Sabtu, 22 Mac 2014

3949. Aurat dan kesihatan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!

ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.
Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garispandu atau batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.
Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.
Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.
Apa dia aurat? Dari segi bahasa, aurat berasal daripada perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah syara‘ pula, aurat ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang ramai. Aurat lelaki ialah di antara pusat dengan dua lutut. Sementara aurat perempuan pula ialah seluruh anggota tubuh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan (luar dan dalam) sehingga dua pergelangan tangannya.
Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya, sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu dengan apa jua cara sekalipun.
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah haram dengan nas al-Quran, hadits dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar. Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah.Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup bahagian aurat.
Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini sungguhpun di antara sesama lelaki ataupunsesama perempuan. Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelakimemandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya.
2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir.Maksudnya di sini ialah apa-apa pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.
3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.
4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.
5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu, dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.
Maka sebagai merealisasikan rasa taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘ pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
WALLAHU'ALAM
*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn


Tukar Tiub

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 10 minutes ago
Tukar Tiub ------------------------------ - WASPADA TAKTIK JAHAT - WOOOOW HEBATNYA - TUGAS SPR IALAH MENIPU - ROSMAH PAKAI BOMOH - WASPADA TAKTIK KETUANAN MELAYU - PAKAI ROSMAH UNTUK KEBAIKKAN NEGARA - PARTI PEMBODEK NAJIB - NIKMAT YANG PALING NIKMAT - BERITA PELIK BIN MELIK WASPADA TAKTIK JAHAT Posted: 21 Mar 2014 06:25 PM PDT *PROGRAM * *DI SAMARAHAN* Tindakan tegas pihak cuba cetus kekacauan PRK Kajang - Polis SHAH ALAM 21 Mac - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan te gas terhadap pihak yang cuba mencetuskan kekacauan melampau p... more »

ALHUSSEYN

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 10 minutes ago
ALHUSSEYN ------------------------------ Terbongkar - Rahsia kenapa Najib tidak mahu jawab soalan dari wartawan Posted: 21 Mar 2014 01:03 PM PDT Sebaik sahaja selesai membacakan kenyataan bertulis sewaktu sidang akhbar MH370 tempohari itu, PM Najib yang enggan menjawab sebarang soalan dari wartawan telah bergegas mahu keluar dari bilik tersebut. Namun ada seorang wartawan luar, * Bob Woodraff* dari ABC News telah menerjahnya kerana mahukan pengesahan PM Najib samada mereka (Polis) sedang membuat pemeriksaan rumah dua juruterbang pesawat yang hilang itu .Tetapi PM Najib b... more »

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 10 minutes ago
Kita MESTI Selamatkan Melayu ------------------------------ MH 370 HIJACKED - Will He Deny Received Last Phone Call From Pilot MH 370 Cockpit Before Takeoff...?? Posted: 20 Mar 2014 09:27 PM PDT *A report has surfaced that the pilot of missing Malaysia Airlines (MAS) Flight MH370 had made a call from inside the cockpit shortly before take off.* *UK-based The Sun said investigators are trying to establish who Captain Zaharie Ahmad Shah spoke to in the cockpit minutes before the flight took off from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 12.41am on March 8.* *The ... more »

ADUHHH!!! (Video) Siapa Bagi Maklumat Kepada Akhbar Daily Mail Kaitkan DS Anwar Dengan Pilot #MH370? Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 15 minutes ago
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan juruterbang MH370 yang hilang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mempersoalkan siapa yang memberikan maklumat kepada akhbar Daily Mail, London sehingga mereka boleh menuduh beliau mempunyai kaitan dengan juruterbang pesawat itu. Dalam ucapannya di majlis pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi, Anwar berkata, ini semua adalah perbuatan pihak tertentu untuk memburukkan beliau. "Siapa yang beri maklumat kepada Daily Mail mendakwa dia penyokong Anwar yang fanatik? Kemudian semua media Umno dan BN pertikai hubungan Anwa... more »

MH370: Soal keselamatan,India tidak benar China masuk Laut Andaman.

mantaro at SISI BUKIT - 29 minutes ago
Malaysia kena menjadikan negara India contoh. India tidak membenarkan China menghantar kapal perang mereka ke Laut Andaman.."Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah kota ketenteraan kami"jurucakap tentera India.India tidak mahu kapal perang China berlegar di laut mereka"Mereka,India mempunyai kelengkapan cukup untuk mencari MH370.

MH370 - Media asing beratur temubual Anwar

atsixty at ZAKRI ALI - 32 minutes ago
*Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370, dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang.* *Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwanya gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.* * "Semalam CNN, selepas ini media UK, kemudian media China pula akan temuramah saya."Saya tanya kenapa temuramah saya, saya bukan perdana menteri. Mereka jawab, kami... more »

Bayi Tercampak Keluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Di Lenyek Lori

Nas Rul at dairishare - 41 minutes ago
Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori. Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori. Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter. Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian C... more »

Tuan Habib adakah tuan kenal siapa itu,Najib Razak?

mantaro at SISI BUKIT - 1 hour ago
Najib Razak dan Rosmah Mansor turut serta Selawat Perdana di Putrajaya malam kelmarin.Selawat dan qasidah dipimpin oleh ulama terkenal Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Sekadar ingin bertanya Pak Habib Syech Abdul Qodir dan Pak Habib Ali Zaenal Abidin ,adakah Tuan mengenal Perdana Menteri Malaysia itu.?Sekadar ingin bertanya bolehkah konsert berselang seli dengan selawat perdana.? Sekadar ingin bertanya,tahukah Tuan Habib,Presiden U.S.A, Mr Barrack Obama pun tak marah untuk berselawat?

Kandungan Tercampak Keluar dari Perut Ibu

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 1 hour ago
[HM] Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori. Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori. Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter. Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fu... more »

[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Pelancaran Reformasi 2.0 Di Stadium Kajang Malam Tadi

greenboc at KELAB GREENBOC - 1 hour ago
Tidak kurang daripada 10,000 orang membanjiri stadium kajang pada malam tadi sempena majlis pelancaran Reformasi 2.0. Pada jam 11.40 malam, Anwar Ibrahim telah naik ke pentas diiringi dengan tepukan gemuruh hadirin, membuktikan beliau masih merupakan satu kuasa yang disegani, lapor malaysiakini. Anwar telah membidas BN kerana memberi taklimat kepada media asing termasuk tabloid UK Daily Mail yang menyiarkan berita yang mengaitkan beliau dengan krisis kehilangan pesawat MH370. Berucap kepada hadirin di Stadium Kajang, Anwar berkata beliau tahu siapa yang diberi taklimat kepada D... more »

Zirafah Ucap Selamat Tinggal

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 1 hour ago
[HM] Rotterdam: Suasana mengharukan menyelubungi zoo di Belanda apabila seekor zirafah dilihat seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pekerja zoo yang tenat kerana menghidap barah. Bekas pekerja berusia 54 tahun itu sebelum ini meminta supaya dia dibawa ke kandang zirafah di Zoo Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp. Keadaan yang menyentuh hati itu menyaksikan seekor zirafah itu menghampiri lelaki berkenaan, Mario, dan dilihat seolah-olah memberi ciuman selamat tinggal. “Haiwan itu mengenalinya dan dapat merasakan sesuatu yang buruk menimpanya. Ia suasana istimewa dan an... more »

Terbongkar - Rahsia kenapa Najib tidak mahu jawab soalan dari wartawan

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Sebaik sahaja selesai membacakan kenyataan bertulis sewaktu sidang akhbar MH370 tempohari itu, PM Najib yang enggan menjawab sebarang soalan dari wartawan telah bergegas mahu keluar dari bilik tersebut.* * Namun ada seorang wartawan luar, Bob Woodraff dari ABC News telah menerjahnya kerana mahukan pengesahan PM Najib samada mereka (Polis) sedang membuat pemeriksaan rumah dua juruterbang pesawat yang hilang itu .Tetapi PM Najib buat dek sahaja.* * Saya telah bertanya samada mereka sedang memeriksa rumah 2 juruterbang tersebut.Dia tidak memberikan respon. ** I asked the Malaysi... more »

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul Trend Baru UMNO Mendekati Rakyat?

Assistant at Tempayan Retak - 1 hour ago
Datuk Seri Najib Tun Razak adalah perdana menteri UMNO yang satu-satunya telah di'bina' imej islamiknya walaupun dia ini bercakap Islam pun tak tahu. Kalau dulu Tun Abdullah Badawi yang memang diketahui mempunyai latar belakang Islam tetapi imej yang ditonjolkan tidak "berlebihan' islamiknya mengalahkan 'ulama pondok' seperti Najib. Sangat berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang nak cari dia pakai kupiah pun sangat susah sehingga saya difahamkan gambar dia berkupiah dalam buku karangan Ahmad Lutfi Othman "Mufti lawan Mahathir" telah dibeli dengan harga RM70 daripada wartawan. Itu pun ... more »

Koleksi Gambar Lawak - 398

Nas Rul at dairishare - 2 hours ago
koleksi gambar lawak

VIDEO - (MH370) Anwar Ibrahim: The Defence Minister Must Resign If He Cannot Answer The Questions

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
*(Reformasi 2.0) Anwar Ibrahim: Najib, Rakyat Bangkit **Menolak Kezaliman *

HIMPUNAN REFORMASI 2:0 -- LEBIH 10 RIBU MEMBANJIRI STADIUM KAJANG.....

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
* KEDAI PKR DALAM STADIUM KAJANG* *WAKIL DARI PAS JOHOR - CIKGU NORMALA * *WAKIL DARI KEADILAN SABAH * *FLASHMOB DIPERSIMPANGAN BALAI POLIS KAJANG * * LEMAN RAJA LAWAK DAN JINGGA 13* * MOTOSIKAL PENYOKONG PAKATAN RAKYAT* *OREN REFORMIS DARI JINGGA 13 * * JAM 8:00 MALAM * * JAM 8:30 MALAM* * ANAK ANAK DARI KELANTAN TUNTUTAN ROYALTI* *KUMPULAN ROCK "THE COBRA" * *JAM 9:30 MALAM * *CIKGU BARD SELAKU KETUA SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA * * ( SAMM )* *SDR. NAZMI * *WAKIL PEMUDA PAS * *AHLI PARLIMEN KAPAR DARI DAP * *WAKIL DARI PAS KELANTAN * *KETUA NGO JINGGA ... more »

Perghhh !! Chef Wan Kena Tibai.Sebab .Memepersenda Kehilangan Pesawat MH370.

Abu Luqman at Media Orang Kampung - 2 hours ago
TINDAKAN CHEF WAN MEMPERSENDA KEHILANGAN PESAWAT MH370 MENGUNDANG KECAMAN HEBAT DARI RAKYAT. Kalau ya pun megah dengan memiliki mulut laser tapi ada batasannya ... mempersendakan kehilangan pesawat MH370 sudah kira amat lebih.Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.Dalam entri terbarunya, Che Wan

Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!

Detik Islam at Detik Islam - 2 hours ago
*ISLAM* menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagai... more »

Makin Ramai Artis Bertudung, Tak kurang juga kembali ber"dogol"

Assistant at Tempayan Retak - 2 hours ago
Muktahir ini ramai aktis bertudung. Seorang demi seorang telah berhijrah daripada 'dogol' (tak bertudung) kepada bertudung. Sebahagiannya mula mengamalkan pakaian menutup aurat apabila pulang daripada tanah suci Mekah. Kini ada stesyen tv yang mewajibkan pelakon untuk menutup aurat dan filem-filem berbentul Islamik telah nampak diterima masyarakat. Malah trend kini, peminat lebih suka artis menutup aurat juga dikatakan pendorong kepada penghijrahan artis-artis daripada 'dogol' kepada bertudung. Berita terbaru artis Wan Nor Azlin tampil dengan kain yang semakin singkat manakala tudu... more »

Pemandu Malaysia Memang Ego,Adakah Anda Setuju?

ijoks2009 at Kami SokongTokguru - 3 hours ago
Adakah anda mahu situasi ini berlaku kepada keluarga anda? Kebanyakan kemalangan sebenarnya berlaku disebabkan sifat ego pengguna jalanraya yang mementingkan diri sendiri apabila berada di jalanraya. Alangkah baiknya jika sikap pemandu dalam video dibawah boleh diamalkan di malaysia

Bumi Dipijak Milik Orang. Pulau Batu Puteh bukti jelas Kepimpinan malapetaka dengan dokongan rakyat yang termakan rasuah politik.

Matt Evo at Kami SokongTokguru - 3 hours ago
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.* *Assalamualaikum w.b.t/**ا**لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه* Meja *www.peceq.blogspot.com . **Selepas peristiwa ini sudah ada PRU tetapi ada rakyat Malaysia masih tidak mahu menghukum kerana termakan beras sekampit. Ada rakyat memang suka rasuah politik berupa se... more »
Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: