Perghhh. Penjawat Awam Ditangkap Bershoping Diwaktu Kerja...
SELANGOR -
Beberapa orang penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu
bekerja di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13
Februari yang lalu.
Lawatan mengejut
(Spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi
dan Unit Integriti SUK Selangor di Bangunan SSAAS itu mendapati masih
ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu bekerja.
“Unit Intergriti
SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh
diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Berdasarkan
gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4
orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli
Perak. Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.
“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik Perkhidmatan Awam,” jelas kenyataan itu.
A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan