Rabu, 19 Mac 2014

3879. Cermin diri sendiri itu lebih afdhal.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Ada yang sudah kalah dalam pilihanraya, tetapi tetap dipilih untuk kuasa. Apakah terpilih kerana mengenang budi atau dipilih hanya kerana supaya menutup mulut sentiasa. 

Apakah hal ini sesuatu yang sehabis baik untuk kesihatan dan kesejahteraan sesebuah parti politik?. 

Bagaimana pula kesannya kepada kerajaan sesebuah negara, jika manusia jenis sedemikian rupa walau kalah tetap ada nama dan terpilih, apa lagi kalau menang. Lebih malang lagi jenis ini kebanyakannya tidak sedar diri dan langsung tidak ada rasa malu dan menunjukkan diri langsung tidak bermaruah dari sudut peribadi seorang ahli politik. 


Pesta Maksiat Made In Malaysia?. 

<(/=\)>

Kondom diedar percuma di Future Music Festival Asia ?


Selepas negara dikejutkan dengan kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu.

Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.

Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014′ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.

Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan.

Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas.

Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu.  

Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.

Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.
Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari.

Sebelum ini, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan BN patut bertanggungjawab memberikan penjelasan berkenaan acara itu dan berharap ia tidak berulang di masa hadapan.

Katanya, tragedi ini menimbulkan beberapa persoalan yang wajib dijawab pihak berkuasa kerana FMFA tahun ini merupakan kali ketiga konsert ini diadakan di Malaysia dengan dijangka 75,000 pengunjung hadir ke acara tersebut.

FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau.Selangorku

Sumber: (
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/03/kondom-diedar-percuma-di-future-music.html

Mami Ijat Punca Kami Dipanggil "LEMBU" - Milo Kosong Koww's photo.



Sharizat..tak payah kamu nak jadi tukang suluh untuk DS Dr. Wan Azizah..sebaik2nya SULUH DULU DIRI KAMU..
 
CERMIN2KAN DIRI KAMU TU DULU..kalau tak mampu nk beli cermin yg besar,nanti minta Mat Sewah tolong belikan..
 
KAMU SDN HIDUP BERTERABUR,AGAMA ENTAH DI MANA,ADA NAFSU NAK NASIHATKAN ORANG LAIN..
 
OOhhh ya,WANG RM250 JUTA TU BILA NAK BAYAR BALIK..
 
Kesian kat Pak Mat sebelah rumah,tak mampu nak beli susu anak..sekurang2nya,kalau kamu bayar balik wang RM250 juta tu,bolehlah diagih2kan kepada Pak Mat tu sikit..

Photo: Sharizat..tk pyh kamu nak jadi tukang suluh utk dswa..sebaik2nya SULUH DULU DIRI KAMU..CERMIN2KAN DIRI KAMU TU DULU..kalau tak mampu nk beli cermin yg besar,nanti minta Mat Sewah tlg belikan..KAMU SDN HIDUP BERTERABUR,AGAMA ENTAH DI MANA,ADA NAFSU NK NASIHATKAN ORG LAIN..ohhhh ya,WANG RM250 JUTA TU BILA NK BYR BALIK..kesian kat Pak Mat sebelah rumah,tak mampu nak beli susu anak..sekurang2nya,kalau kamu byr blk wang rm250 juta tu,blhlah diagih2kan kpd Pak Mat tu sikit..

Sumber: (
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/mami-ijat-punca-kami-dipanggil-lembu.html)

Imej Didakwa Pesawat MH370 Ditemui Tersadai Di Lautan


Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.

Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.

Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.

Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.

Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac. -mstar

ULASAN GB

Belum ada pengesahan, tetapi nampaknya lebih hampir kepada kebenaran daripada satu lagi laporan yang disiarkan oleh akhbar the Hindu yang menyatakan seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing.

Penemuan imej satelit bahawa pesawat itu tersadai di lautan menunjukkan bahawa ia berada di tempat ia hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.

Ia juga selari dengan pelbagai petunjuk sebelum ini iaitu:
KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Dan satu lagi laporan sebelum ini iaitu:
orang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Selain itu, blog GB juga semalam menedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petujuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti imej berkenaan menepati kedudukan yang disebutkannya. Klik SINI

Anehnya, sehingga kini, mengapa tiada siasatan dilakukan ke dasar laut di kawasan tersebut? Di cari cuma di permukaaan laut... mana nak jumpa...

Semuga Allah mempermudahkan urusan penemuan pesawat MH370 yang hilang ini disamping mendedahkan kebenaran apakah yang sebenar-benarnya yang telah berlaku yang menyebabkan pesawat demikian "hilang" secara tiba-tiba.
Sumber: (http://greenboc.blogspot.com/2014/03/imej-didakwa-pesawat-mh370-ditemui.html)
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: