Selasa, 17 Disember 2013

2851. Permudahkan Mahar.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
shared Hijau Nan Indah's status.

Contoh: Mahar Yang MUDAH.

1.Muhammad meminang Sumayyah, apabila berbincang mengenai mas kahwin (mahar) keluarga Muhammad mencadangkan sebanyak RM 2000. Ibubapa Sumayyah meminta mahar dinaikkan kepada RM 5000 kerana Sumayyah berkelayakan akademik (contoh : degree, PhD). Tetapi, Sumayyah menetapkan maharnya sebanyak RM 6000 dan dipersetujui oleh Muhammad.

Maka, Muhammad perlu memberikan mahar seperti yang diminta oleh Sumayyah atas asbab kelebihan yang dimilikinya.

2.Ahmad meminang Fatimah dengan meletakkan mas kahwin sebanyak RM 2000, kedua ibubapa Fatimah bersetuju tetapi Fatimah mengatakan bahawa beliau meletakkan maharnya sebanyak RM 1000.

Maka, Fatimah telah memudahkan urusan maharnya dengan tidak memberatkan Ahmad untuk memberi mahar yang tinggi.

Kedua-dua situasi diperbolehkan di dalam Islam. Wanita boleh meninggikan atau mengurangkan mahar kerana mahar adalah miliknya. Sekiranya seorang lelaki menikahi wanita dengan cara "berhutang" mas kahwinnya, lelaki tersebut perlulah melunasi mahar kepada isterinya sebelum 'tidur' bersama. 

Seorang lelaki tiada hak memaksa isterinya 'tidur' bersama selagi mana belum memberikan mas kahwin. Sekiranya dipaksa, wanita tersebut boleh memfailkan kes di mahkamah.

Selalu terjadi... ibubapa pengantin perempuan yang menentukan kadar mas kahwin kepada pengantin lelaki sedangkan dalam syariat Islam, mas kahwin adalah kepunyaan isteri dan isteri berhak untuk menentukan seberapa banyak yang dimahukannya.

Di Malaysia, mahar rendah tetapi wang hantaran banyak. Nak berkahwin dengan janda pun dimintanya hantaran RM 10, 000 ^__^

~ Kesimpulannya, tinggi atau rendah mahar seorang pengantin perempuan terletak kepada DIRINYA sendiri dan bukannya ditentukan oleh ibubapa. Ibubapa hanyalah pencadang sahaja. Wallahua'lam.

Yassiru wala tu'assiru. Permudahkanlah dan janganlah susahkan...

Baca juga: http://peceq.blogspot.com/2013/07/1036-mahar-yang-mudah.html

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: