Jumaat, 20 Februari 2015

5145. Apakah sebenarnya?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Kita semua tahu ...Najib juga tahu..... 

    Masihkah kalian ingat gambar disebelah ini? Itulah gambar isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, seorang bekas Majisterat yang mendakwa bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.
    Mazlinda ketika itu, menjerit-jerit di mahkamah seperti orang hilang akal dengan katanya:
    “Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," 
    Ya benar, Razak Baginda tidak pernah mahu jadi Perdana Menteri.Begitu juga Azilah dan Sirul Azhar. Dan kita semua tahu siapa yang kini telah menjadi Perdana Menteri! Najib, boleh tak kamu tolong ceritakan sedikit apakah yang tersirat di sebalik SMS kamu kepada Razak yang berbunyi : “Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang”.

    Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
    Ya benar, Razak Baginda tidak pernah mahu jadi Perdana Menteri.Begitu juga Azilah dan Sirul Azhar.

    Dan kita semua tahu siapa yang kini telah menjadi Perdana Menteri! 
    Najib, boleh tak kamu tolong ceritakan sedikit apakah yang tersirat di sebalik SMS kamu kepada Razak yang berbunyi: 
    “Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang
    Sumber: (AlHusseyn
    My Dashboard.

    Berita penuhnya di bawah:

    Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari

    Dalam ceramah yang disampaikannya malam tadi di Kampung Seri Ampang ’B’ Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, secara peribadi telah menimbulkan rasa keraguannya bagaimana kawan baik PM Najib, Razak Baginda yang pada mulanya telah dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Antantuya telah dilepaskan begitu sahaja.

    “Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak Baginda dalam kes tersebut,” katanya.

    Keraguan yang diucapkan oleh seorang personaliti yang berlatar belakangkan sebagai 'Pakar Penyiasat Jenayah’ sepertinya itu sudah tentu amat bermakna. Beliau tidak perlu menghuraikannya dengan panjang lebar.

    Datuk Fauzi amat berhati-hati dalam ucapannya kerana sebagai Bekas Pegawai Kanan Polis, tentunya dia lebih maklum mengenai OSA yang membelungguinya.

    Anggota SB sedang membuat rakaman sewaktu Datuk Fauzi berucap
    “Saya tidak mahu PDRM menangkap bekas anggotanya sendiri pula...” katanya sinis disebalik pesanan kepada petugas PDRM yang ada di situ supaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas – di dunia dapat ganjaran dan diakhirat nanti mendapat ganjaran juga daripada Allah.

    Bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini.

    Beberapa persoalan masih belum terjawab.Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum?

    Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada di negara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut?:

    1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya?

    2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka?

    3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi:

    “Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang”.

    Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

    4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak.

    5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen? Pernahkah pihak Imigresen memberikan penjelasan mengenainya?

    6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai?

    7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali.

    Persoalan-persoalan tersebut akan terus menjadi tanda tanya kepada kita semua. Selagi semua persoalan itu tidak terungkai, maka selama itulah bayangan Altantuya akan mengekori ke mana PM Najib pergi dan akan terus menghantuinya.

    Dulu, saya sendiri tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu:

    “Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"

    Sekarang kita semua pun sudah sedia maklum siapa Perdana Menteri kita kini.... tentu ada kaitan kan kan kan?

    Sumber: (AlHusseyn
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
    IP

Tiada ulasan: