بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Orang Islam Pastinya Tidak Akan Tergerak Jiwanya Mempersenda Sesuatu Yang Berkaitan Dengan Islam.
- Majlis Tahlil Syuhadah Karpal adalah fitnah macai sebenarnya...
Dah kehabisan modal untuk menyerang Anwar Ibrahim agaknya macai-macai UMNO ni.. perkara beginipun hendak dijadikan sebagai bahan fitnah..
Bagaimanapun aku yakin rakyat Malaysia yang berugama Islam sudah tentu sukar untuk mempercayainya..
Hanya macai yang jenis makan rumput percaya...
Malaysiakini melaporkan... PKR menafikan menganjurkan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Sigh di rumah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Penafian itu dibuat ekoran penyebaran meluas poster di Internet yang mempromosikan acara yang didakwa anjuran penyokong ketua pembangkang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC).
Menjawab soalan di Twitter, Anwar menyifatkannya sebagai “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.
Poster itu antaranya mengundang orang ramai ke acara dinamakan "Majlis Tahlil Syuhadah Karpal" pada waktu Maghrib esok di kediaman Anwar di Segambut, Kuala Lumpur.
Dalam versi lain yang turut diedar, acara itu dinamakan "Majlis Kesyukuran Mendian Karpal". Kandungan lain maklumat dalam poster itu sama kedua-duanya, malah menggunakan reka bentuk serupa.
Ia turut memuatkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa. Sementara itu AIC juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.Menulis dalam Facebooknya, kumpulan itu sebaliknya menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.
My Dashboard.s3v3n
s3v3n.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan