Rabu, 19 Mac 2014

3878. MH370 - Cetuskan Pemikiran dan Perasaan. Ingat kepadaNya Allah SWT Maha Pencipta. Yang Maha Hak.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 


SIDANG MEDIA HARIAN MH370 BELUM LAGI BERMULA TETAPI ADA KELUARGA PENUMPANG NEGARA CHINA SUDAH MENGAMUK!!!


SEPANG: Kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Panas baran meningkat hari ini apabila beberapa anggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12.


"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit. 

Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat."

Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.

Insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu.  
"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah. "Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu." 


Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran.
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/sidang-media-harian-mh370-belum-lagi.html


MH370 .... APAKAH WARTAWAN DARI PERANCIS INI AKAN DIBENARKAN MASUK DALAM SIDANG MEDIA HARIAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 HARI INI????




Semalam di sidang media harian kehilangan pesawat MH370 di Sama Sama Hotel Sepang dalam soal jawab, seorang wartawan wanita dari Perancis mewakili media France24.com Carrie Nooten telah mengajukan 2 soalan kepada Hishamuddin Hussein yang membuat beliau tergaman kaku terkedu seketika.

Soalan-soalan yang diajukan ialah 1)  Adakah anda dan Najib Razak sepupu?   2)  Adakah anda diberi perlindungan?

Soalan-soalan itu menyebabkan dewan sidang media riuh dengan gelak tawa para wartawan dalam dan luar negara .. Yang pasti air muka Hishamuddin berubah sungguh.

Jadi soalan dari Omak Kau .. Adsakah wartawan ini akan dibenarkan masuk dalam sidang media hari ini?  ... Jika dibenarkan .. Adakah beliau dibenarkan mengajukan soalan lagi kepada Hishamuddin Hussein?

Kalau dibenarkan aju soalan .. apa pula soalan-soalan maut yang akan beliau ajukan.

Suatu perkara yang menarik untuk ditunggu dan diperhatikan....

JENG ... JENG .. JENGGGGG... KITA TENGOK SIAPA YANG KENAAAAAA..

Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/mh370-apakah-wartawan-dari-perancis-ini.html


MISTERI KEHILANGAN MH370, APA KERAJAAN SEMBUNYIKAN? - 

Roslin Ahmad
MISTERI KEHILANGAN MH370,
APA KERAJAAN SEMBUNYIKAN?


PELANCARAN JELAJAH #RAKYATBANGKIT REFORMASI 2.0 "KEMBALIKAN KEADILAN - HENTIKAN KEZALIMAN" | JUMAAT 21MAC | STADIUM KAJANG

Kenyataan Media
19 Mac 2014

PELANCARAN JELAJAH #RAKYATBANGKIT REFORMASI 2.0 "KEMBALIKAN KEADILAN - HENTIKAN KEZALIMAN"

Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui pilihanraya umum ke13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya Rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar. 

Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU13, mereka telah menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji 'rakyat didahulukan' dicemari tanpa ehsan. 

Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui - #RakyatBangkit REFORMASI 2.0 "Kembalikan Keadilan - Hentikan Kezaliman".

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit REFORMASI 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjuk kekuatan.

SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.

Siri himpunan #RakyatBangkit REFORMASI 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya - bersama himpunan gergasi 1 May di medan jalanraya.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu "Bersama Srikandi Masa Depan Negara" yang bermula jam 5 petang. turut bersama dalam prog 5 petang ialah YB Nurul Izzah | YB Rodziah Ismail | YB Kashturi Pato | YB Elizabeth Wong | Aishah | Aiman Athirah | Cikgu Mala | YB Fuziah Salleh | YB Dr Siti Mariah | YB Hannah Yeoh | 
Sumber: (http://milosuam.blogspot.com/2014/03/pelancaran-jelajah-rakyatbangkit.html

Apa ulasan Datuk Dr Harun Din.........



PETALING JAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din mengajak umat Islam kembali kepada cara hidup Islam dan sistem Islam. 

Katanya, air di empangan semakin kurang, hampir ¾ Malaysia berjerubu dan terbaru kehilangan kapal terbang MAS MH370. 

“Berpuluh-puluh kapal dan kapal terbang mencari MH370 tapi tak jumpa pun. Allah menguji kita bahawa ilmu kita sangat sedikit berbanding dengan ilmu Allah,” kata beliau dalam kuliah maghrib di sebuah masjid di Selangor yang dimuatkan intipati kuliahnya dalam Facebook. 

Inilah kali pertama beliau bersuara selepas berlakunya peristiwa kehilangan MH370 itu pada 8 Mac lalu. 

Sambil memetik ayat al quran yang bermaksud, beliau berkata “ Jangan makan dan minum yang haram. Kalau kita langgar, ia mengundang kemurkaan Allah lalu Allah menurunkan bala kepada semua”. 

Beliau turut mendakwa kehilangan pesawat MAS itu menjadikan negara kita tumpuan seluruh dunia. 

“Tetapi Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi berkata kita biarkan syirik berleluasa,” katanya merujuk tindakan Raja Bomoh di KLIA yang menjadi bahan jenaka seluruh dunia. 

Katanya, memang yang itu berlaku sebenarnya . 

“Allah hina negara kita dengan peristiwa seperti itu,” katanya lagi. 

Beliau berkata manusia tidak melihat peristiwa itu dengan mata hati kerana mata hati kita kotor dengan maksiat. 

“Allah mahu kita kembali kepadaNya dan bertaubatlah dan insaflah,” tegasnya lagi. 

Katanya, bila dah tiga empat hari kapal terbang tak diumpai, baru nak ingat pada Allah . 

“Baru nak buat solat hajat. Bagi yang terang mata hati, terus baca innalihi waina ilahi rajuin sewaktu awal-awal peristiwa itu berlaku,” katanya. 

Beliau mencadangkan supaya MAS mencontohi penerbangan Arab Saudi dan Brunei yang berdoa selamatkan penerbangan mereka sebelum kapal terbang berlepas. 

“Sepatutnya kita berserah kepada Allah dalam setiap permulaan penerbangan,” katanya sambil mengajak umat Islam melihat dengan mata hati dan bukannya dengan mata kasar. -freemalaysiatoday-

Sumber: (http://wak-labu.blogspot.com/2014/03/apa-ulasan-datuk-dr-harun-din.html)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: