بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Apakah perlakuan manusia ini dengan kejadian yang berlaku satu kebetulan atau mengajar manusia membuka mata melihat Kuasa Allah S.W.T.. menyedarkan manusia yang sedang leka dengan syaitan laknatullah.
Sekadar
hiasan
Di saat rakyat banyak sedang dilanda musibah
banjir, rumah mereka tenggelam, harta benda rosak dan musnah serta ada yang
berlindung di tangga tangki bekalan air, manakala pusat pemindahan pun
ditenggelami air.
Bantuan pun tidak sesegera datang. Ramai pemimpin dan pendokong sedang berhimpun menghujahkan wadah perjuangan parti di waktu-waktu selanjutnya.
Ada pemimpin atas label pilihan rakyat yang menjerit-jerit di dalam dewan rakyat milik Rakyat Malaysia. Ada juga yang membuat perkara daif serta menjadikan perkara lawak di waktu berlaku musibah. Ada pula anak orang bernama dengan kawan jahatnya yang berbuat jahat menjahanamkan perempuan bangsa dan tertangkap.
Ada pemimpin atas label pilihan rakyat yang menjerit-jerit di dalam dewan rakyat milik Rakyat Malaysia. Ada juga yang membuat perkara daif serta menjadikan perkara lawak di waktu berlaku musibah. Ada pula anak orang bernama dengan kawan jahatnya yang berbuat jahat menjahanamkan perempuan bangsa dan tertangkap.
Ada pula yang sanggup tuduh menuduh yang menghilangkan sifat
bersangka baik. Ada juga membuat telahan itu ini dengan kejadian musibah yang
bukan haknya, sebab segala kejadian adalah Hak Yang Maha Hak
iaitu Allah S.W.T.. dan ada pula
sesetengahnya memaparkan gambar-gambar mempersendakan aurat di kala bermain air
banjir di internet.
Ada pula yang sanggup mengedit gambar musibah banjir demi niatnya
menyebarkan perkara dusta dan munafik. Sempat pula ada yang bermegah-megah
dengan perkara dusta, keseronokan, kelalaian dan kemaksiatan. Syaitan
laknatullah pastinya gembira banyak. Malaikat sayu tertanya-tanya apa jenis
mahluk manusia ini, aku diperentahkan Allah S.W.T.. mencabut nyawanya dia boleh
tertawa-tawa lagi dan berbuat perkara yang menyesatkan dan megah, takbur serta
riak dengan maksiat.
Apakah ini semua terjadi sebagai duduk perkara KIAMAT SEMAKIN
DEKAT. Ada juga yang terdetik dihatinya mengumpat dan membuka aib
orang di saat-saat musibah datang. Apakah ertinya semua ini wahai aku.
Segumpalan perkara diatas yang dirangkaikan dalam beberapa barisan
ayat, semuanya mengajak hamba-Nya bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., dalam
memantapkan Islam sebagai Pendiri Pegangan Hidup. PECEQ
Agak2 kereta apa abg ni guna?
Sumber: https://www.facebook.com
Ini antara yang terjadi dari sifat-sifat dan sikap-sikap sebahagian manusia:
apakah
ini antara pemaparan pekara dusta
mendapat kiriman gambar kononnya bandar Kuantan banjir terlampau teruk hinggakan Lapangan Terbang Kuantan ditenggelami air .. bagi menguatkan hujahnya .. ada sebuah pesawat Air Asia macam berenang atas limpahan air banjir di lapangan terbang tersebut.
Jauh disudut hati
cukup yakin 110% .. gambar ini diedit oleh pihak tertentu bagi ambil kesempatan bencana yang berlaku di Kuantan.
cukup yakin 110% .. gambar ini diedit oleh pihak tertentu bagi ambil kesempatan bencana yang berlaku di Kuantan.
Peliknya .. ada juga orang percaya. OMAK
KAU
Apakah perlakuan manusia
ini dengan kejadian yang berlaku satu kebetulan atau mengajar manusia membuka
mata melihat Kuasa Allah S.W.T.. menyedarkan manusia yang sedang leka dengan
syaitan laknatullah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang
berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya
Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku."
(QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan
roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri
menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis''
sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya
Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan
segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada
sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut
perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka,
tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu.
Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA
ALLAH S.W.T..
vgt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan