بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kisah Sedih Kanak-Kanak 6 Thn Hidup Hanya Ditemai Anjing
Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu, tentang seorang anak bernama A Long yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu, Liuzhou di wilayah Guangxi, China. Umurnya baru 6 tahun, kedua orang tuanya telah meninggal kerana mengidap penyakit AIDS berturut-turut di tahun 2008 dan 2010.
A Long anak kecil berumur 6 tahun penghidap HIV di sebuah kampung di China. Ibu dan ayahnya telah meninggal kerana virus HIV. selama ini A Long hidup sendiri kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.
Sehari-harian dia hanya ditemani anjing kesayangannya Lau He, semua dilakukan A Long sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu berhampiran Liuzhou, Provinsi Guangxi Zhuang
Untuk makan sehari-hari A Long memasak sendiri, sang nenek kadang-kadang datang mengirimnya sayur-sayuran, lalu A Long memasaknya dengan nasi dari dapur kayu yang kayunya ia cari sendiri di hutan, A Long juga mendapat bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 yuan setiap bulan.
Di sinilah A Long tinggal, sebuah bilik dengan penerangan yang serba kekurangan, seorang diri. dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak2 seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian.
Sejak berita dan foto2 tentang dia tersebar luas di media, ada beberapa dermawan yang mengiriminya boneka dan mainan untuk teman bermain A Long
Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti A Long, cuma di China di negara-negara lain pun mereka banyak yang diabaikan dan hidup sebatang kara. Hidup yang mereka jalani bukan kesalahan mereka, mereka dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh orang tuanya.
Zirafah Ucap Selamat Tinggal
[HM] Rotterdam (Belanda): Suasana mengharukan menyelubungi zoo di Belanda apabila seekor zirafah dilihat seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pekerja zoo yang tenat kerana menghidap barah.
Bekas pekerja berusia 54 tahun itu sebelum ini meminta supaya dia dibawa ke kandang zirafah di Zoo Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp.
Keadaan yang menyentuh hati itu menyaksikan seekor zirafah itu menghampiri lelaki berkenaan Mario dan dilihat seolah-olah memberi ciuman selamat tinggal.
“Haiwan itu mengenalinya dan dapat merasakan sesuatu yang buruk menimpanya. Ia suasana istimewa dan anda boleh melihat haiwan itu melemparkan senyuman kepada Mario yang sebelum sakit menghabiskan masa bekerja di kandang berkenaan,” kata pengasas Ambulance Wish Foundation, Kees Veldboer.
Mario kemudian meminta peluang mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan sekerjanya. “Kami gembira dapat menunaikan permintaan terakhir Mario,” katanya. -22/3/14
Sumber: (http://duniacacamarba.blogspot.com/2014/03/zirafah-ucap-selamat-tinggal.html)
Giraffe’s touching goodbye to dying worker at Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp zoo
A DYING cancer patient who worked at a Dutch zoo his whole life has said a final goodbye to the animal.
The 54-year-old man, identified only as Mario, was approaching by a loving giraffe as he lay in his hospital bed wheeled into Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp zoo.
“You could see him totally light up,” Kees Veldboer, founder and director of Ambulance Wish Foundation, told a Dutch newspaper, Algemeen Dagblad.
“It’s very special to see that those animals recognise him, and sense that he isn’t doing well,” he said.
Mario has a mental disability and has worked as a maintenance man at the zoo for most of his life.
He later bid farewell to his colleagues, the paper reported.
Sumber: (http://www.news.com.au/lifestyle/real-life/giraffes-touching-goodbye-to-dying-worker-at-rotterdams-diergaarde-blijdorp-zoo/story-fnixwvgh-1226860965457)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan