Selasa, 17 Disember 2013

2850. Apa yang dapat aku fikirkan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Sepatutnya seseorang tahu membezakan parti dengan kerajaan. Jadi tidaklah terpampang apa yang kita pandang selama ini di perjalanan, papan tanda "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional"
Sumber imej: makngohselamoh
Bila masa ada negara namanya Barisan Nasional?. Apakah Nama Negara Malaysia telah bertukar menjadi Negara Barisan Nasional?. Hebat juga BN, banyak duit boleh bina itu bina ini untuk kemudahan Rakyat Malaysia. Mungkin juga masih segan untuk menukar Jalur Gemilang kepada bendera Dacing?. Belum juga rasanya untuk menukar Jata Negara kepada Jata yang menggunakan gambar keris sepenuhnya. Mungkin tunggu masa harimau di jata itu mati tertikam keris agaknya.
Sumber imej: http://www.miti.gov.my
Menghalalkan perbuatan tidak wajar, atas nama parti yang berjaya menguasai kerajaan. Dana Awam Malaysia sebagai modal untuk membina kemudahan-kemudahan prasarana, kenapa nama BN yang digunakan. Bukan projek membina bangunan parti. Projek Kerajaan Malaysia. Takkanlah lembu punya susu, sapi punya nama.

Jadi salah dalam negara yang mengamal demokrasi, yang tidak berkenan dengan parti memerentah dikhianati, disekat peruntukan negeri berkenaan dan pelbagai lagi kekangan. Salahkah yang menyokong parti memerentah membantah dasar-dasar kerajaan seperti kenaikan harga barangan, harga petrol dan kenaikan kos perkhidmatan. Apakah memang kita mesti ''YES''?.
Sumber imej: http://www.malaxi.com
Masing-masing sama ada pemimpin atau rakyat banyak, masing-masing punya peranan tersendiri. Masing-masing bertanggung-jawab mempertahankan Malaysia.

Bila ada pilihanraya ertinya jentera partilah yang bergerak sepenuhnya tanpa menggunakan harta benda Kerajaan Malaysia. Individu pun berkempen atas nama parti dan bukan lagi atas nama Kerajaan Malaysia. Itu yang sepatutnya jadi amalan. Amalan yang bagus. Langsung tidak ada penyalah-gunaan kuasa dan mengelirukan pengundi.

Kena buka minda jangan terbelenggu dengan propaganda mana-mana parti sekali pun. Baru namanya Rakyat Malaysia berfikiran dinamik, tidak sempit agar minda tidak terkongkong atau langsung tidak mahu berfikir mana yang elok mana yang tidaknya.

Kena bersuara, baru parti dokongan itu mementingkan rakyat banyak. Pemimpin tahu rakyat banyak membuka mata dan minda. Mereka sebagai pemimpin sedar, mereka di pilih atas undi rakyat dan bila-bila masa boleh menyungkur, jika tidak kena jalan cerita pimpinannnya. Pemimpin pun sama juga dengan rakyat, silih berganti. Yang terdahulu telah pergi, datang yang baru. Selagi belum kiamat.

Sebagai anak masing-masing punya impian dan seawal-awal impian mereka ialah punya bapa dan emak yang baik. Begitu juga sebaliknya harapan dan hasrat seorang bapa dan emak. Barulah jalan kebahagian keluarga tidak terhalang. Jadi sebagai pemimpin, rakyat banyak mengharapkan pemimpin mereka berjenama, hebat, amanah dan sebagainya.

Aku pun tidak seronok bila mana-mana pemimpin diejek, ditempelak, diperlekeh, diphotokan dengan macam-macam gambaran yang seolah-olah oleh orang itu tidak takut azab api Neraka Allah S.W.T.. Yang pandai menulis, membuat fitnah sana sini, perkara dusta jadi keegoan. Bila sudah dapat dikesan membuat fitnah, ah! perompak mana hendak mengaku dia orang jahat. Ingat aku suka ke, bila hal sedemikian rupa terjadi kepada seorang pemimpin. Apakah memang pemimpin itu lemah?. Tidak gembira juga bila pemimpin bertaraf Perdana Menteri sebuah negara diperlekeh oleh masyarakat antarabangsa.

Bila sesebuah negara mempunyai pemimpin sedemikian rupa, ertinya rakyat juga yang salah dalam proses mengundi dalam pilihanraya yang diadakan. Pemimpin lemah ertinya rakyat banyaklah yang berfikiran lemah?. Rakyat lemah membawa maksud peratusan tidak terbuka mata dan minda adalah tinggi, berbanding yang berkeupayaan mengupas, menganalisis dalam menjenamakan pemimpin pilihan mereka.

Rakyat bijak, pasti pemimpin tidak sewenang-wenangnya keseronokkan ditampuk kuasa. Barulah negara jadi tentu arah. Arah kepada kesejahteraan hidup rakyat. Tidaklah wujud pemimpin putar alam, pendusta dan pelbagai lagi sifat-sifat dan sikap yang tidak melayakkan dirinya sebagai pemimpin sesebuah negara. Negara pun tambah tenteram dan dengan pantas negara dapat dimajukan. Meningkatlah taraf hidup rakyat. Bila begitu pemimpin tersebut disayangi seluruh rakyat jelata.

Tidak mudah jadi pemimpin. Pemimpinlah antara kalangan terawal ke Neraka Jahanam jika tersilap langkah pilihan jalan hidupnya. Nauzubillah. Umur yang panjang sebenarnya adalah rezeki Allah S.W.T., untuk seseorang itu muhasabah diri dan seterusnya mengEsakan Allah S.W.T..
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: