Rabu, 16 April 2014

4683. Dunia Melayu Hari Ini Semakin Ketinggalan?. Part 4.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Moral Melayu Semakin Tercemar, Setelah Semakin Lama Semakin Terang-Terangan Golongan Lalai Islam Beramai-ramai Menampilkan Wajah Kesyaitanan Laknatullahnya. Antara amalannya santau dan mewar-warkannya. 

2 comments:

  1. Kitorang kat nismilan ni tak ponah pun putus bekalan air.Biar betul ko ni omakkau!! Dah edarkan gambar ko kat nismilan ni untuk di santau kalau ko dtg sini sobab eh banyak bonar buat fitnah....,hahahahahaha....
    Reply

    Replies


    1. baru tongahari td tompek den tak ado air dlm sejam .

      kiro putus lah tu


  • BULAN LEPAS NEGERINYA KENA BUAT CATUAN AIR .. BULAN INI CAKAP BESAR NAK JUAL AIR TERAWAT KE SELANGOR DAN KUALA LUMPUR!!!


    Inilah dinamakan pemimpin yang jenis tidak sedar diri ... jenis cakap besar berdegar-degar tapi ekor begelumang taik .. bulan lepas negerinya terpaksa adakan catuan air .. bulan ni berlagak hebbat nak jual air terawat ..

    Woi!!! Mat Hasan .. pada kau jual air pada Selangoir lebih baik kau jaga rakyat kau yang kekurangan air.. Ada faham!!!!!!

    Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur yang kini menghadapi masalah bekalan air. 

    Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri tiada masalah menjual air ke negeri berkenaan jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan bantuan daripada segi itu.

    "Dalam waktu terdekat, kita boleh jual air maksimum sebanyak 20 juta gelen (91 juta liter) sehari daripada (menerusi) Loji Rawatan Air (LRA) baharu Ngoi-Ngoi di Pantai, Seremban. Kapasiti LRA Ngoi-Ngoi sekarang ialah 30 juta gelen (136.5 juta liter) sehari untuk bekalan Seremban.

    Kita boleh jual 20 juta gelen manakala 10 juta gelen (45.5 juta liter) lagi kita perlukan untuk keperluan sendiri. LRA Ngoi-Ngoi mendapat bekalan air mentah daripada empangan Triang, Jelebu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban, hari ini.



    Mohamad berkata: "Ini disebabkan LRA Ngoi-Ngoi mempunyai kapasiti 30 juta gelen sehari dan sekarang kita gunakan LRA Ngoi-Ngoi untuk mengimbangi LRA Sungai Terip."


    Jika ada usaha untuk membeli air di negeri ini oleh kerajaan persekutuan untuk kegunaan di Selangor dan Lembah Klang maka satu lagi LRA baharu mesti dibina iaitu loji yang lebih besar kapasitinya iaitu sehingga 455 juta liter sehari, katanya.


    Loji tambahan ini boleh dibina kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan satu kawasan berhampiran LRA Ngoi-Ngoi bagi tujuan itu sebagai rancangan jangka panjang. – Bernama,
    Itu hari ini punya cakap besar  .. tapi pada bulan lepas ini pula dia cakap.


    Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas kering.

    Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan  berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

    "Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

    "Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

    Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

    "Oleh itu, saya juga minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

    "Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

    "Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

    Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

    Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

    "Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

    "Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

    "Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90% airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. - Bernama


    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: