بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Audit: Pengurusan sisa pepejal P Pinang lemah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013
GEORGETOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu meningkatkan pemantauan dalam pengurusan pelupusan sisa pepejal bagi memastikan kawasan pentadbirannya sentiasa bersih dan bebas daripada penyakit berjangkit, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 1.
Laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini berkata kelemahan dalam pengurusan pelupusan sisa pepejal boleh menyumbang atau menjadi antara punca merebaknya penyakit berjangkit.
"Laporan statistik penyakit demam denggi, cirit-birit dan malaria yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menunjukkan cirit-birit mencatat bilangan kes paling tinggi antara ketiga-tiga penyakit itu," kata laporan tersebut.
Antara kelemahan pengurusan sisa pepejal yang dikesan ialah berlaku pencemaran daripada tumpahan air kurasan di atas jalan raya yang tidak dibersihkan di kawasan operasi MPPP dan kontraktor; jumlah pepejal terampai di semua lokasi sekitar tapak pelupusan melepasi had piawaian dibenarkan; kapasiti tong sampah yang kecil tidak dapat menampung jumlah sisa pepejal yang dibuang oleh orang awam; dan aduan pengurusan sisa pepejal lewat diambil tindakan.
Bagi mengelak berlaku pencemaran semasa pungutan dijalankan, Laporan Ketua Audit Negara mengesyorkan MPPP mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pungutan yang dilaksanakan dan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat ditetapkan dalam kontrak.
Selain itu, analisis Audit juga mendapati bagi tempoh Julai 2012 hingga Jun 2013, pungutan sisa pepejal oleh kesemua tujuh kontraktor yang dilantik tidak mencapai berat minimum sisa pepejal seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Peratus kekurangan berat sisa pepejal bagi tujuh kontraktor ialah antara 2.8 hingga 40.1 peratus yang melibatkan jumlah perbelanjaan kepada MPPP sebanyak RM3.83 juta, kata laporan itu.
Laporan itu berkata berdasarkan maklum balas MPPP pada 21 Jan 2014, bayaran yang ditetapkan kepada perkhidmatan kontrak itu dibuat secara 'lump sum' dan ada kontraktor yang melaksanakan kitar semula terhadap sisa pepejal yang dipungut menyebabkan pengurangan jumlah berat sisa pepejal yang dilupuskan.
Bagaimanapun Audit berpendapat berat minimum sisa pepejal yang ditetapkan oleh Majlis dikaji semula kerana semua kontraktor yang dilantik tidak dapat mencapai berat minimum yang ditetapkan walaupun setelah mengambil kira berat daripada aktiviti kitar semula.
"Pada masa sama tindakan ini boleh mengelakkan Majlis daripada mengalami kerugian," kata laporan itu yang menjelaskan harga kontrak bulanan pengurusan sisa pepejal adalah berdasarkan purata berat minimum sisa pepejal yang dipungut, diangkut dan dilupuskan.
Bagi tempoh 2011 hingga Jun 2013 Majlis telah membelanjakan RM1.65 juta untuk 21 tan sisa pepejal yang dipungut, diangkut dan dilupuskan oleh kontraktor setiap bulan.
Mulai Mac 2013 jumlah harga kontrak bulanan sisa pepejal telah meningkat kepada RM2 juta dengan kos tambahan RM0.35 juta sebulan bagi menampung peningkatan penggunaan minyak, tol jambatan dan penyenggaraan kenderaan yang terpaksa ditanggung oleh kontraktor berikutan operasi pemindahan sisa pepejal dari Stesen Pemindahan Batu Maung ke Stesen Pemindahan Ampang Jajar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
- Kos operasi mahkamah Kuantan lebih RM19 juta
- RM17.25j beli kasut Rela
- Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar
- Audit: 109 syor baiki kelemahan
- Laporan Audit 2013 lebih baik dari 2012
- Prestasi kewangan Bintulu Synergy kurang memuaskan
- Royal Perak Golf Club tidak ada jawatankuasa Audit
- Harga ikan dalam kontrak melebihi harga pasaran
- Audit: Pengurusan sisa pepejal P Pinang lemah
- Kemas kini teguran melalui sistem 'dashboard'
Sumber: (http://www.sinarharian.com.my/nasional/audit-pengurusan-sisa-pepejal-p-pinang-lemah-1.268091)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan