Sabtu, 22 Mac 2014

3948. Dia bongkar peribadi, satu pihak lagi mempertahankan kedaulatan negara.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

BONGKAR !!! ISU PULAU BATU PUTEH !!! TUDUHAN PEMBANGKANG MELAMPAUI BATAS !!! 
Tuduhan pihak pembangkang melalui kenyataan media Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa Pulau Batu Puteh tergadai kerana rasuah wajar diberi perhatian serius. 

Memandangkan Edy bercakap atas kapasiti Pengarah Propaganda, maka kenyataan beliau dengan sendirinya bolehlah dianggap sebagai propaganda iaitu tidak semestinya benar dan hanya dibuat bagi menimbulkan kekecohan.Kenyataan beliau adalah bersandarkan sebuah Akuan Bersumpah oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Mat Zain Ibrahim. 

Menurut Akuan Bersumpah tersebut, Mat Zain menyatakan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abd. Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).  

Kononnya, ia berlaku atas perlakuan rasuah melalui pemindahan wang dalam jumlah yang besar ke Hong Kong sejurus selepas Malaysia kalah dalam tuntutan Pulau Batu Puteh. Apa yang Edy tidak tahu ialah keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah *bersifat menang-menang iaitu Malaysia telah mendapat Batu Tengah sementara Singapura mendapat Batu Puteh

Oleh itu, tidak logik sama sekali bagi sesiapa untuk menerima atau memberi rasuah dalam kes di mana kedua-dua pihak telah menang. Duta Malaysia ke Netherlands pada ketika kes berlangsung, iaitu Datuk Noor Farida Ariffin turut terkejut dengan dakwaan rasuah yang dibuat oleh pihak pembangkang dan menganggapnya sebagai tuduhan liar yang langsung tidak berasas dan dibuat oleh pihak yang tidak punya apa-apa pengetahuan mengenai kes tersebut. Beliau menyifatkan tuduhan Mohd Zain bahawa Malaysia telah menghantar gambar pulau yang salah sebagai antara faktor yang menyebabkan kekalahan tuntutan tersebut di mahkamah.   

Malah, Noor Farida juga menjelaskan bahawa Abdul Gani bukanlah pihak yang mengetuai kes itu di ICJ tetapi Tan Sri Abd. Kadir Mohamad, atas kapasiti Wisma Putra. 

Pasukan yang terlibat adalah terdiri dari semua jabatan kerajaan yang terlibat termasuk sekumpulan peguam dari luar negara selain Peguam Negara sendiri. Segala keputusan yang dibuat adalah secara berkumpulan dan hujah-hujah yang dikemukakan juga telah terlebih dahulu dipersetujui oleh semua. 

Justeru, tiada ruang bagi Abd. Gani atau sesiapa sahaja untuk terlibat di dalam rasuah dalam kes ini. Nampaknya, Edy dan Mohd Zain sendiri telah melampaui batas dalam berpropaganda. Fitnah seperti ini adalah keterlaluan, sekali gus membuktikan betapa SAMM tidak punya kredibiliti ataupun integriti dalam perjuangan. 

Mungkin Datuk Abd. Gani wajar ‘mengajar’ anak-anak muda ini agar lebih bertanggungjawab dalam membuat kenyataan di masa depan. Jika tidak, pastinya ada rakyat yang akan terpedaya dengan fitnah mereka yang keterlaluan itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Berfikir kerana Allah SWT lebih baik dari renung-renungkan. 

Anda ada sebidang tanah seluas dua hektar yang sememangnya milik anda yang sah mengikut undang-undang - Kemudiannya tiba satu peringkat tanah anda dibahagi 2. Sepihak satu hektar. 

Bolehkah hal di atas dijadikan sebagai hal "menang-menang" Jika sedemikian rupanya maka benarlah "Bumi dipijak milik orang "Sebenarnya "menang-menang" adalah satu propaganda mengalih perhatian. 

MaCAi tentu suka ayat ini:

a) Ownership by Sultanate of Johor
After reviewing the history of the Johor Sultanate and the Dutch and British rivalry for control of South East Asia and the insidious role of the East India Company as an instrument for colonial conquest and occupation, the Court concluded:

“The territorial domain of the sultanate of Johor covered in principle all the islands and islets within the Straits of Singapore, including the island of Pulau Batu Puteh. It finds that this possession of the islands by the Sultanate was never challenged by any other power in the region and can in all circumstances be seen as satisfying the condition of ‘continuous and peaceful display of territorial sovereignty. The Court thus concludes that the Sultanate of Johor had original title to Pulau batu Puteh.”

The Court then reviewed the Imperialist Anglo-Dutch Treaty of 1824 wherein the two colonial powers divided South-East Asia into two separate spheres of influence. The argument by Singapore that by this time the islands in the Straits of Singapore (including Pulau Batu Puteh) were terrae nullius and therefore subject to appropriation through “lawful occupation” was rejected by the Court. The Court concluded that notwithstanding the aforesaid Treaty:

“that as of the time when the British started their preparations for the construction of the lighthouse on Pulau Batu Puteh in 1844, this island was under the sovereignty of the Sultan of Johor.” (bumi-dipijak-milik-orang)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: