Seorang pelajar di Kanada berasal dari India mempersembahkan bacaan seperti bacaan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Abdur Rahman As-Sudais...
Sesungguhnya Al-Quran itu mulia, maka akan mulia jugalah sesiapa yang membacanya dengan ikhlas dan tawadhuk serta memahami isinya dan mengamalkan ajarannya... Berazamlah untuk membaca Al-Quran setiap hari kerana ia akan menjadi peneman di alam Barzakh nanti...
Al-Quran itu adalah kalam Allah... Diwahyukan kepada Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam untuk menjadi panduan dan ikutan umat seluruhnya... Beruntunglah mereka yang sentiasa bersama dengan Al-Quran dan sentiasa mempelajarinya... Di dalam hadis baginda Nabi Muhammad SallaAllahu 'Alaihi Wa Sallam ada menyebutkan yang mafhumnya, " Sebaik-baik dikalangan kamu adalah mereka yang belajar tentang al-Quran dan mengajarkannya pada orang lain..."
Ya Allah, jadikan kami dikalangan orang yang membaca dan mempelajari Al-Quran, begitu juga zuriat keturunan kami... Amin...
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa barik wa Sallim~
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan