Selasa, 8 April 2014

4503. PAC - Panggil 5 Kementerian. Teguran kepada KUIN dan harapan capai status negara berpendapatan tinggi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com 

  • Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima kementerian berkaitan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentangkan hari ini.
    Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
    "Sebanyak 71% audit yang terlibat adalah penambahbaikan manakala 29% lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian.
    "121 kes dibawa untuk diambil tindakan, 92 kes diselesaikan manakala 29 kes lagi belum selesai," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.
    Jazlan berkata, Jabatan Kerja Raya dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut dipanggil apabila semua kementerian yang terlibat selesai berdepan dengan PAC.
    Katanya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipanggil berhubung pembinaan empangan raya Peda di Besut bernilai RM343.55 juta yang diberikan kepada syarikat usahasama dan tidak mempunyai pengalaman membina empangan secara rundingan terus.
    “Projek ini sepatutnya siap pada November 2013 tetapi hingga ke hari ini gagal disiapkan,” katanya.
    KPM dipanggil berikutan pembinaan kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dimaklumkan pembinaan tidak mengikut spesifikasi dan sehingga kini sijil layak menduduki masih belum diperoleh walaupun mula beroperasi pada 2012.
    “Kami juga melihat mengenai perolehan universiti yang dianggap lemah pada masa ini setelah minggu lepas KPM dipanggil yang juga tidak mematuhi proses perolehan yang mantap.
    “PAC mencadangkan agar audit khas dijalankan kepada proses perolehan universiti kerana perbelanjaankepada universiti setiap tahun, satu perbelanjaan besar,” katanya.
    Jazlan berkata KKM dipanggil kerana pelbagai isu mengenai perolehan aset, penyimpanan rekod dan pengurusan program pembelian makanan serta pengurusan peralatan hospital yang tidak berjalan lancar menyebabkan ketirisan.
    Katanya, Ketua Audit Negara turut mengadakan audit kepada KWSP terutamanya dalam pelaburan luar negara dan secara rambang pelaburan tersebut memberi pulangan yang baik.
    “Pelaburan KWSP meningkat dari tahun ke tahun maka PAC diminta mendapatkan penjelasan mengenai langkah yang akan diambil bagi mengurangkan risiko pelaburan antarabangsa.
    “Eloklah mereka dipanggil atas kepentingan rakyat untuk jelaskan aktiviti mereka dalam pelaburan antarabangsa,” katanya.TMI

    Hak milik tanah KUIN belum dipindah milik kepada kerajaan Kedah - Ketua Audit


    ALOR SETAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 mendedahkan hak milik tanah kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, Baling masih belum dipindah milik kepada kerajaan negeri Kedah sekalipun kos pembelian dilunaskan. 

    Laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat semalam, menyatakan kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran berjumlah RM15 juta kepada Darulaman Realty Sdn Bhd dalam tempoh dua tahun selepas perjanjian ditandatangani. 

    "Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah Bilangan 15/2010 
    bersetuju bahawa tanah seluas 320 ekar yang dibeli oleh kerajaan negeri dengan harga nilaian berjumlah RM15 juta perlu didaftarkan di atas nama State Secretary Incorporated (SSI). 


    "Pindah milik tanah kepada kerajaan negeri masih belum dibuat. Kesannya, kerajaan negeri tidak mempunyai hak selaku tuan tanah," kata laporan itu. 

    Unit Perancangan Ekonomi negeri (UPEN) dalam maklum balas kepada Ketua Audit Negara pada 12 Jan 2014, menyatakan proses pindah milik itu akan dilakukan sebelum hujung tahun ini. 

    Selain itu, lawatan Audit ke kampus Kuin di Kuala Ketil pada 11 Dis 2013 mendapati terdapat tiga bangunan belum digunakan iaitu bangunan Muamalat/Multimedia Kreativiti, Tahfiz Al-Quran/Syariah dan Usuluddin/Bahasa Arab. 

    Menurut laporan itu, pihak Audit difahamkan bangunan terbabit kosong kerana pelajar bagi kursus berkenaan diarah berpindah kembali ke kampus Kuin di Alor Setar berikutan asrama pasang siap tidak dapat disiapkan mengikut jadual. 

    "Selain itu, terdapat perabot dan peralatan pelajar di bangunan tersebut tidak digunakan sejak diterima pada Januari 2013. 

    "Pada pendapat Audit, kerajaan negeri melalui UPEN hendaklah mengemukakan arahan kepada Kuin bagi memastikan kemudahan yang telah disediakan diguna sepenuhnya dengan segera dan pihak Kuin juga perlu memastikan rekod berkaitan peralatan diselenggarakan dengan baik," katanya. 

    Ketua Audit Negara juga mengesyorkan supaya Kuin memastikan kemudahan bangunan yang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar bagi mengelak pembaziran. 

    Secara keseluruhannya pengauditan yang dijalankan antara September hingga Disember 2013 mendapati pembinaan kampus tetap Kuin adalah memuaskan kerana prosedur pembinaan dipatuhi, pembinaan dilaksana mengikut tempoh masa ditetapkan, Certificate of Completion (CCC) telah diperolehi pada 30 Januari 2013 serta keberkesanan pemantauan oleh UPEN dan Jabatan Kerja Raya. - BERNAMA 

    Meja www.peceq.blogspot.com  Aku setuju apa TPM kata, lebih mudah digapai apabila pemimpin negara amanah dan tidak terpalit dengan sebarang skandal dan unsur-unsur salah laku politik dan kemanusiaan. Yang Muslim tegar dengan amalan patuh perentah dan menjauhi larangan Allah SWT. In Syaa Allah.  

    Malaysia perlu usaha berlipat ganda untuk capai status negara berpendapatan tinggi


    Foto
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Brunei, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah sewaktu tiba untuk menghadiri forum tahunan Pelaburan Berprofil Tinggi (AIM) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Dubai (DICEC) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
    DUBAI: Bagi menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia memerlukan usaha berlipat ganda bagi menarik pelaburan, memacu produktiviti dan inovasi.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dengan itu, kerajaan menekankan anjakan paradigma dalam dasarnya dan melalui pendekatan reformasi jangka panjang yang terperinci dan menyeluruh. 

    Katanya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama (NKEA) serta Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) sedang dilaksanakan bagi mencapai maksud itu. 

    "Setakat ini, kami mencapai kemajuan yang baik dalam pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi di bawah ETP, khususnya dalam mewujudkan peluang baru bagi kedua-dua pelaburan asing dan tempatan," katanya dalam ucaptama di Mesyuarat Pelaburan Tahunan (AIM) 2014 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Dubai, di sini, hari ini. 

    Ia bertema Perkongsian Pelaburan Untuk Pertumbuhan Mampan dan Inklusif Dalam Pasaran Hadapan Dan Baru. 

    AIM yang bermula semalam sehingga Khamis ini menarik minat kira-kira 10,000 pelabur dari 120 negara. 


    " 5 Kementerian Akan Dipanggil. 121 Kes Berdepan Tindakan. Tidak Cukup Lagikah Bukti Ketirisan Dalam UMNO BN "

    tikaq buloh at tikaqbuloh.blogspot.com - 14 minutes ago
    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima kementerian berkaitan setelah Laporan Ketua Audit Negara 2013 dibentangkan hari ini. Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata, kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. "Sebanyak 71% audit yang terlibat adalah penambahbaikan manakala 29% lagi membabitkan penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku dan kecuaian. "121 kes dibawa untuk diambil tin... more »

    Agak Agak MB Negeri Mana Yer ??

    atsixty at ZAKRI ALI - 17 minutes ago
    *Perghhh.. MB mana Pulak Ni ?. Teman Wanita Tuntut RM 3 Juta..Dari Teman Lelakinya..SEorang MB.. * *Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya. Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30... more »

    TOPLESS PARTY ... SENDIRI LULUS .. SENDIRI BATAL ... SENDIRI PUJI.

    OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 28 minutes ago
    *Macam mana nak batal kalau tidak ada kelulusan .. pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan hanya batal jika sudah ada kelulusan .. kalau dari awal tiada kelulusan dinamakan permit tidak diluluskan atau tiada sebarang kelulusan diberikan.Begitulah sandiwara murahan yang cuba dimainkan oleh pihak Pemuda UMNO Malaysia atas pembatalan parti maksiat melampau "TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY" di Pool Ampang yang dijadulkan berlangsung jumaat ini 11hb April 2014 setelah desakan dan kutukan keras dari rakyat.Jika kisah ini terlepas pandang taubat lahum ianya akan tetrap diteruskan juga..... more »

    MH370- Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib. - Written By canang.

    atsixty at ZAKRI ALI - 50 minutes ago
    [image: Photo: MH370- Bekas Duta AS Ke Malaysia Beri Amaran Kepada Najib. Written By canang. Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370. “Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga preside... more »

    Nasib MH370 tentu berbeza jika TUDM pintas... tapi..

    Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 50 minutes ago
    Sekiranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memintas penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, kemungkinan kesudahan kepada tragedi kehilangan pesawat itu adalah berbeza. Itu pandangan bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud. Namun situasi untuk mengerah operasi memintas tidak timbul berikutan tiada tanda bahawa pesawat itu menggugat keselamatan negara. Menurut beliau adalah prosedur biasa untuk memintas sebarang pesawat yang mencurigakan. Antara petunjuk untuk menentukan sesebuah pesawat membawa ancaman atau tidak adalah menerusi transponder. Biarpun...more »
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©

Tiada ulasan: