SHAH ALAM - Pengurusan perolehan bagi 150,000 unit kasut (combat boot) adalah tidak teratur dan tidak menjaga kepentingan kerajaan serta tidak mendapat harga lebih rendah apabila perlu membelanjakan RM17.25 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 melaporkan, oleh itu tindakan tegas perlu diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab kerana ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan.

"Pada awalnya, setelah mengambil kira syor dan perakuan Jawatankuasa Penilaian Teknikal, harga terendah yang ditawarkan petender adalah RM16.20 juta (RM108 sepasang) dan tertinggi RM19.67 juta (RM131.10 sepasang).

"Bagaimanapun, disebabkan petender harga yang terendah menghantar dua sampel untuk satu tender yang sama dengan nama syarikat sama adalah tidak adil dan wajar, urus setia Lembaga Perolehan B, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan supaya petender itu tidak dipertimbangkan untuk pembekalan combat boot Rela," menurut laporan itu.