بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Thailand kesan radar pesawat MH370
USA pernah mengorbankan sejumlah besar rakyatnya demi melaksanakan hasrat menyerang dan menguasai Afghanistan dan Iraq. Jika USA sanggup mengorbankan sebegitu ramai rakyatnya, apakah yang mereka sangsikan untuk mengorbankan sebahagian kecil rakyat dunia demi kepentingan ekonomi dan ketenteraan mereka?
Nah baca berita pencarian diteruskan tetapi tidak mahu menyiasat Pengkalan Amerika di Garcia
Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12 dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10 hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian kepadanya"
India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang melakukan semakan radar.
Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing.
Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia itu dipadamkan.
Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.
Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.
Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370 dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.
Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3 dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai "memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengambil gambar.
Sumber: (http://www.lusuka.com/2014/03/thailand-kesan-radar-pesawat-mh370-10.html)
MH370 ditemui di Pulau Maldives - Hati Muda
Justeru ramai mengesyaki Amerika adalah dalang disebalik kehilangan MH370, pelbagai helah daya dilakukan untuk mengalih pandangan pemerhati terutama keluarga penumpang pesawat MH370 dari Diego Garcia.
Inilah berita lewat setelah Diego Garcia jadi tumpuan pengkaji dan pemerhati. Mengapa baru sekarang disiar? Setelah dua belas hari MH370 hilang!!!
Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.
Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.
Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.
Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.
Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.
“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.
Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.
Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/mh370-ditemui-di-pulau-maldives.html)
MH370: Penemuan pesawat semakin hampir
NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.
Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.
The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.
Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.
Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.
"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.
"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.
Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.
Pesawat MAS MH370 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada 8 Mac. Penyiasat memberitahu bahawa ia sengaja dilencongkan daripada laluanya.
26 negara kini membantu untuk mengesan pesawat berkenaan selepas satelit dan data radar tentera meramalkan ia mungkin terbang melalui dua koridor yang besar.
Koridor utara terbentang dari utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan manakala koridor selatan bermula dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Data satelit mencadangkan bahawa 'ping' terakhir, istilah yang digunakan untuk menjelaskan penghantaran data dalam bentuk isyarat pendek kepada satelit, diterima daripada pesawat berkenaan di sekitar Lautan Hindi. --- Bernama
PBO: semoga ini dapat membantu mengesan pesawat MH370
Sumber: (http://penburukonline.blogspot.com/2014/03/mh370-penemuan-pesawat-semakin-hampir.html)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan