Khamis, 5 Disember 2013

2690. Berita banjir di Terengganu dan Pahang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Tinjauan Suberita Bergambar dari: 
Tenggelam

Puluhan kereta tidak sempat dialihkan hingga ditenggelami air 
di Jalan Air Putih, Chukai, Kemaman. - Foto Sinar Harian

Hampir Tenggelam

Sebuah bot yang membawa warga emas 
nyaris terbalik akibat arus deras di Jalan Air Putih, 
Kemaman yang dinaiki air kira-kira 1.5 meter, petang semalam. - Foto Sinar Harian

Redah

Kelihatan beberapa penduduk meredah banjir di Kampung Kua, 
Hulu Terengganu, semalam. - Foto Sinar Harian

Pindah

Anggota JPAM Kemaman yang bertugas di pejabat JPAM di Jalan Air Putih 
turut berpindah apabila pejabat mereka ditenggelami air 
jam 3 petang semalam. - Foto Sinar Harian

Air Naik

Mangsa mengharungi banjir di persimpangan lampu isyarat 
dekat Taman permai Jaya, Kemaman. - Foto Sinar Harian


Penduduk: Banjir di Kemaman paling buruk (http://www.sinarharian.com.my/semasa
4 Disember 2013
KEMAMAN - Banjir yang kini melanda daerah Kemaman disifatkan lebih buruk berbanding tahun lepas dan melumpuhkan hampir sebahagian besar bandarnya yang terletak di Cukai.

Kemaman merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat banjir di Terengganu berbanding Hulu Terengganu dan Dungun.

Walaupun mangsa yang dipindahkan hampir mencecah 3,000 orang setakat 7 malam ini di Kemaman, namun jumlah itu dijangka meningkat menjelang malam ini berikutan air laut pasang.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Mentok dan Pengkalan Pandan mendapati penduduk kawasan itu telah meninggalkan kediaman masing-masing kerana kebanyakan rumah mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

Seorang penduduk Bandar Baru Bukit Mentok, Norita Abdul, 38, menyifatkan banjir tahun ini lebih ganas berbanding sebelumnya hingga sebahagian kawasan didiaminya tenggelam dek banjir besar.

"Keluarga saya hanya sempat mengalihkan sebahagian barangan rumah ke tempat tinggi berikutan air yang naik ke dalam rumahnya dengan mendadak kali ini.

"Tahun lepas, air naik ke rumah tidaklah secepat ini tetapi kali ini sangat berbeza sehingga rumah saya boleh tenggelam hanya nampak bumbung," kata ibu lima anak ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan mangsa banjir di Dewan Seri Amar di sini hari ini.

Jaafar Omar, 57, dari Kampung Pengkalan Pandan pula berkata kalau semasa banjir sebelum ini air masuk rumahnya paling tinggi pun hanya separas pinggang namun bencana kali ini lebih buruk.

"Tahun lepas air bah naik hanya paras pinggang. Maka saya pun letaklah barang-barang tinggi sedikit dari paras pinggang.

"Namun keesokan bila saya hendak balik ke rumah, Masya-Allah... tengok-tengok tinggal bumbung rumah je, semua tenggelam," katanya yang belum dapat menganggarkan jumlah kerugian dialaminya.

Sementara itu kesesakan teruk berlaku di Chukai setelah beberapa jalan utama di pusat bandar itu dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1.5 meter di beberapa tempat.

Lebih memburukkan keadaan apabila kebanyakan pusat perpindahan mangsa banjir terpaksa bergelap akibat tiada bekalan elektrik sejak pukul 10 malam semalam berikutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan eletrik di beberapa kawasan banjir bagi mengelakkan kejadian litar pintas.

Stesen minyak turut mengalami masalah sama kerana memerlukan bekalan eletrik untuk beroperasi dan berikutan itu pengguna jalan raya terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak di lokasi pinggir bandar yang tidak dilanda banjir.

Tinjauan di Hulu Terengganu turut mengalami situasi sama seperti di Kemaman di mana kira-kira 25 buah keluarga di Kampung Paya Besar mengalami detik cemas setelah kediaman mereka mula digenangi air akibat hujan berterusan sejak empat hari lalu.

Namun kegelisahan mereka terubat setelah bantuan penyelamat tiba dengan menaiki bot Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan membawa mereka ke pusat pemindahan Balairaya Paya Besar.

Penduduk kampung, Mohd Nasir Salleh, 45, berkata hampir kesemua rumah penduduk dinaiki air sehingga bumbung dan dia tujuh sekeluarga terpaksa berpindah sehelai sepinggang.

"Hujan lebat tidak henti-henti sejak beberapa hari antara penyebab air naik secara luar biasa dan mendadak. Saya boleh nampak haiwan ternakan berenang-renang dan barang rumah seperti tong gas terapung di atas air," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
·         Empat wanita hamil dipindahkan
·         Lebih 400 dipindah di Kelantan
Lebih 1,000 lagi mangsa banjir Terengganu dipindah

Banjir di Terengganu merebak ke Marang (http://www.sinarharian.com.my/semasa)
4 Disember 2013
KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk apabila bencana alam itu kini melanda daerah Marang selepas Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN), keseluruhan mangsa banjir di Terengganu sekarang meningkat kepada 5,393 berbanding 4,929 orang petang tadi.

Sehingga pukul 10 malam ini, sebanyak 68 pusat pemindahan telah dibuka di Terengganu iaitu 37 di Kemaman, 19 di Hulu Terengganu, 11 di Dungun dan satu di Marang.

Katanya di daerah Marang empat keluarga yang terdiri daripada 13 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Pasir Puteh pada jam 7 malam.

Manakala Kemaman masih merupakan daerah terjejas paling teruk apabila 3,224 mangsa daripada 796 keluarga dipindahkan ke 37 buah pusat pemindahan sehingga malam ini.

Di Dungun pula, mangsa yang dipindahkan setakat ini meningkat kepada 1,035 orang dyang terdiri dari 269 keluarga berbanding 875 (233 keluarga) petang tadi.

Manakala di Hulu Terengganu pula, jumlah mangsa banjir turut meningkat daripada 1,093 (313 keluarga) petang tadi kepada 1,121 orang (328 keluarga) malam ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan air di beberapa buah sungai utama di negeri ini melepasi tahap bahaya sejak petang tadi. – Bernama

Banjir Pahang makin buruk, dua dikhuatiri lemas (www.sinarharian.com.my/semasa)
4 Disember 2013
KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.

"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.

Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. - Bernama

===================================================
Allah S.W.T., berfirman:

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 

Maksud Firman Allah S.W.T.: 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
Lucida Bright – Font.

Tiada ulasan: