بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Laporan Audit 2013 lebih baik dari 2012
Nur Jazlan (kiri) bersama naib pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw menunjukkan
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Foto Bernama.
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan Laporan Audit Siri 1-2013 lebih baik berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penubuhan jawatankuasa khas di bawah kelolaan Ketua Setiausaha Negara sedikit sebanyak menampakkan hasil.
"Walaupun baru ditubuhkan tahun lalu, namun ia telah menunjukkan hasil positif.
"Mereka yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan lebih berhati-hati dan takut kerana sentiasa diawasi. Jika tidak lakukan dengan baik, kerajaan akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di Parlimen, semalam.
Hasil rumusan Laporan Audit 2012, katanya, 71 peratus melibatkan penambahbaikan peraturan dan proses kerja, manakala 29 peratus lagi melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta perlaksanaan tugas.
Daripada 29 peratus kes salah laku itu, katanya, 121 kes dibawa untuk tindakan primitif, 92 kes telah selesai dan 29 kes masih dalam tindakan kerajaan.
Menurutnya, daripada jumlah kes yang disebut, 152 orang dipanggil, 76 diputuskan hukuman, seorang telah dibuang kerja, 41 orang telah di surcaj, dua orang telah didenda, 32 orang telah diberi amaran dan 36 orang lagi masih dalam prosiding tata tertib.
Sementara itu, katanya, menerusi peneliti daripada laporan audit semasa, PAC melihat ada keperluan untuk membuat audit khas kepada seluruh universiti tempatan.
Nur Jazlan berkata, hasil laporan audit menunjukkan proses perolehan di universiti-universiti adalah lemah.
"Minggu lepas kami telah memanggil Universiti Malaysia Terengganu berhubung kapal penyelidikan yang tidak mematuhi proses perolehan yang mantap dalam membeli barang-barang penyelidikan itu.
"Sehubungan itu PAC telah cadangkan Jabatan Audit Negara membuat proses audit khas kepada universiti, kerana perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan adalah dalam jumlah yang besar," katanya.
Selain itu, Nur Jazlan turut menggesa PAC di negeri-negeri untuk memantau pengurusan aktiviti pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana melibatkan belanja yang besar dan menerima aduan yang banyak dari masyarakat setempat.
"Kebanyakan kes itu berulang-ulang, aduan sama yang menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat kepada perkhidmatan yang diberikan.
"Sehubungan itu saya minta PAC negeri beri tumpuan dalam isu ini kerana kerja -kerja PBT ini melibatkan hubungan terus dengan rakyat yang mana memberi persepsi kepada kerajaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
- Kos operasi mahkamah Kuantan lebih RM19 juta
- RM17.25j beli kasut Rela
- Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar
- Audit: 109 syor baiki kelemahan
- Laporan Audit 2013 lebih baik dari 2012
- Prestasi kewangan Bintulu Synergy kurang memuaskan
- Royal Perak Golf Club tidak ada jawatankuasa Audit
- Harga ikan dalam kontrak melebihi harga pasaran
- Audit: Pengurusan sisa pepejal P Pinang lemah
- Kemas kini teguran melalui sistem 'dashboard'
Sumber: (http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-audit-2013-lebih-baik-dari-2012-1.268148)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan