Khamis, 17 April 2014

4704. Kisah Melayu Yang Ingat Sentiasa Islam Agamanya. Dengan Melayu Yang Mudah Lupa Agamanya Islam?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
4 Kisah 
TERKINI: Video Kecoh..!!! Ust Azli Musa dihalang mengajar oleh S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan

TWEET JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA 2010 ANJURAN ASTRO YANG MENYENTUH QALBU..

Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju) 

Madey semakin lupa.... 

Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah’

Baca Juga: 

030. Penyakit Hasad Dengki  . 

500. Tiada yang bersifat MUSTAHIL bagi Allah S.W.T.. . 



  • TERKINI: Video Kecoh..!!! Ust Azli Musa dihalang mengajar oleh S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan

    Klip video (Berdurasi 2:43) dari FB Ust Azli Musa memaparkan kejadian kekecohan didalam Masjid Jamek Tanjung Rambutan. 
    Dalam status Ust Azli Musa menulis seperti berikut : Tuanku Sultan Perak bg tauliah ana mengajar di seluruh jajaha takluknya malang sekali su masjid jamek tanjung rambutan ipoh halang ana mengajar. Apakah su masjid tanjung rambutan mencabar kuasa Tuanku Sultan Perak?


    FB: Ustaz Azli Musa kecewa dengan cara S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan menghalang majlis ilmu


    **
    ** Nota Orangni: Amat wajar Ust Azli Musa kecewa kerana mengapakah S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan tiada adap dan sopan dalam masjid..?? Bukankah masjid adalah tempat menyebarkan ilmu,mengapa disekat dan dihalang..??

    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacamnya di dalam syurga".Maka hendaklah kita memulakan langkah perubahan ini untuk memartabatkan masjid dengan memulakan perubahan dalam diri kita sendiri. Imam Harith al Muhasibiy meriwayatkan daripada sahabat katanya: ‘Akan tiba satu ketika, masjid- masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah'. 

    Sumber: (http://orangni.blogspot.com/2014/04/terkini-video-kecoh-ust-azli-musa.html

    TWEET JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA 2010 ANJURAN ASTRO YANG MENYENTUH QALBU..



    "Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010"

    Begitulan bunyi status Twitter daripada Imam Muda Asyraf susulan daripada kematian YB Karpal Singh dalam kemalangan maut pagi tadi.

    Amat berbeza sekali dengan kata-kata dari Naib Presiden Perkasa yang juga bekas calon UMNO/BN Parlimen Shah Alam PRU 13, Zulkifli Noordin dan juga Ahli Parlimen UMNO/BN Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Dato' Ir Nawawi Ahmad.

    Bukan cacian atau makian yang diberikan oleh IM Asyraf sebaliknya mengingat kembali penghargaan yang telah diberi oleh YB Karpal Singh kepada beliau sebaik memenangi program IM yang pertama.

    Mungkin niat Imam Muda Asyraf nak menunjukkan YB Karpal Singh bukannya menolak Islam secara total.

    Sebaliknya penolakan Karpal Singh terhadap hukum hudud lebih kepada undang-undang yang telah digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia.

    Kerana beliau adalah merupakan seorang pengamal undang-undang yang cukup disegani, Takziah Omak Kau ucapkan kepada seluruh keluarga Karpal Singh.


    Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju)

    Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan bekas Pengerusi DAP Kebangsaaan Karpal Singh, positif dadah jenis ganja pada saringan awal.

    Ekoran daripada itu simple tersebut dihantar ke Jabatan Patologi untuk pengesahan secara saintifik. Pemandu berkenaan kini ditangkap di bawah akta dadah berbahaya untuk membantu siasatan pihak narkotik.

    Manakala siasatan ke atas kenderaan Toyota Alphard yang terlibat mempunyai 29 saman trafik pandu laju dibawah seksyen 079 (2) APJ 1987 dengan 15 daripadanya belum dibayar menurut Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui semakan awal mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Mengikut laporan Tarfik Kampar RPT 960/14 perlanggaran antara Toyota Alphard KS 9898 dengan Lori Mitsubishi Canter 5 Tan WTL 9909 keadaan jalan lurus dan mendaki bukit dengan keadaan cuaca yang baik tapi gelap tanpa lampu jalan.

    Kemalangan dengan kerosakan teruk bahagian hadapan sebelah kiri pemandu untuk MPV dan rosak di bahagian belakang kanan untuk lori.

    Pihak polis masih belum menentukan siapa yang bersalah.

    Dalam media sosial banyak perbahasan tentang siapa yang bersalah, pemandu lori yang dikatakan memandu perlahan daripada laluan kanan cuba ke kiri tanpa memberikan signal manakala mpv datang daripada belakang dengan laju terus melanggar sebelah kanan lori.

    Dalam pemerhatian saya sepanjang perjalanan di lebuhraya terlalu jarang pemandu daripada laluan kanan memberikan signal untuk masuk ke lalauan kiri. Boleh kata semua kenderaan daripada laluan kiri memberi signal untuk masuk ke laluan kanan.

    Perkara yang dianggap remeh ini kadang kala mendatangkan mudarat.

    Rempuhan yang menunjukkan kerosakan sebelah kiri pada mpv menunjukkan pemandu cuba mengelak tidak berjaya ini menyebabkan kecelakaan akan kena kepada penumpang disebelahnya dan menyelamatkan semua penumpang disebelah kanan.

    Kelajuan yang besar juga menyebabkan ada perbezaan ketara kecederaan penunpang sebelah kiri dan sebelah kanan selain daripada faktor jenis kenderaan.

    Walahualam, biar polis menentukannya....

    Sumber: (http://tempayanretak.blogspot.com/2014/04/positif-ganja-vs-26-saman-laju.html) - TEMPAYAN RETAK - http://tempayanretak.blogspot.com/ . 

    Madey semakin lupa.... - Faisal Chal Saad
    Photo: Madey semakin lupa....
Rakyat kita bkn mewah seperti rakyat dubai
Atau pun timur tengah...
Kita minum dulu madey....
Agar zat2 susu dpt menghubung dan merembeskan
Daya ingatan.....

    Rakyat kita bukan mewah seperti rakyat Dubai Atau pun Timur Tengah...

      

    Agar zat2 susu dapat menghubung dan merembeskan Daya ingatan...

    Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah’


    Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan 
    Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain. 

    17 April, 2014 MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini. 

    Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah  “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal. 

    "Nampaknya Zulkifli Noordin sudah hilang rasional dengan cuba mendapatkan perhatian politik apabila mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan," kata Ketua Biro Publisiti, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari in Chai menyifatkan bekas naib presiden Perkasa itu sebagai terlupa sifat asas setiap manusia. 

    "Zulkifli kelihatan terlupa dengan sifat asas yang diperlukan oleh setiap manusia," katanya.
    Zulkifli berkata kematian Karpal akan memudahkan lagi kerajaan Kelantan dalam melaksanakan Hukum Hudud yang selama ini ditentang hebat oleh DAP. 

    “Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya. "Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!” kata Zulkifli. 

    Chai menegaskan isu politik tidak boleh dijadikan alasan untuk menyakiti orang lain, mendesak Zulkifli yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu supaya bersara daripada politik. 

    "Amalan dalam politik tidak sepatutnya disalahguna dan menyinggung perasaan orang lain, tambah-tambah jika ia melibatkan kebajikan orang ramai. 

    "Jika Zulkifli tidak memahami kebenaran ini, atau tidak tahu tentang konsep hormat, beliau boleh bersara daripada politik," kata Chai lagi. 

    Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini. 

    Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah. 

    Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. – 17 April, 2014.


    Hina kematian Karpal: MCA dakwa otak Zulkifli Noordin ‘penuh sampah’

    canang at Cananglahnie - 8 minutes ago
    Keranda Karpal Singh tiba di rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang dari Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2014MCA mengecam bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai tidak mempunyai otak kerana kenyataan tidak munasabah selepas kematian ahli politik veteran DAP, Karpal Singh awal pagi ini. Dalam kenyataan melalui akaun Twitter @zukiflinoordin beliau dilihat seolah-olah “lega” dengan kematian ahli Parlimen Bukit Jelutong itu kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah denga... more »

    Positif Ganja Vs 26 Saman (Laju)

    Abdullah Othman at Tempayan Retak - 10 minutes ago
    Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan bekas Pengerusi DAP Kebangsaaan Karpal Singh, positif dadah jenis ganja pada saringan awal *(gambar di dalam)*. Ekoran daripada itu simple tersebut dihantar ke Jabatan Patologi untuk pengesahan secara saintifik. Pemandu berkenaan kini ditangkap di bawah akta dadah berbahaya untuk membantu siasatan pihak narkotik. Manakala siasatan ke atas kenderaan Toyota Alphard yang terlibat mempunyai 29 saman trafik pandu laj... more »

    TERKINI: Video Kecoh..!!! Ust Azli Musa dihalang mengajar oleh S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan

    Orang ni at Orang ni - 23 minutes ago
    Klip video (2:43) dari FB Ust Azli Musa memaparkan kejadian kekecohan didalam Masjid Jamek Tanjung Rambutan. Masjid Jamek Tanjung Rambutan Dalam status Ust Azli Musa menulis seperti berikut : *Tuanku Sultan Perak bg tauliah ana mengajar di seluruh jajaha takluknya malang sekali su masjid jamek tanjung rambutan ipoh halang ana mengajar. Apakah su masjid tanjung rambutan mencabar kuasa Tuanku Sultan Perak?* FB: Ustaz Azli Musa kecewa dengan cara S/U Masjid Jamek Tanjung Rambutan menghalang majlis ilmu ** Nota Orangni: Amat wajar Ust Azli Musa kecewa kerana mengapakah S/U Masjid Jamek ...more »

    Madey semakin lupa....

    atsixty at ZAKRI ALI - 32 minutes ago
    Faisal Chal Saad [image: Photo: Madey semakin lupa.... Rakyat kita bkn mewah seperti rakyat dubai Atau pun timur tengah... Kita minum dulu madey.... Agar zat2 susu dpt menghubung dan merembeskan Daya ingatan.....] * Rakyat kita bukan mewah seperti rakyat Dubai* * Atau pun Timur Tengah...* * Agar zat2 susu dapat menghubung dan merembeskan* * Daya ingatan... *

    TWEET JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA 2010 ANJURAN ASTRO YANG MENYENTUH QALBU..

    OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 40 minutes ago
    *"Mendiang Karpal Singh antara yg terawal anjur majlis khas utk rai sy sebulan slps Pgrm Imam Muda Astro 2010"* *Begitulan bunyi status Twitter daripada Imam Muda Asyraf susulan daripada kematian YB Karpal Singh dalam kemalangan maut pagi tadi.Amat berbeza sekali dengan kata-kata dari Naib Presiden Perkasa yang juga bekas calon UMNO/BN Parlimen Sahah Alam PRU 13, Zulkifli Noordin dan juga Ahli Parlimen UMNO/BN Langkawi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Dato' Ir Nawawi Ahmad.Bukan cacian atau makian yang diberikan oleh IM Asyraf sebaliknya mengingat kembali peng... more »
    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: