Bila rasa tidak puas hati...Ingatlah Allah.Cermin diri sendiri itu lebih baik. Muhasabah diri kerana Allah. Dalam usaha pun kerana Allah, apa lagi waktu kita berdoa kepadaNya. In Syaa Allah seseorang tidak akan menyerlahkan peribadi buruk diri sendiri atau aib diri sendiri. Seseorang yang tidak berpuas hati, pada kebiasaannya akan menyerlahkan sikap “Marah” sebenarnya.
Marah sudah tentu satu rangkaian perbuatan buruk yang amat disukai syaitan laknatullah. Sebaik-baiknya apabila seseorang rasa tidak berpuas hati, perbanyakanlah “Beristighfar” dan serlahkanlah kalimah-kalimah memuji Keagongan dan Kebesaran Allah.Kadang masa seseorang menempuhi rasa tidak puas hati orang lain. Orang lain pula tidak seperti dirinya, yang lebih mengambil sikap bermuhasabah diri. Mencari kesilapan dirinya sendiri, dengan tujuan memperbetul mana yang silap dan mana yang salah tingkahnya.
Seseorang boleh menjadi individu yang baik untuk orang lain, dengan mengamalkan tutur kata, teguran yang tidak menghina orang lain. Mengamalkan corak menegur yang tidak menyerlahkan sikap dendamnya. Terus dan tetap mengutamakan kesopanan dan budi bahasa yang tinggi budi pekertinya, sewaktu berkata-kata dalam menegur seseorang, sebagaimana kehendak Islam. Orang lain akan lebih hormat kepada individu yang mementingkan budi pekerti dan mengutamakan adab menegur, dalam berbicara dalam kehidupan hariannya, bukan kerana jawatan atau pengaruhnya. Jawatan, darjah kebesaran dan pengaruhnya semasa hidup itu tidak akan disoal di alam kubur. Janganlah lalai dengan “Fitnah dunia.”
Sebenarnya apabila seseorang menegur orang lain dengan kata-kata menghina dan menyerang peribadi orang lain, yang konon tujuan asalnya untuk melemahkan orang yang ditegur dengan perkataan menghina, tidaklah menjadi perkara yang bermanfaat sebagaimana tujuan asalnya. Malah mendedahkan dirinya kepada dalam keadaan mengundang bahaya, jika orang yang dihina bertindak balas dengan apa cara sekali pun. Malah lebih bahaya jika perkara diluar jangkauan dan perkara di luar kotak pemikiran terjadi. Firman Allah yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian
maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang
menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.”
(Al Baqarah: 1 Ayat 263).
“Islam menitik beratkan menegur jangan sampai mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain.” Menegur menurut Islam ada adab-adabnya. Amalan menegur kesilapan orang lain dalam Islam tidaklah sekadar cakap-cakap kosong, lebih menjurus kepada kata-kata yang lebih bermanfaat. Seseorang yang diberi Allah kebijakan dan kepandaian akan mengemukakan Firman-firman Allah dan Hadis-hadis Nabi Muhammad Yang Soheh, untuk memperkukuh dan memperindah tutur bicara tegurannya. Sikap penegur yang sedemikian, akan membantu seseorang yang ditegur itu, mengenali dirinya sendiri dan mengatasi serta memperbaiki kesilapan dirinya sendiri dengan rasa keinsafan kerana Allah.
Sebagai contoh, pertanyaan seorang anggota polis trafik terlalu ringkas tetapi penuh makna apabila dinilai ketinggian budi pekertinya. “Kerana apa awak hidup?” sewaktu menahan pesalah memandu laju. Berbeza dengan seseorang yang kadang kebobrokannya diketahui orang lain, tetapi menegur dengan penuh menghina dan cuba membawa orang yang ditegurnya ke Alam Ilmu Tasauf. Satu lagi contoh pernyataan “Lama tuu...” di ulang-ulang. Bila kena bidas “Itu saya tidak tahu sebab nyawa saya milik Allah.” Dijawab lagi “Itu saya tahu dan apa yang saya kata menurut apa yang ditanda-tangani dengan Kerajaan Malaysia” Lupakah orang itu “Kerajaan Allah” Firman Allah yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. Al 'Imran 3:185].
“Melulu... tidak datangkan dan menghasilkan apa-apa yang terbaik.”
Baca juga:
Bahasa Melayu berasal hanya dengan 7 perkataan sahaja. 0085
Tiada ulasan:
Catat Ulasan