Selasa, 17 Februari 2015

5138. Kenaikan harga minyak mempengaruhi kenaikan tambang bas. Statik bila harga minyak turun.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Tambang bas kekal walau harga minyak jatuh

Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang seperti diminta pengguna.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.

"Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.

"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baru Cina di terminal bas dan teksi di Segamat hari ini.

Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.

Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baru Cina ini, Spad telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.

"LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata  bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya," katanya.

Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid  menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.

"Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar," katanya.

- Bernama

Sumber: (MalaysiaKini
My Dashboard. 
s3v3n

s3v3n.
IP


Tiada ulasan: