Selasa, 14 Mei 2013

500. Tiada yang bersifat MUSTAHIL bagi Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

Islam cinta damai
Islam rahmatan lilalamin
Islam kasih sayang pada semua makhluk-NYA

Tidak ada paksaan dalam Islam
Islam tidak memaksa orang untuk masuk islam
Islam tidak memaksa orang untuk mengikuti mahdzab tertentu

Islam menghargai kebebasan beragama (pluralis)
Islam menghargai perbedaan (toleran)

Islam tanpa kekerasan
Islam bukan Anarkis
Islam bukan teroris

Islam hanya mewajibkan untuk menasihati, bukan memaksa, apa lagi dengan kekerasan. 



  • بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


    Assalamualaikum wbt ... Salam Sejahtera.

    Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T., muncullah entry ke 500 blog ini di Bulan Rejab 1434 Hijrah.
    Berkat usaha dan doa yang empunya batang tubuh, kaum Muslimin dan Muslimat, Allah S.W.T., telah membuka pintu hati individu dengan cahayaNya. Lantas individu tersebut dengan ketulusan hatinya, telah Mengucap Dua Kalimah Syahadah "Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW., itu pesuruh Allah".
    Islamlah individu tersebut dan memperakui dirinya hanyalah hamba Allah S.W.T.. Selaku hamba Allah S.W.T., individu tersebut wajib patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T.. Individu itu juga yakin Islam adalah bersaudara. Bersaudara sesama Islam. Islam juga tidak memusuhi individu yang berlainan kepercayaan dan berlainan agama. Kecuali mereka itu terdiri dari golongan yang memusuhi Islam. Islam bukan agama untuk dimusuhi.

    Tibalah masanya Syiar Islam dengan izin Allah S.W.T., telah membuka pintu hati Lim Kit Siang untuk menganut Agama Islam dengan nama Muhammad Thaqif Ikhlas. Muhammad Thaqif Ikhlas juga membawa bersama kaum keluarganya menganut agama ajaran Nabi Muhammmad SAW., termasuklah anaknya Lim Guan Eng dengan nama Muhammad Ameer Aisy. Muhammad Ameer Aisy juga telah sepakat dengan isteri dan anak-anaknya untuk memperakui Allah S.W.T., sebagai Tuhan Yang Esa kepada mereka. 

    Langkah-langkah Muhammad Thaqif Ikhlas dan Muhammad Ameer Aisy memeluk Agama Islam juga telah disepakati dengan sahabat karibnya Karpal Singh dan kaum keluarganya., yang memilih nama Islamnya Muhammad Ziqri Hakim. Alhamdulillah.

    Sebagaimana kalian yang lelakinya menutup aurat, Alhamdulillah kaum wanita dalam keluargamu juga sanggup menutup aurat dan bertudung sebagaimana yang Islam ajarkan. Ya Allah Engkau Maha Besar. Peristiwa Islamnya ketiga-tiga orang tersebut bersama-sama kaum keluarganya telah menjadi satu berita penuh kesyukuran kehadrat Illahi, orang-orang Islam seluruhnya. 

    Alhamdulillah diucap sekian banyak orang-orang Islam, menyambut berita gembira tersebut. Masing-masing memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T., dan memanjatkan doa semuga ketiga-tiga mereka bersama kaum keluarga, diberkati, dirahmati, diredhai Allah S.W.T., sepanjang hidupnya di dunia dan akhirat. Tidak tergambar kesyukuran mereka kepada Allah S.W.T., kerana memakbulkan doa mereka kepada Allah S.W.T., supaya dibukakan pintu hati mereka untuk menganut Islam Agama Allah S.W.T.. 

    In Syaa Allah Islamnya kalian, tidak bererti kalian perlu membuang kaum keluarga yang masih berpegang kepada agama asal mereka. Hormatilah mereka seperti biasa. Itulah perentah Allah S.W.T., Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. 

    Rupa-rupanya Islamnya kalian tidak disenangi oleh mereka yang selama ini mengubah sesuka hati nama kalian sebagai bahan ejekkan serta penghinaan, melontarkan berita bohong, caci maki, kata nesta, tohmahan, penghinaan dan segala bagai. Golongan inilah juga yang menggagalkan hasrat murni kalian untuk menggunakan lambang parti lain semasa pilihan raya yang lalu. Tetapi mereka tidak akan tega menghalang kepecayaan kalian kepada Islam Agama Allah S.W.T.. Subhanallah.

    Mereka bertiga berseta kaum keluarga dan sanak saudara, bersyukur kepada Allah S.W.T., dan yakin serta bersepakat "biarkanlah mereka", semuga suatu hari hati pintu hati mereka juga terbuka untuk kembali ke jalan yang benar, yang mengEsakan Allah S.W.T.. Alhamdulillah kami telah menemui jalan yang lurus, jalan yang benar lagi benar tambah benar, yang diberkati, dirahmati dan diredhai Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.

    Nota:
    Maafkan aku, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng., serta kaum keluarga dan sanak saudara kalian., serta umat Islam dan penganut agama lain., kerana mengIslamkan kalian di dalam blog ini, entry ke 500ku. Tiadalah niat burukku terhadap kalian. Niat baik ku utamakan kepada dan kerana Allah S.W.T., Tuhan kepercayaanku dan Allah S.W.T., Tuhan umat Muhammad SAW., sekeliannya. Sekali lagi aku memohon berbanyak-banyak maaf kepada kalian. Terima kasih dan syukur Alhamdulillah ku kepadaMu Ya Allah., yang mengizinkan idea sebegini dalam benak fikiranku pinjamanMu Ya Allah. In Syaa Allah akan aku pergunakan ilmu pinjamanMu sebaik mungkin Ya Allah. Amin Ya Rob.

    Seorang pemberita bertanya kepada Lim Guang Eng:
    "Mengapa beri elaun kepada penghafal Al-Quran di Pulau Pinang.."

    Jawabnya:
    "Saya beri elaun kepada penghafaz Al-Quran di Pulau Pinang kerana saya yakin seorang Melayu akan menjadi seorang Islam yang terbaik jika dia dipimpin oleh Al-Quran dan As-Sunnah."
    .........
    Laporan Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyebut, jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada para Huffaz ialah sebanyak RM75 000 pada tahun 2009, RM100 000 pada tahun 2010, dan RM130 000 pada tahun 2011.

    Wassalamu.

    Sumber Rujukan:

     Isiannya:
    Gabungan Nama Terpilih: Nama Lelaki.

    ====================================================================================================
    *Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: