Oleh kerana kita beradab mungkin ada yang menganggap kita lemah walhal kita berhemah, maka dengan itu kita sebagai ibu tidak boleh membiarkan musuh menyerang bulat-bulat begitu sahaja,” katanya.

Beliau juga berkata selepas 66 tahun perjuangan kaum hawa dalam Umno, sudah tiba masanya Wanita diiktiraf sebagai teras dan tulang belakang Umno, bukan lagi satu daripada tiga sayap.

“Wanita tidak akan bersaing dengan Puteri, kita sayang Puteri, dia anak kita, Pemuda pun anak lelaki kita, kalau bapa dah ke atas, takkan ibu letak sama dengan anak, mana ada sayap tiga.. sayap (ada) dua sahaja,” katanya dan menerima tepukan gemuruh daripada 955 perwakilan yang hadir.

Shahrizat yang berjaya mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Oktober lepas, juga bertekad untuk mengarusperdanakan wanita baik dalam parti, kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya bosan dengar kata Wanita Umno tidak layak duduk dalam GLC, percayalah ramai daripada kami yang berkelulusan, saya percaya wanita mesti berani ‘go all out’ supaya sokongan puan-puan tidak dipersia, saya tidak rela wanita diperlekeh oleh sesiapa sama ada dalam parti atau di luar,” katanya.

Dalam amanatnya itu Shahrizat menggariskan tiga transformasi yang perlu dilaksana oleh seluruh Wanita Umno iaitu gerak kerja Umno harus berubah; berjiwa besar dan mampu membezakan antara pokok dan hutan supaya tidak terperangkap dalam melihat perjuangan Wanita sebagai sesuatu yang terbatas; dan Wanita Umno tidak harus dilihat sebagai layak dan mampu bercakap soal-soal wanita sahaja tetapi harus membuktikan mereka mampu memimpin isu di luar kerangka wanita.

Shahrizat turut mengingatkan anggotanya agar terbabit dengan semua kelompok dan merentasi zon selesa dengan mengambil pendekatan memandang ke luar, bukan ke dalam parti sahaja.

Sama ada mereka penyokong atau bersimpati dengan pembangkang, Wanita Umno harus mendekati dan berjuang bersama-sama kerana sekiranya mereka tidak mengenali pergerakan ini, mungkin mereka tidak akan cinta, katanya.

“Wanita Umno mesti terus mendekati masyarakat luar bandar dan bandar, mesti selesa bersama suri rumah dan profesional, mesti seiringan dengan yang tua dan yang muda,” katanya. – BERNAMA

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/12/04/umno-biarkan-dirinya-dirogol-pembangkang-dakwa-shahrizat/

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
n.

Tiada ulasan: