بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Kemas kini teguran melalui sistem 'dashboard'
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013
KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara telah mewujudkan Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG's Dashboard) tahun lalu bertujuan menyusuli tindakan pembetulan yang diambil Badan Berkanun Persekutuan terhadap kelemahan agensi berkenaan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013, Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hendaklah mengambil tindakan terhadap teguran audit dan membuat laporan segera agar segala tindakan dapat dikemas kini dalam sistem 'dashboard' Jabatan Audit Negara.
Jabatan itu turut meminta CEO setiap syarikat kerajaan mewujudkan sistem 'imbangan dan sekatan' untuk memastikan pemeriksaan secara menyeluruh bagi setiap program, projek atau aktiviti di organisasi masing-masing.
"Langkah itu bertujuan untuk menilai sama ada projek dan aktiviti mempunyai kelemahan dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan serta penambahbaikan.
"Langkah tersebut juga perlu bagi memastikan projek dan aktiviti dilaksanakan mengikut jadual dan agensi mendapat nilai faedah terbaik.
Jabatan itu turut meminta Unit Audit Dalam agensi selain daripada menjalankan penilaian terhadap sistem kawalan dalaman, perlu juga menjalankan pengauditan perolehan dan pengauditan prestasi terhadap pengurusan program/aktiviti/projek untuk menentukan sejauh mana ia dilaksanakan dengan cekap, ekonomi, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Syarikat kerajaan juga perlu memastikan prestasi kewangannya sentiasa dalam keadaan baik, pengurusan aktivitinya dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan; pengurusan kewangan dan tadbir urus korporatnya selaras dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Menurut laporan itu juga, secara keseluruhan pengauditan terhadap projek dan aktiviti mendapati Badan Berkanun Persekutuan mempunyai perancangan yang baik untuk melaksanakan projek dan aktivitinya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
- Kos operasi mahkamah Kuantan lebih RM19 juta
- RM17.25j beli kasut Rela
- Audit: 14 peratus peniaga Tukar gulung tikar
- Audit: 109 syor baiki kelemahan
- Laporan Audit 2013 lebih baik dari 2012
- Prestasi kewangan Bintulu Synergy kurang memuaskan
- Royal Perak Golf Club tidak ada jawatankuasa Audit
- Harga ikan dalam kontrak melebihi harga pasaran
- Audit: Pengurusan sisa pepejal P Pinang lemah
- Kemas kini teguran melalui sistem 'dashboard'
Sumber: (http://www.sinarharian.com.my/nasional/kemas-kini-teguran-melalui-sistem-dashboard-1.268083)
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan