بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Inilah antara tidak bagusnya segala bangsa disatukan jadi Melayu.
“Saya ke IPD Sentul semalam dan menyerahkan bukti termasuk jawapan Parlimen dan keratan akhbar.Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah hadir ke IPD Sentul semalam bagi memberikan keterangan dan menyerahkan bukti berhubung siasatan laporan polis beliau terhadap pengendali blog pro Umno, Papa Gomo iaitu Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 119 kerana memberikan keterangan palsu di mahkamah pada 27 Januari lalu.
“Saya ke IPD Sentul semalam dan menyerahkan bukti termasuk jawapan Parlimen dan keratan akhbar.
Sebelum ini Rafizi bersama N Surendran membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri kerana memberikan keterangan palsu ketika beliau menjawab soalan peguam, Latheefa Koya.
Ia berkenaan dakwaan kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.
Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, merupakah pengendali blog pro Umno yang tegar dan gemar menyerang peribadi musuh Umno dengan dakwaan fitnah berunsur seks.
Gara-gara fitnah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan tulisan dan gambar fitnah pada Mac tahun lalu tahun lalu.
Selain itu, Papa Gomo turut mendakwa Rafizi dipecat daripada Petronas namun Rafizi menafikan perkara berkenaan.Blogger Home.s3v3ns3v3ncopyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan