Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (gambar) hari ini mengakui beliau memiliki sebuah bank di Tanzania, seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun, Daim menafikan dakwaan beliau menyalahguna kuasa berhubung pemilikan bank itu, lapor Berita Harian hari ini.
Daim mempersoalkan cubaan ketua pembangkang itu yang kononnya berunsur penyelewengan berkaitan dirinya memiliki perniagaan itu.
“Ya... memang saya punyai bank di sana (Tanzania)... sudah lama. Anwar juga tahu sebab dia mengambil alih menteri kewangan daripada saya dulu.
“Semasa Anwar jadi menteri kewangan, dia mempengerusikan satu jawatankuasa menangani rasuah (peringkat Kabinet)... mengapa pada waktu itu tidak ambil tindakan terhadap saya.
“Saya sudah dua kali disiasat (tentang isu itu) pada 1999, tidak ada apa-apa pun (kesalahan),” katanya, seperti yang dilapor Berita Harian.
Sehubungan itu, lapor akhbar itu, Daim mendesak ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengemukakan bukti kukuh kepada pihak berkuasa untuk membuktikan dakwaannya.
“Anwar ini, cakap sahaja... bukti tiada pun,” katanya sambil memaklumkan keputusannya membuka bank di Tanzania adalah atas permintaan ketua negara berkenaan ketika itu yang inginkan beliau membuat pelaburan di sana.
Sebelum ini, Anwar dalam beberapa siri ceramahnya menyatakan beliau ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Daim, termasuk kaitan dengan pemilikan sebuah bank di Tanzania.
Ketua Umum PKR itu mendakwa beliau mempunyai bukti penyelewengan besar bekas menteri kewangan itu.
“Siapa Daim Zainuddin? Bekas menteri kewangan yang jadi jutawan paling kaya. Projek jalan raya utara selatan (PLUS) dia sapu ratus juta (ringgit).
“Apa sahaja projek dia sapu. Begitu banyak komisen, tetapi ada siasatan?" kata Anwar dalam ceramah di Lembah Pantai baru-baru ini, lapor Suara Keadilan (SK), lidah rasmi PKR.
Kata Anwar, selain mengambil dana negara melalui pengambilan komisen projek secara melampau, beliau mempunyai bukti Daim menyimpan duit di Tanzania, salah sebuah negara di Afrika Timur.
Anwar mengesyaki kekayaan luar biasa Daim apabila gabenor bank negara menyebut bahawa Daim ada menyimpan wang di Tanzania.
“Saya diundang semasa di Universiti George Town.
“Saya pergi ke Tanzania kerana dijemput jumpa presiden, menteri kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.
“Gabenor mengatakan Tun Daim punya bank di sini (Tanzania). (Gabenor) katakan Daim menyimpannya di International Bank of Malaysia.
“Saya tanya (Daim), untuk apa? Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.
“Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, adakah kamu tahu, ini bukan cara yang sepatutnya.
“Duit daripada mana? Daim ambil daripada Malaysia dan simpan di sini,” kata Anwar, menceritakan kandungan pertemuannya, lapor Suara Keadilan.
Kata Anwar, salahguna kuasa Daim terbukti apabila orang yang dipertanggungjawabkan menguruskan bank di negara tersebut ditahan di sebuah Lapangan Terbang Heathrow, London.
“Saya bawa perkara ini kepada SPRM, tidak tanya pun saya. Daim pun tidak ditanya.
“Kerana di Malaysia ini, kalau kamu pemimpin Umno, kamu kebal. Kamu curi banyak mana sekalipun, bagi bukti banyak mana pun,” kata Anwar sebagaimana dilaporkan SK. ~tmi
Addin:
Daim berani mengaku kerana tiada siapa berani ambil tindakan terhadap beliau kerana selagi mana Mahathir ada dan parti Umno yang memerintah. Betapa sombong dan angkuh pemimpin Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan